Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Kawan tetapi ada jurangAWAL tahun lalu, termometer hiburan hangat dengan kisah pelakon Fizz Fairuz yang mengecewakan hati kekasihnya, pelakon Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan seorang wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu. Empat hari selepas bertunang, pelakon drama rantaian popular, Nur Kasih itu dikejutkan dengan berita yang mendakwa tunangnya itu sebenarnya isteri orang. Selepas itu, Fizz memutuskan pertunangannya dan membuat kenyataan dalam media mengatakan dirinya terkena buatan orang. Pelakon berusia 34 tahun itu juga memohon kepada Almy supaya memaafkan dan memahami situasi yang telah menimpa dirinya ketika itu. Rentetan peristiwa tersebut, hubungan Fizz dan Almy terputus dan mereka menyambung kelangsungan hidup dan kerjaya dalam bidang lakonan masing-masing. Sehinggalah Fizz dan Almy ditawarkan bergandingan dalam sebuah drama 13 episod berjudul Seiring Sejalan Raya untuk tayangan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selepas menjalani penggambaran drama tersebut, hubungan keruh Fizz dan Almy semakin jernih. Malah, ketika ditemui pada majlis bersempena program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini, Almy tidak menolak permintaan pihak media untuk menggandingkan dirinya dengan Fizz untuk sesi fotografi. Menyingkap lebih lanjut sejauh mana hubungan jernih mereka, Almy mendedahkan, memang pada mulanya dia berbelah bahagi sama ada mahu menerima tawaran berlakon di samping Fizz atau tidak. Namun memikirkan dia harus bersikap profesional dia menerimanya. ALMY berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas putus cinta dengan Fizz. Canggung "Hari pertama penggambaran merupakan hari paling sukar untuk saya lalui. Memang saya berasa sangat canggung dan pelik berlakon di samping dia (Fizz). "Alhamdulillah, masuk hari kedua saya keluarkan semua yang ada dalam hati, lupakan apa yang terjadi dan meneruskan penggambaran tersebut," ungkapnya jujur. Bicara Almy lanjut, memang ramai yang salah anggap hubungannya dan Fizz kembali jernih dan bertaut semula. Namun tegas Almy, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan menganggap Fizz sebagai rakan sahaja. Berkongsi saat kekecewaannya dulu, dia pernah terfikir malah menyuarakan isi hatinya kepada ibunya, Roshida Hashim bahawa dia sudah nekad mahu menolak sebarang lelaki hadir dalam hidupnya kerana bimbang perkara yang menyakitkan hati itu berulang kembali. Begitupun, jelas Almy, selepas suara hatinya itu diluahkan kepada ibunya, wanita tua itu menangis kecewa. "Ibu menangis dan memberitahu sebagai wanita, dia tetap memerlukah kehadiran dan sokongan lelaki terutamanya jika saya jatuh sakit," katanya. Mengulas lanjut, kata Almy, banyak perkara yang bertimpa-timpa terjadi pada dirinya selepas itu yang menjadikan dia lebih tertekan. "Pada 16 Jun lalu, rumah keluarga saya di Balik Pulau terbakar menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkat bawah. "Selepas itu, ibu saya pula terjatuh di bilik mandi dan mengalami patah tulang rusuk kanan. "Malah, lepas itu anak (angkat) saya jatuh sakit. Kalau saya ikut perasaan yang tertekan mungkin boleh jadi gila," ujarnya yang mengawal perasaannya dan berdoa kepada Allah agar semua masalahnya itu selesai. Dalam pada itu, Almy juga mengakui, dia masih berhubung dengan ibu Fizz untuk bertanya khabar. Jelasnya, walaupun perkara itu terjadi (putus cinta), dia masih baik dengan ibu Fizz. "Saya cuma anggap dia (Fizz) sebagai kawan. Begitupun, dia bukanlah sahabat yang kerap dihubungi untuk berkongsi masalah. "Saya ada hubungi ibu Fizz selepas dia beritahu saya ibunya sakit. Dia juga ada menghubungi ibu saya yang sakit," ungkapnya yang seakan-akan tidak mahu pihak luar menganggap mereka kembali mempunyai hubungan. Bagi Fizz Fairuz pula, selepas putus tunang, ibunya, Norhaizan Jantan, telah meletakkan syarat supaya dia berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi. Malah, ibu Fizz juga memintanya terus melangsungkan perkahwinan tanpa mengikat tali pertunangan. Begitupun, keputusan itu ibunya bertukar selepas wanita berusia 66 tahun itu jatuh sakit. "Ibu saya sekarang tidak sihat. Jadi, sejak kebelakangan ini, dia sering bertanya hal perkahwinan dan menyatakan keinginannya untuk melihat saya berumah tangga sebelum dia meninggal dunia," cerita Fizz yang memberitahu ibunya turut meminta dia kembali bersama Almy. Biarpun begitu, Fizz mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. FIZZ mendedahkan ada wanita daripada golongan kaya dan kerabat diraja mahu menjalinkan hubungan cinta dengan dirinya. Takdir Buat masa ini, ungkap Fizz, dia enggan memikirkan sangat mengenai hal perkahwinan dan menyerahkan soal jodoh pada takdir. Bagaimanapun, dedah pelakon berasal dari Raub, Pahang itu, ada beberapa wanita cuba mendekati dirinya dengan tujuan menjadi suri hidupnya. "Memang ada yang cuba mendekati saya. Ada yang datang dengan kereta BMW dan ada juga daripada golongan kerabat yang mahu serius menjalin hubungan. "Bagi saya, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini dan saya harus lebih berhati-hati," ujarnya. Mengenai cadangan ibunya itu supaya dia dan Almy berbaik semula, luah Fizz, dia dan Almy tidak lagi begitu rapat dan mengakui terdapat jurang dalam hubungan mereka. Mengakui berkawan dengan Almy, ujar Fizz, dia tidak meletakkan harapan untuk kembali bersama Almy seperti dulu dan berserah segala-galanya kepada Allah. Bercerita mengenai persiapan rayanya, akui Fizz, dia akan mengadakan rumah terbuka sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini. Menariknya tahun ini, kata Fizz, dia dan sekeluarga akan beraya di rumah baharu. "Saya baru ubah suai rumah mak di Raub, Pahang. InsyaAllah saya akan buat rumah terbuka. Sama seperti pada raya sebalum ini. "Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ini dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos," katanya yang bakal muncul menerusi telefilem raya berjudul Sampai Air Mata Darah. | ||
Posted: Faezah Elai letak syaratOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
SETELAH memperoleh cahaya mata pada bulan Februari lalu, pelakon Faezah Elai mengakui dia terpaksa meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang ingin mengambilnya berlakon. Ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada minggu lalu, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah itu menyatakan tindakan tersebut bukanlah menunjukkan dia semakin terlalu memilih. "Kehidupan saya sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana saya sudah memiliki seorang anak. Jadi, jadual harian saya juga pastinya jauh berubah. "Misalnya, saya meletakkan syarat kepada penerbit atau pengarah yang saya tidak boleh balik terlalu lewat dan perlu selesaikan penggambaran sebelum pukul 11 malam," jelasnya. Ketika ditanya sama ada dia tidak risau sekiranya syarat tersebut akan membuatkan tawaran berlakon yang diterimanya semakin kurang, Faezah menegaskan dia tidak kisah jika pihak penerbit tidak boleh mengikut syarat yang diberikannya. Menurut ibu kepada cahaya mata bernama Dealova Heyrinna yang berusia lima bulan itu, syarat tersebut diberikan kerana dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. "Selepas berumah tangga dan mempunyai anak sudah tentu keluarga menjadi keutamaan saya. Kalau ada yang nak ambil saya berlakon, mereka perlu ikut jadual saya. "Pada masa yang sama, dengan status sebagai seorang isteri dan ibu sekarang, saya juga terpaksa memilih skrip dan watak yang ditawarkan," ujarnya. Meskipun telah meletakkan syarat yang sedemikian, pelakon berkenaan memberitahu, masih ada pengarah yang memahami situasi dirinya serta memberi kelonggaran.
Selain itu, memandangkan jadual lakonannya yang cukup padat, Faezah berkata, adakalanya dia terpaksa membawa anak kecilnya itu ke lokasi setiap kali menjalani penggambaran. Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan memandangkan anaknya itu masih lagi menyusu badan serta tidak yakin untuk meninggalkannya dijaga oleh pembantu rumah. "Apabila berada di lokasi penggambaran saya akan kerap terfikirkan anak di rumah sehinggakan konsentrasi terganggu. "Maka, saya ambil keputusan untuk membawanya, asalkan dia ada depan mata saya," jelasnya. Tiada masalah Bercerita tentang perkembangan kerjayanya sepanjang bulan Ramadan ini, Faezah berkata, dia tetap aktif berlakon seperti biasa. Ujarnya, ketika ini dia sedang membintangi dua buah telemovie khas untuk siaran Aidilfitri iaitu Abah Tak Balik Malam Raya (TV3) dan Sirna (RTM). "Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tetap berlakon ketika bulan puasa. Namun begitu, saya akui kali ini agak penat sedikit kerana perlu memberi tumpuan kepada anak. "Bagi saya ia satu cabaran dan pengalaman baharu yang harus dilalui, tetapi dengan bantuan dan sokongan suami ternyata ia memberi kekuatan kepada saya untuk terus berlakon," ujarnya. Untuk sambutan Aidilfitri nanti, pelakon berkenaan menyatakan mereka tiada masalah untuk pulang berhari raya memandangkan kampung halaman masing-masing terletak berdekatan di utara tanah air. "Kampung saya terletak di Gelugor, Pulau Pinang dan Heykal pula berasal dari Kulim, Kedah. Jarak di antara kedua-duanya tidaklah jauh. Cuma, mungkin kami akan pulang ke kampung saya terlebih dahulu," ujarnya yang akan bercuti selama dua minggu. | ||
Suami pelengkap hari jadi Ras Adiba Posted: Suami pelengkap hari jadi Ras AdibaOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
TIGA bulan suatu tempoh yang singkat untuk masing-masing mengenali hati budi lantas mengambil keputusan drastik untuk melayari bahtera rumah tangga. Hal itu bagaimanapun bukan persoalan utama bagi penyampai berita ntv7, Ras Adiba Radzi, 45, yang telah memilih Ilias Yaakop menjadi suami dan pembimbing keluarganya tanggal 27 Julai lalu. Kata Ras Adiba dalam nada percaya atau tidak, pernikahannya dengan teman persekolahan tingkatan enam bawah tahun 1985 di St. John Institution, Kuala Lumpur itu ibarat cinta zaman remaja. "Jauh sekali untuk menyangka bahawa kami akan mendirikan rumah tangga selepas tiga bulan berkawan rapat. Adakalanya rasa gembira, teruja dan sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Ingatkan pada usia 45 tahun sudah tiada calon yang sudi memilih saya tambahan saya pula sibuk bekerja dan menjaga anak. Tapi tiba-tiba kami dipertemukan semula 3 April lalu menerusi majlis alumni sekolah kami," katanya yang ditemui usai majlis pernikahannya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari Sabtu lalu. Lebih manis, baik Ras Adiba mahupun Ilias, 45, kedua-duanya tidak pernah bertegur sapa sejak dulu biar masing-masing ditempatkan di sekolah, kawasan kejiranan dan teman-teman yang sama. Aktiviti skuba Melihat Ilias sebagai seorang jejaka yang sering membuatkannya tertawa, tampil serba ringkas dan berusaha untuk mempelajari dialek Negeri Sembilan, kata Ras Adiba, suaminya merupakan insan terbaik yang mengisi hidupnya. Bagi Ilias pula, dia melihat Ras Adiba sebagai seorang insan yang tabah, bertanggungjawab dan tidak angkuh walaupun popular. "Saya baru mula menyertai aktiviti selaman skuba untuk orang kelainan upaya di bawah lesen DDI (Penyelam Kelainan Upaya Antarabangsa) yang dilatih sendiri oleh Ilias beberapa bulan lepas. "Mungkin apabila berkongsi minat yang sama menguatkan hubungan kami," ujarnya.
Pasangan mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dengan mas kahwin RM99 dan wang hantaran RM10,000. Ras Adiba menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, sepasang telekung, sepasang kasut jenama Jimmy Choo, senaskhah al-Quran dan sirih junjung. Sementara pihaknya membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki iaitu sebentuk cincin, seutas jam tangan, senaskhah al-Quran, sirih junjungn, pewangi Bvlgari, manisan dan sebuah buku iaitu The Divers Handbook. Tarikh 27 Julai juga dipilih pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Ras Adiba yang ke-45 tahun ini. "InsyaAllah pada tahun-tahun akan datang tarikh 27 Julai akan disambut berganda dan akan lebih meriah daripada sebelum ini. Sekarang, sudah ada seseorang yang akan meraikannya bersama-sama dan dia adalah pelengkap hidup saya," tambah Ras Adiba. Anak Ujar pasangan itu, tarikh resepsi kedua-dua belah pihak belum diputuskan dan kemungkinan bakal dilangsungkan di kampung sebelah bapa Ras Adiba di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas sambutan Aidilfitri kelak. Ilias yang bertugas sebagai penasihat kewangan di sebuah syarikat tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan masing-masing sudah mempunyai anak angkat. "Buat masa sekarang Ras dan saya sudah mempunyai seorang anak, kami tidak merancang tetapi kalau ada rezeki alhamdulillah. Saya enggan meletakkan sebarang tekanan dalam perkahwinan kami ini," kata Ilias yang memilih Maldives untuk lokasi bulan madu bersama isterinya itu yang jadualkan pada awal tahun depan. Ras Adiba sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit program hiburan, Amri Ginang selama dua tahun sebelum bercerai pada tahun 1999. Ujian datang bertimpa-timpa apabila Ras Adiba terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002. Personaliti televisyen itu mempunyai seorang anak angkat bernama Umar Ras Engel Abdullah, 6. Begitu juga Ilias yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini mempunyai seorang anak, Amar Raj, 6. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan