Jumaat, 6 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chinlone negara 'pakar' gangsa

Posted:

Chinlone negara 'pakar' gangsa

Chinlone negara 'pakar' gangsa

Daripada NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

AKSI skuad wanita ketika beraksi dalam acara Tahap 1 semalam yang menyaksikan mereka meraih pingat gangsa.


NAY PYI TAW, Myanmar – Dua lagi pingat gangsa berjaya dikutip kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2013 semalam.

Skuad chinlone lelaki dan wanita negara membuktikan bahawa kahadiran mereka di bumi Myanmar tidak sia-sia meskipun diletakkan di bawah Kategori B oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Selepas mengumpul empat pingat gangsa kelmarin, skuad chinlone menambah dua lagi pingat semalam untuk menjadikan keseluruhan enam pingat gangsa dalam acara sukan sepak takraw tradisi Myanmar yang dipertandingkan buat pertama kalinya pada Sukan SEA 2013 itu.

Bagaimanapun, skuad chinlone masih belum boleh berpesta dengan kejayaan itu dan perlu merujuk kepada MOM untuk mengetahui status sebenar mereka yang diletakkan di bawah kategori B.

Sekiranya peraturan MOM mengambil kira pingat gangsa yang dimenangi itu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) boleh menarik nafas lega.

Jika sebaliknya, PSM perlu menanggung semua perbelanjaan yang dikeluarkan untuk skuad chinlone yang dianggarkan berjumlah RM32,000 itu.

"Apa yang saya dengar, MOM hanya akan menanggung semua perbelanjaan atlet di bawah Kategori B sekiranya mereka berjaya memenangi pingat perak atau emas.

"Status kami masih belum pasti meskipun kami berjaya memenangi enam pingat gangsa," kata Penolong Setiausaha PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanudin semalam.

Pada aksi di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B itu, anak-anak buah Nurudin Pawi sekadar menduduki tempat ketiga dalam acara Tahap 1 selepas mengutip 259 mata, sekali gus gagal melayakkan diri ke final.

Malaysia yang mengutip 80 mata pada set pertama, 93 mata (set kedua) dan 86 mata (set ketiga) ketinggalan di belakang pasukan tuan rumah, Myanmar (349 mata), Kemboja (293 mata), manakala Singapura di tempat keempat (159 mata).

Skuad wanita negara pula sekadar meraih 100 mata dalam acara Tahap 1 untuk berkongsi pingat gangsa dengan Kemboja (145 mata), manakala Myanmar (281 mata) dan Laos (230 mata) berjaya melangkah ke final.

Biarpun acara terakhir chinlone iaitu Tahap 4 hanya akan berlangsung esok, cabaran Malaysia sudah berakhir semalam kerana setiap negara hanya dibenarkan menyertai tiga daripada empat acara yang dipertandingkan.

Sementara itu, skuad polo air lelaki negara yang mengintai peluang untuk melayakkan diri ke final pada Sukan SEA 2013 tewas 7-18 kepada Singapura di Kolam Renang Zayar Thiri semalam.

Bagaimanapun, kekalahan pada aksi sulung kepada juara 24 kali berturut-turut itu tidak melemahkan semangat para pemain untuk menghadapi cabaran Thailand pada aksi kedua hari ini.

Dalam pada itu, tumpuan hari ini pasti terarah kepada dua ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin dan Tai Cheau Xuen yang akan beraksi dalam acara nanquan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A.

Kedua-dua atlet itu dijangka bertarung sesama sendiri untuk menghadiahkan pingat emas pertama negara pada edisi ke-27 temasya dwitahunan paling berprestij di Asia Tenggara itu.

Diana Bong, 28, dari Sarawak bakal membuat penampilan keempat selepas berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand sebelum mengulanginya di Vientiane, Laos dua tahun kemudian.

Cheau Xuen pula memasang impian untuk menyamai pencapaian meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Skuad Harimau Muda A yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee dijangka tiba di Myanmar hari ini dalam misi mempertahankan pingat emas.

Misi wusyu memburu emas bermula

Posted:

Misi wusyu memburu emas bermula

Misi wusyu memburu emas bermula

Daripada NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

NAY PYI TAW, Myanmar - Empat atlet yang memegang status juara dunia menjadi sandaran utama skuad wusyu negara untuk meraih tiga pingat emas yang disasarkan pada Sukan SEA 2013.

Dua ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin dan Tai Cheau Xuen akan memulakan kempen mereka dalam acara nanquan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A hari ini.

Kedua-dua atlet ini dijangka bertarung sesama sendiri untuk menghadiahkan pingat emas pertama negara pada edisi ke-27 temasya dwitahunan paling berprestij di Asia Tenggara ini.

Diana, 28, dari Sarawak bakal membuat penampilan keempat selepas berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand sebelum mengulanginya di Vientiane, Laos dua tahun kemudian.

Cheau Xuen pula memasang impian untuk menyamai pencapaian meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Ketua jurulatih, Yoong Thong Foong berkata, skuad wusyu negara dijangka tidak berdepan masalah untuk merealisasikan sasaran tiga pingat emas berdasarkan prestasi semasa dan pencapaian para atlet negara pada Kejohanan Wusyu Dunia 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras bulan lalu.

"Sasaran kami ialah tiga pingat emas tetapi saya tidak mahu memberitahu siapa dan acara mana yang akan menang. Kami tidak mahu memberikan tekanan kepada barisan atlet negara.

"Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia lalu, kami sasar dua tetapi berjaya membawa pulang tiga pingat emas. Jadi, pada edisi kali ini, kami menambah satu lagi pingat emas dan yakin ia mampu dicapai," kata Thong Fong.

Selain Diana dan Cheau Xuen, sandaran pingat emas juga terarah kepada seorang lagi atlet wanita negara yang memegang status juara dunia, Phoon Eyin dalam acara changquan.

Sementara itu, Ho Mun Hua akan membawa cabaran atlet lelaki negara dalam misi memburu pingat emas ke-1,000 sepanjang penyertaan Malaysia pada Sukan SEA sejak tahun 1959.

Bagaimanapun, Mun Hua bakal berdepan laluan sukar untuk menggenggam pingat emas apabila terpaksa berentap dengan rakan sepasukan dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2011, Kevan Cheah Peng Heng dalam acara nanquan yang akan membuka tirainya esok.

Thong Foong berkata, sebutir lagi pingat emas dijangka hadir menerusi Loh Jack Chang yang beraksi dalam acara taijiquan.

Rozaimi lebih gemar dijadikan 'supersub'

Posted:

Rozaimi lebih gemar dijadikan 'supersub'

Rozaimi lebih gemar dijadikan 'supersub'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PENYERANG Harimau Muda A, Md. Rozaimi Ab Rahman (gambar) memberikan 'isyarat' kepada jurulatih, Datuk Ong Kim Swee agar tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama pada aksi pertama mereka menentang Brunei di Sukan SEA 2013 di Myanmar, Selasa ini.

Ia bukan kerana Rozaimi tidak yakin untuk memberikan sumbangan terbaik jika berada dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun (B-23) tersebut.

Sebaliknya, bintang Sabah itu percaya dia mampu memberikan aksi lebih cemerlang jika diturunkan sebagai 'supersub'.

Jelas Rozaimi, langkah tersebut dapat memberikan kelebihan buat dirinya untuk membaca pergerakan pemain lawan daripada bangku simpanan.

"Saya tidak kisah jika tampil sebagai pemain gantian. Jika boleh, saya berharap saya sendiri akan beraksi untuk aksi separuh masa kedua dalam semua perlawanan.

"Bukan saya tidak yakin tetapi jika saya diletakkan dalam skuad utama, saya berpendapat prestasi saya sedikit kebelakangan memandangkan sukar untuk menganalisis pergerakan lawan.

"Sebab itu saya fikir jika saya berada di bangku simpanan, saya akan mengkaji pergerakan pihak lawan selain melihat kombinasi pemain-pemain Harimau Muda A.

"Dengan cara itu, saya fikir ia akan memberikan kelebihan kepada saya dan pasukan," katanya kepada pemberita selepas tamat aksi persahabatan menentang FC Ryukyu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Rozaimi muncul wira pasukan apabila berjaya meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Kim Swee menewaskan kelab Jepun itu 3-1.

Ketika ditanya mengenai keupayaan skuad tahun ini berbanding dengan pasukan Sukan SEA 2011 Indonesia, Rozaimi turut senada dengan Kim Swee yang berpendapat Harimau Muda A kali ini dilihat sedikit kurang ampuh.

Begitupun, Rozaimi percaya semangat berpasukan yang tinggi bakal menjadi kekuatan skuad Harimau Muda A untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada temasya kali ini.

"Benar, skuad ini tiada 'aura' seperti pasukan Sukan SEA 2011, namun kami memiliki semangat berpasukan yang tinggi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved