Jumaat, 6 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penduduk panik gas ammonia dari kilang ais bocor

Posted:

Penduduk panik gas ammonia dari kilang ais bocor

Penduduk panik gas ammonia dari kilang ais bocor

06/12/2013 10:46pm

PASIR PUTEH - Penduduk yang tinggal berhampiran kilang ais batu di Semerak di sini disahkan selamat daripada masalah kebocoran gas ammonia yang mengalami kebocoran dari kilang berkenaan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hasaan berkata, sembilan pasukan Unit Bahan berbhaya (Hazmat) yang diketuai Pegawai Kanan 2, Mohd Azlan Zainal dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu mengesahkan demikian selepas membuat pemeriksaan selama setengah jam ke kilang berkenaan mulai pukul 4.20 petang ini.

"Ia hanya mengalami tahap bacaan 5ppm tidak memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kilang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Kebocoran itu menimbulkan kemarahan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, setelah menghidu bau kebocoran gas berkenaan pada pukul 11 pagi tadi.

Bagaimanapun, anggota polis yang tiba di kawasan itu berjaya mententeramkan penduduk dan menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh untuk tindakan lanjut. - Bernama

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan

Posted:

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan

06/12/2013 10:11pm

REMBAU - Tiga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan enam kenderaan di Kilometer 244.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul-pukul 4.45 petang mangsa, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang lagi penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dekat sini.

Jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku apabila lori tangki minyak kepala sawit dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan lalu berpusing dan melintang di lebuh raya sebelum dirempuh kereta Myvi dan diikuti sebuah teksi jenis Toyata Inova yang gagal mengelak.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. - KOSMO!

Banjir: 19,356 pengguna di Pahang dan Terengganu terputus bekalan elektrik

Posted:

Banjir: 19,356 pengguna di Pahang dan Terengganu terputus bekalan elektrik

Banjir: 19,356 pengguna di Pahang dan Terengganu terputus bekalan elektrik

06/12/2013 8:36pm

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan operasi lebih 382 pencawang elektrik di Pahang dan Terengganu hari ini berikutan banjir yang melanda kedua-dua negeri itu.

Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata akibat pemberhentian operasi itu, dianggarkan seramai 19,356 pengguna di kedua-dua negeri terbabit mengalami gangguan bekalan elektrik.

"Di Pahang, sebanyak 150 pencawang elektrik dihentikan tugas melibatkan beberapa kawasan iaitu Kuantan (120), Pekan (tiga), Maran (lapan), Jerantut (19) dan sebilangan kecil bekalan elektrik di Lipis, Muadzam dan Temerlong melibatkan 8,949 pengguna," menurut kenyataan itu.

Di Terengganu pula, pemberhentian itu melibatkan 232 pencawang elektrik merangkumi beberapa kawasan iaitu Geliga (140), Chukai (44), Al Muktafi Billah Shah (tujuh), Cheneh (39) dan Dungun (dua) yang melibatkan seramai 10,407 pengguna.

"Hanya bekalan elektrik di Kuala Berang, Terengganu sahaja sudah dipulihkan semula setakat hari ini, manakala di Segamat dan Mersing, Johor hanya sebilangan kecil pengguna diberhentikan bekalan elektrik," menurutnya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved