Khamis, 1 Ogos 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sampul kain duit raya

Posted:

Sampul kain duit raya

Sampul kain duit raya

MEMBERI duit raya satu amalan sunat yang digalakkan agama.


MEMBERI duit raya merupakan salah satu tradisi masyarakat Islam di Malaysia semasa menyambut Aidilfitri. Sampul yang diisi duit raya ini kebiasaannya diberi kepada kanak-kanak terutama yang bertandang ke rumah.

Ia juga menjadi amalan dalam kalangan syarikat, organisasi dan dermawan tempatan.

Antara penerima duit raya yang diberi dalam sampul pelbagai corak dan warna ini ialah ibu-ibu berdikari, anak-anak yatim, warga emas dan mereka daripada keluarga yang kurang bernasib baik.

Sememangnya wang pemberian ini akan kelihatan lebih sopan jika dimasukkan ke dalam sampul sebelum diagih-agihkan.

Kebanyakan bank dan pengusaha perniagaan termasuk pasar raya mengedarkan sampul duit raya masing-masing, yang membawa logo korporat serta jenama, sekali gus bertindak sebagai iklan perniagaan mereka.

Biasanya sampul duit raya diperbuat daripada kertas tetapi bagi Aspalila Abdul Majid, sampul yang dibuat daripada kain adalah satu idea yang menarik.

Menurut Aspalila, sebelum menjahit sampul kain duit raya, beliau pernah menjahit beg, pemegang kunci, dompet dan sarung untuk kad nama dan kamera.

Idea sampul kain duit raya itu tercetus daripada seorang pelanggan Tote Boutique milik Aspalila.

Beliau menghasilkan sampul duit raya yang diperbuat daripada kain sejak sedekad lalu selepas melahirkan anak ketiganya.

Melalui blog beliau, Tote Boutique, Aspalila mula membina perniagaannya dengan menghasilkan beg untuk diisi lampin atau telekung dan beg itu hanya dikeluarkan pada musim perayaan. Koleksi beg itu dinamakannya Tas Syawal.

Setiap tahun sampul kain duit raya semakin mendapat perhatian dan sambutan pelanggan Tote Boutique terhadap sampul berkenaan cukup memberangsangkan.


LAZIMNYA sampul duit raya diperbuat daripada kertas.


Jahit sendiri

"Saya hanya dapat memenuhi tempahan sebelum Ramadan kerana saya menjahitnya sendiri. Jadi tidak banyak yang dapat saya penuhi," jelasnya ketika ditemui.

Tahun ini Aspalila sudah pun menyiapkan 40 sampul kain duit raya untuk pelanggan tetapnya. Pada mulanya hasil keluaran Tote Boutique menerima permintaan daripada pengikut blog Aspalila yang asalnya menjahit beg sahaja.

"Saya sering melawati laman web ETSY untuk melihat kreativiti produk buatan tangan yang dipaparkan. Idea pun tiba, saya pun cuba menjahitnya dan pelanggan Tote Boutique akan menyukainya," jelas beliau.

Semua produk yang dijual di Tote Boutique dijahit Aspalila sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kualiti dan kehalusan jahitan menjadi keutamaannya.

Bahan-bahan untuk jahitan pula diimport dari Amerika Syarikat dan China.

"Kain untuk dompet dan sampul duit raya saya tempah dan beli dari Amerika Syarikat manakala bahan lain seperti snap dan cangkuk dari China.

"Namun, fabrik yang sesuai dan cantik boleh dibeli di Malaysia," kata beliau.

Sampul kain yang berharga antara RM25 dan RM30 sehelai ini berbeza daripada biasa. Ia mudah dicuci serta dijaga.

"Sebenarnya selepas hari raya, sampul kain ini boleh digunakan untuk menyimpan buku simpanan bank atau wang tunai," jelas beliau. - Bernama

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

Posted:

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

Fun Pizza tawar 16 variasi piza Itali

KAKITANGAN Fun Pizza, Azlizan Azhar, menunjukkan set istimewa juadah berbuka untuk dua orang.


JIKA anda penggemar masakan Barat, mengapa tidak ke Fun Pizza di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk menikmati 16 variasi piza asli berasaskan resipi dari Itali yang ditawarkan pada harga istimewa.

Sebagai promosi sepanjang Ramadan ini, pelanggan boleh menikmati set istimewa yang terdiri daripada dua hidangan piza bersaiz biasa bersama roti bawang enak pada harga RM36.90.

Pemiliknya, Kamarudin Ahmad berkata, tiga hidangan piza signatur restoran berkenaan adalah Rome, Thai Tomyam dan New York yang menggunakan sos enak buatan sendiri.

"Kami amat teruja menyediakan pelbagai juadah enak kepada para pelanggan kami, hasil kreativiti dua chef berpengalaman dalam bidang masakan Barat.

"Antara hidangan enak yang mereka hasilkan termasuk roti bawang, sup cendawan dan sup tomato," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kamarudin memberitahu, sempena bulan Ramadan ini, pihaknya turut menawarkan harga menarik bagi setiap hidangan termasuk pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman.

Sebagai perkhidmatan tambah nilai, ujarnya, Fun Pizza menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Selain beroperasi di Bayan Baru, Fun Pizza boleh dikunjungi di cawangan Jalan Besar, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Iftar ala resort di Restoran Cerana

Posted:

Iftar ala resort di Restoran Cerana

Iftar ala resort di Restoran Cerana


Rohamiza menunjukkan hidangan enak yang ditawarkan di Restoran Cerana sepanjang Ramadan ini.


ANDAI anda mahu lari daripada hiruk-pikuk kota dan mendambakan suasana malar hijau dengan desiran air terjun saat menikmati juadah berbuka puasa, Restoran Cerana merupakan pilihan yang tepat.

Terletak di pinggir ibu kota, Restoran Cerana menyediakan cita rasa berbuka puasa ala resort berkonsepkan bufet dan warung.

"Terdapat 17 pilihan menu utama ditawarkan kepada pelanggan.

"Antaranya, masak rebung daging salai, gulai masam batang keladi, ikan keli goreng cili, sotong goreng kunyit, lala goreng cili, sambal tumis sardin, bawal goreng tiga rasa dan masak lemak nanas ikan kering," kata Chef Rohamiza Harun yang berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang masakan.

Tambahnya, menu istimewa kali ini adalah daging bakar, ayam goreng panas dan gulai kawah.

Usai menikmati juadah utama, sudi-sudikanlah diri anda untuk menjenguk ke warung-warung hidangan panas yang disediakan.

Sebanyak 16 warung menyajikan menu yang berbeza-beza seperti warung daging bakar Cerana, warung ikan bakar, warung ulam-ulaman, warung nasi dagang, warung Cerana, warung cucur, warung gulai kawah, warung soto Malindo, warung roti john Cerana dan warung ABC yang pastinya memenuhi selera segenap pengunjung.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved