Kosmo Online - Dunia |
- Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera
- Morsi bertemu pasukan peguam
- Batman bin Suparman ditangkap
Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera Posted: Mangsa Taufan Haiyan serbu pesawat tentera
TACLOBAN - Lebih 3,000 mangsa Taufan Haiyan semalam menyerbu dua buah pesawat C-130 milik tentera Filipina yang mendarat di sebuah lapa- ngan terbang yang musnah di sini akibat bencana alam itu. Pesawat itu dihantar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa taufan tersebut selepas banyak rumah dan bangunan musnah dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu. Kesemua mangsa itu berharap mereka akan dapat keluar dari kawasan bencana tersebut secepat mungkin kerana tidak sanggup menanggung penderitaan. Bagaimanapun, hanya ratusan orang sahaja yang dibenarkan untuk menaiki pesawat tersebut untuk dibawa ke pusat perlindungan. Beberapa anggota tentera turut menghalang mangsa-mangsa lain daripada memasuki pesawat yang telah penuh dengan penumpang itu. Menurut salah seorang mangsa yang terselamat, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan. "Saya merayu kepada pihak tentera untuk membawa saya keluar dari sini kerana saya turut menghidap penyakit kencing manis," kata seorang mangsa, Helen Cordial. Seorang warga emas, Aristone Balute, 81, turut merayu kepada pihak tentera supaya dia dapat dibawa berpindah ke tempat lain. "Adakah mereka mahu melihat kami semua mati di lapangan terbang ini? Kami tidak makan dan keadaan menjadi lebih buruk kerana ketiadaan bekalan makanan," katanya. Bandar ini terletak dalam wilayah Leyte di Kepulauan Visayas. Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan di Washington, bantuan daripada pihak tentera udara AS dijangka tiba esok untuk memberikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa. SEORANG mangsa duduk sebagai tanda bersyukur kerana akan menaiki pesawat tentera C-130. Sebuah kapal bersaiz besar dilengkapi dengan helikopter yang mampu membawa sehingga satu tan air akan dihantar kepada mangsa-mangsa Haiyan. Bantuan juga diberikan untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera mendapatkan rawatan sama seperti bantuan yang diberikan ketika bencana tsunami pada tahun 2004. Kerajaan AS turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak AS$20 juta (RM63.9 juta). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia akan memperuntukkan sebanyak AS$25 juta (RM80.3 juta) bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa taufan itu. Bantuan PBB itu meliputi keperluan makanan, bekalan air bersih, ubat- ubatan, isi rumah dan keperluan asas lain. Hampir 10 juta penduduk terjejas akibat taufan tersebut yang melanda kawasan tengah Filipina. - Agensi | ||
Posted: Morsi bertemu pasukan peguamGAMBAR fail menunjukkan Morsi (kanan) berada di dalam lokap sebuah mahkamah di Kaherah pada 4 November lalu. KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengadakan pertemuan buat kali pertama dengan pasukan peguam di dalam sebuah penjara. Pendedahan tersebut dibuat oleh anak Morsi, Osama yang juga menyatakan, bapanya itu membincangkan taktik yang akan digunakan dalam perbicaraannya. Dia sebelum ini didakwa melakukan hasutan supaya penduduk melakukan pembunuhan. Morsi bertemu dengan peguam-peguam berkenaan selepas dia dipindahkan ke sebuah penjara rahsia di bandar Alexandria. Bekas Presiden Mesir itu dipindahkan ke penjara tersebut setelah perbicaraan pertamanya berlangsung pada 4 November lalu. Osama yang juga seorang peguam memberitahu agensi berita The Associa- ted Press bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan cara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah melaku- kan pendakwaan terhadapnya. Morsi sebelum ini mendakwa perbicaraannya itu tidak sah dan memberitahu mahkamah bahawa dia masih merupakan pemimpin Mesir. Dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu. - Agensi | ||
Posted: Batman bin Suparman ditangkap
SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah. Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman. Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183). Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284). Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini. Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah. Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet. Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990. Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu. Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman. Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan