Khamis, 1 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


JPJ buka kaunter hujung minggu ini

Posted:

JPJ buka kaunter hujung minggu ini

JPJ buka kaunter hujung minggu ini

01/08/2013 9:49pm

KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dan cawangan di seluruh negara akan dibuka pada hujung minggu ini bagi menyelesaikan tunggakan kerja berikutan gangguan sistem komputer.

Pejabat JPJ dan cawangan di Kedah, Terengganu dan Kelantan dibuka pada

esok dan Sabtu ini manakala di negeri lain pada Sabtu dan Ahad dengan operasi perkhidmatan kaunter masing-masing bermula 7.45 pagi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, gangguan sistem komputer itu disebabkan berlakunya proses radigrasi (proses pertukaran sistem) daripada sistem SIKAP kepada mySIKAP.

Antara urusan yang akan dijalankan pada hari itu ialah pendaftaran baharu

kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan motor, pertukaran milikan kenderaan, pembaharuan lesen memandu dan pembayaran saman. - Bernama

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

Posted:

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

Pengarah syarikat swasta kerugian RM684,951 ditipu 'Mummy Zie'

01/08/2013 8:47pm

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat swasta warganegara Singapura kerugian sejumlah RM684,951 dan hampir menyebabkan jemaah umrahnya tidak dapat menunaikan ibadah selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen umrah dan haji.

Jamaluddin Mohammad, 53, yang menyelia tempahan tiket jemaah umrah dan beroperasi di Johor Baharu itu berkata, wanita terbabit dikenali sebagai 'Mummy Zie' telah menawarkan pakej umrah kepadanya sebelum beliau membuat tempahan tiket sebanyak 204 bagi jemaah umrah yang dijadualkan berangkat pada bulan Mei dan Jun tahun lepas.

"Selepas saya tempah dan serahkan duit, saya hubungi dia berkali-kali tetapi tidak dapat, dia seolah-olah melarikan diri.

"Keadaan itu membuatkan jemaah umrah saya hampir tidak dapat mengerjakan ibadah mereka, atas rasa tanggungjawab saya membiayai kos pergi dan pulang keseluruhan jemaah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Merasakan ditipu, beliau kemudiannya membuat dua laporan polis iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 31 Januari lalu dan semalam di Ibu Pejabat Polis Dearah Petaling Jaya.

Jamaluddin berkata, wanita itu telah menyamar sebagai wakil dan menggunakan nama ejen Mujaddid Travel dalam menjalankan kegiatan penipuannya itu.

Sebelum ini, media melaporkan wanita yang dikenali sebagai Mummy Zie atau Mama Rock ini juga pernah menipu hampir 4,5000 ahli Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling - Bernama

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

Posted:

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

Pembunuhan Hussain telah dirancang - Pascal

01/08/2013 8:33pm

KUALA LUMPUR - Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, dakwa anaknya.

Pascal Najadi, 45, menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau gelarkan sebagai 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak.

"Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui panggilan telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Semalam, polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata, semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Jurubank itu berkata jawatankuasa tokong telah memberitahunya bahawa suspek yang menembak bapanya sedang menunggu bapanya sebelum perjumpaan berlangsung.

Bapanya berminat untuk melindungi tokong itu sejak 2008 sementara Chong merupakan salah seorang anggota jawatankuasa itu.

Bimbang bahawa polis belum lagi menahan pembunuh bapanya, Pascal memberitahu dia tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved