Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit Broga
- Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
- TM Kedah & Perlis anjur Program Jom Broadband
Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit Broga Posted: Pelajar KIA berlatih mendaki di Bukit BrogaBEBERAPA pendaki gunung dan pelajar KIA bergambar kenangan bersama Mohd. Noor (berdiri enam dari kiri) di Bukit Broga baru-baru ini. GEMBIRA. Beberapa pendaki gunung profesional dan amatur termasuk pelajar Kolej Islam Amtarabangsa (KIA) telah mengadakan latihan mendaki gunung di Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini. Turut bersama mereka ialah pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin. Pelbagai latihan dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran seterusnya mengikut jadual yang telah disusun. Latihan tidak formal itu bermula pada pukul 6 pagi dan berakhir pukul 6 petang. Mohd. Noor yang juga merupakan seorang jurugambar ketika ini sedang menjalani latihan bagi persiapan misi mencipta rekod dunia dalam pendakian tangga Menara Kuala Lumpur akhir tahun ini. Paling menarik, gambar mereka menjalani latihan dirakamkan oleh sekumpulan jurugambar dari Cheras, Putrajaya dan Bangi yang kebetulan berada di situ untuk merakamkan pemandangan indah dari Bukit Broga. Full content generated by Get Full RSS. |
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Posted: Kursus Pengurusan dan Pentadbiran KoperasiWAKIL koperasi bergambar kenangan bersama Sharina (enam dari kanan) di Kuantan baru-baru ini. KURSUS KOPERASI. Seramai 100 wakil koperasi dari sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di Kuantan baru-baru ini. Dalam program tersebut, kira-kira 1.25 juta ahli koperasi di negeri-negeri berkenaan diumum bakal menerima faedah menerusi penubuhan Konsortium Koperasi Wilayah Pantai Timur (KKWPT) yang ditubuhkan pada bulan depan. Setiausaha Penaja KKWPT, Zambree Zakaria berkata, penubuhan konsortium itu bakal memberi kelebihan kepada ahli koperasi terutama mereka yang berpendapatan rendah. Hadir sama dalam program tersebut yang turut diserikan dengan acara kempen menanam pokok di kawasan bandar ialah Pengarah Maktab Koperasi Wilayah Timur, Sharina Abdullah. Full content generated by Get Full RSS. |
TM Kedah & Perlis anjur Program Jom Broadband Posted: TM Kedah & Perlis anjur Program Jom BroadbandMOHAMAD SIDIK (lima dari kanan) meraikan pemenang Kempen Festive Reward pada program Jom Broadband @ TM di Alor Setar baru-baru ini. JALUR LEBAR. Telekom Malaysia (TM) Kedah & Perlis telah menganjurkan Program Jom Broadband @ TM di pekarangan Kompleks TM, Jalan Kolam Air, Alor Setar baru-baru ini. Program itu bagi meningkatkan jumlah pelanggan jalur lebar TM dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negeri ini. Turut diadakan penyampaian hadiah utama kepada pemenang Kempen Festive Reward yang telah diadakan pada 1 Ogos hingga 31 Ogos lalu. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar, Pemasaran Pengguna, TM Kedah & Perlis, Mohamad Sidik Md. Salleh. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan