Kosmo Online - Rencana Utama |
Jutawan lawat kilang sel stem epal di Buchs Posted: Jutawan lawat kilang sel stem epal di BuchsSEJAK usia 19 tahun, bisnes produk kecantikan cukup dekat di hati wanita berkulit cerah dan bersosok sederhana ini. Bagi Zaiton Omar, 50, selain minat yang mendalam terhadap dunia kecantikan, bisnes dalam bidang berkenaan juga banyak membantunya menambah pendapatan. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap, beliau tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa. Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana antara faktor yang mendorong Zaiton berazam untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Bapanya hanya bekerja sebagai pemandu manakala ibunya seorang suri rumah. Cerita Zaiton, kenangan berulang-alik ke tempat kerja dengan menunggang basikal bersama suami, Abdul Rashid Othman, kini 57, masih segar dalam ingatan. "Basikal itu adalah hadiah pemberian arwah ayah saya ketika zaman sekolah. Ia masih boleh dipakai walaupun selepas saya bekerja dan berkahwin," kata Zaiton, yang sekarang bergelar nenek kepada seorang cucu. Daripada berbasikal, pasangan itu mampu membeli motosikal dan kemudian kereta. Sedar tak sedar, sudah 24 tahun anak sulung daripada empat beradik itu berkhidmat dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah. Namun, Zaiton belum puas kerana impiannya untuk menjadi jutawan belum tercapai. Jadi, beliau nekad untuk berhenti kerja dan menyertai bisnes berkonsepkan rangkaian secara sepenuh masa. "Saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut. Untuk berjaya, kita perlu keluar daripada kepompong," kata Zaiton yang ditemui di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini. Menurut wanita pertama yang merintis bisnes sel stem epal itu, langkah pertamanya ialah mendalami selok-belok perniagaan dengan menghadiri kursus berbentuk motivasi diri dan strategi pemasaran. Beliau juga sanggup berhabis wang membeli buku-buku potensi diri kerana baginya buku adalah guru terbaik. Bagi wanita ini, peniaga produk kecantikan mesti tampil cantik sesuai dengan produk yang dijualnya. "Sejujurnya, saya sendiri suka tampil cantik dan mencantikkan orang lain. SAINTIS makmal sel stem epal Mibelle AG Cosmetics (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada proses penghasilan krim kecantikan sel stem epal kepada Kenny (dari kiri), Mahadir dan Zaiton. "Apabila kita menjaga penampilan, pelanggan secara tidak langsung yakin dengan produk kita," katanya. Pada masa yang sama, Zaiton kembali bertemu kenalan lamanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Biocareer International Sdn. Bhd. (BCI), Kenny C Y Yang, 42, lebih setahun lalu. Secara kebetulan, syarikat yang diasaskan Kenny sedang merintis pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan yang menggunakan bahan asas daripada sel stem epal. "Produk sel stem buah epal yang berasal dari Switzerland itu masih baharu di negara ini. Namun, memilih produk baharu tetapi telah teruji itu merupakan satu strategi yang baik ketika banyak produk kecantikan membanjiri pasaran," kata Zaiton. Modal Antara produk kosmetik keluaran BCI ialah Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer dan Stem Science Night Cream. BCI juga memasarkan dua minuman kesihatan iaitu Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim. Kesemua produk tersebut dijual secara pakej iaitu pada harga serendah RM270 untuk dua produk. Untuk mencari pasaran baharu, Zaiton melakukan promosi dari negeri ke negeri, bertemu kenalan lama dan memberi mereka mencuba produk tersebut secara percuma. "Saya yakin promosi dari mulut ke mulut adalah cara paling berkesan untuk menjual sesuatu barangan," ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu. Zaiton menyertai BCI sejak bulan Ogos tahun lalu. Dalam tempoh itu, semua negeri di Malaysia sudah dijelajahinya malah beliau turut meneroka pasaran di Brunei dan Indonesia. ROMBONGAN Biocareer International mengunjungi kilang Mibelle AG Cosmetics di Buchs, Switzerland baru-baru ini. Zaiton memperoleh pendapatan sebanyak RM25,000 pada bulan pertama. Berkat kesungguhannya, beliau mencatat angka jualan bernilai jutaan ringgit dalam tempoh setahun. Apa yang menarik, kejayaan itu hanya bermodalkan wang sebanyak RM1,200. Promosi Bagi menghargai sumbangan dan kerja kerasnya, BCI memberikan beliau insentif berbentuk percutian selama lapan hari ke Switzerland baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut, Zaiton dan dua lagi jutawan kelahiran BCI, berpeluang melihat sendiri cara-cara memproses sel stem epal di kilang pembekalnya iaitu Mibelle AG Biochemistry, Buchs, satu jam setengah perjalanan dari bandar Zurich. Dua lagi jutawan sel stem itu ialah Zainun Salleh, 53, dan Mahadir Abdul Hadi, 40. Turut serta dalam lawatan itu ialah Pegawai Perhubungan dan Media BCI, Munir Ghazali dan Penasihat Rangkaian syarikat tersebut, Abdul Rashid Othman. Di negara Eropah itu, mereka dibawa melawat beberapa lokasi percutian menarik di sekitar bandar Zurich. Peluang menaiki kereta kabel berputar pertama di dunia di Gunung Titlis tidak dilepaskan. Titlis dengan ketinggian 5,000 meter dari aras laut terletak di Banjaran Urner. "Selepas melawat kilang dan makmal di Buchs dan melihat bagaimana sel stem epal diproses, saya bertambah yakin dengan produk yang saya jual. "Ia juga secara tidak langsung menyuntik keazaman saya untuk terus meningkatkan jualan dan menambah pengetahuan saya mengenai produk tersebut," kata Zaiton yang sekarang sememangnya pengguna produk BCI. Zaiton yang juga Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) BCI mengakui rezekinya melimpah-ruah selepas menyertai BCI. "Impian saya untuk memiliki rumah sendiri, simpanan, hartanah dan membantu keluarga menjadi kenyataan," ujarnya. Zaiton boleh dihubungi di talian 013-452 6803 atau 013-405 8483. PRODUK kosmetik dan minuman kesihatan berasaskan sel stem epal keluaran BCI semakin mendapat tempat di hati pengguna. Sementara itu, seorang lagi jutawan, Zainun Salleh tidak menyangka penyertaannya ke dalam BCI pada bulan Ramadan tahun lalu memberi rezeki yang berlipat ganda kepadanya. Bekas pekerja swasta yang mendapat sokongan daripada suami, Abdul Kadir Mohamad, 63, itu berkata beliau yakin pada kualiti produk yang dipromosikannya selama ini. "Apatah lagi selepas saya pergi melihat sendiri kilang tersebut di Buchs, Switzerland baru-baru ini," kata anak kelahiran Ketereh, Kota Bharu, Kelantan itu. Ibu kepada empat anak yang berpengalaman dalam dunia kecantikan selama tiga dekad itu mengakui sejak menyertai BCI pulangan yang diperoleh amat berbaloi. Beliau yang puas dengan kehidupannya kini kerana bebas daripada hutang pernah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$7,200 (RM21,600) pada bulan pertama menjualnya. "Bisnes ini memberi pendapatan sampingan, bekerja ikut masa sendiri dan dapat mengenali ramai rakan baharu," kata beliau. Pasangan suami isteri Mahadir dan Rose Maree, 34, pula mengakui mereka sangat teruja melancong ke Switzerland baru-baru ini. "Selain dapat melawat pelbagai lokasi menarik, ia memberi motivasi untuk kami bekerja keras dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain,'' ujar Rose Maree. Rose Maree, lulusan Sarjana Muda Kepujian Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata, pengalaman menyaksikan situasi sebenar di kilang pengeluar sel stem epal berkenaan meningkatkan lagi keyakinannya terhadap produk tersebut. Meskipun pada peringkat awal beliau ragu-ragu dengan keberkesanannya, namun setelah menggunakannya keyakinan beliau meningkat. Guru yang menghadapi masalah kulit muka berminyak dan kelembapan tidak seimbang itu mengakui mengalami perubahan ketara pada wajahnya selepas menggunakan Brightening & Firming Moisturizer sejak setahun lalu. Menyertai BCI lebih setahun lalu, pasangan Mahadir dan Rose Maree pernah mencatat jualan sehingga mencecah RM500,000 dalam tempoh sebulan iaitu melalui produk minuman kesihatan Nutrifresh. Sementara itu, Mahadir memberitahu, beliau menjadikan orang yang berjaya dalam perniagaan berkonsepkan rangkaian itu sebagai motivasi. "Visi syarikat BCI jelas manakala produk yang dihasilkan berkualiti. Ia cukup berbaloi asalkan tidak mudah putus asa," ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Secawan kopi luwak RM300SIAPA sangka najis musang atau luwak kini mampu menjadi komoditi bernilai tinggi yang menguntungkan pengusaha kopi di Indonesia. LELAKI Indonesia yang menggelarkan dirinya Raja Luwak, Gunawan Supriadi kini berdepan kesukaran untuk memenuhi permintaan tinggi kopi luwak yang diproses daripada najis-najis musang peliharaannya. Gunawan tidak bersendirian, pengusaha-pengusaha lain turut mengalami dilema yang sama. Pengeksport-pengeksport berkata, permintaan terhadap biji kopi yang diproses daripada haiwan berbulu spesies musang atau lebih dikenali sebagai luwak meningkat secara mendadak dalam kalangan penggemar kopi di seluruh dunia. Di ladangnya yang terletak di daerah, Lampung Barat, Sumatera terdapat sekitar 40 ekor musang yang memproses biji kopi secara semula jadi di bawah jenama kopi Raja Luwak. Daerah itu sememangnya terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi luwak. Pelihara musang "Saya bercadang untuk memelihara 150 ekor musang pada masa hadapan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. "Tiga tahun lalu, saya berjaya mengeluarkan kira-kira 50 kilogram (kg) kopi itu dan menjualnya kepada pengedar-pengedar tempatan. "Bagaimanapun jumlah jualan pada tahun 2009 meningkat kepada 300kg. Pada tahun lalu, saya berjaya menjual sebanyak kira-kira 1.2 tan." SELAIN menjadi penghilang dahaga, ada yang mempercayai khasiat kopi luwak dapat mengubati pelbagai penyakit. Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London. Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui. Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana ia banyak ditemui di sekitar Sumatera. Selepas dibersihkan, biji kopi kemudiannya dijemur dan dibakar. Produk akhirnya ialah kopi yang kurang pahit berbanding kopi-kopi biasa serta mempunyai rasa yang unik dan lazat. "Jika ia boleh diumpamakan seperti sebuah kereta, ia setaraf dengan Rolls-Royce," ujar Supriadi.
Seorang pengeksport kopi luwak, Doni Irawan memberitahu, jualannya meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. "Ia telah menjadi primadona disebabkan harganya yang tinggi dan bekalan terhad. Penggemar-pengemarnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya. Tradisi kopi luwak dikatakan bermula sejak beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia. Larangan membawa pulang kopi yang ditanam oleh tuan-tuan tanah ketika itu menyebabkan petani-petani tradisional mengumpul, membersihkan dan membakar biji-biji kopi tidak tercerna daripada najis haiwan yang mereka temui di dalam hutan. Negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai populasi 240 juta penduduk itu kini merupakan pengeluar utama kopi luwak. Bagaimanapun industri itu hanya berkembang dalam tempoh beberapa tahun lalu menyebabkan data-data rasmi mengenai jumlah eksport yang dilakukan sukar diperoleh. Penjual-penjual memberitahu, permintaan terhadap kopi luwak sentiasa tinggi dalam kalangan golongan berada dan pertengahan di negara itu. Jenama tiruan Di negara yang mempunyai kira-kira 40 peratus rakyatnya berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, kopi luwak dijual pada harga AS$8 (RM16) secawan di sekitar pusat beli-belah. TRADISI kopi luwak dikatakan bermula beberapa ratus tahun lalu ketika era penjajahan Belanda di Indonesia. "Saya tidak pernah menyukai kopi, tetapi selepas mencuba kopi luwak, saya rasakan dunia saya berbeza. Saya semakin ketagih padanya," kata seorang penduduk di Jakarta, Galang Sulung Ramanda, 24. "Saya minum kerana kebaikannya dari sudut kesihatan. Saya diberitahu ia mampu mencegah penyaki asma, Parkinson, kanser usus dan diabetes," jelasnya. Kejayaan kopi luwak menyebabkan wujudnya beberapa jenama tiruan di pasaran yang menjanjikan pengalaman menikmati kopi yang sama pada harga separuh daripada harga asal. Tidak mahu ketinggalan dalam persaingan itu, usahawan-usahawan di Vietnam memberitahu, mereka telah membangunkan kaedah mengubah biji kopi biasa secara kimia dan menghasilkan rasa yang sama seperti kopi luwak. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan