Kosmo Online - Dunia |
- Pemuda gemuk pulang ke Perancis
- Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat Erdogan
- Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu
Pemuda gemuk pulang ke Perancis Posted: Pemuda gemuk pulang ke Perancis
LONDON - Seorang pemuda gemuk yang merupakan warga Perancis yang seberat 230 kilogram, Kevin Chenais akhirnya dapat pulang ke tanah airnya kelmarin. Dia sebelum ini, terkandas di Amerika Syarikat selepas dilarang menaiki sebuah pesawat penerbangan dan kereta api. Chenais yang berusia 22 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan akibat hormonnya yang tidak stabil. Dia tiba di Pelabuhan Calais, Perancis dengan menaiki sebuah feri dari Dover, England. "Dia mengembara seperti yang dijadualkan atas semangat Britain pada pukul 4.40 petang," kata seorang jurucakap sebuah perkhidmatan feri. Pemuda itu kemudian menaiki ambulans ke bandar Ferney-Voltaire di sempadan Switzerland. Pada mulanya, dia dirawat di Klinik Mayo, Minnesota, AS berhubung masalah kegemukannya. Namun, dia terkandas di AS selepas syarikat penerbangan British Airways enggan membenarkannya menaiki pesawat.
Pemuda itu juga tidak dibenarkan untuk sebuah kapal persiaran Queen Mary 2. Chenais perlu kerap untuk menyedut oksigen. Namun, pemuda berkenaan akhirnya tiba di London selepas syarikat penerbangan Virgin Airlines bersetuju membawanya pada Selasa lalu bersama keluarganya. Apabila tiba di Britain, dia juga tidak dibenarkan untuk menaiki sebuah kereta api bawah tanah ke Perancis atas alasan keselamatan. Chenais dan keluarganya kemudian bermalam di sebuah hotel dekat Terminal Eurostar di London selepas tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut. Kos penginapannya di hotel itu ditanggung oleh pihak pengurusan Eurostar. Menerusi bantuan beberapa kakitangan konsulat Perancis, Chenais meninggalkan London tengah hari kelmarin dengan menaiki sebuah ambulans ke Dover. Dia kemudian menaiki sebuah feri menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis. - Agensi | ||
Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat Erdogan Posted: Lelaki bawa bom palsu dekat pejabat ErdoganAFP ANKARA - Polis Turki semalam menangkap seorang lelaki membawa sebutir bom palsu dan menghampiri Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di sini semalam. Menurut seorang pembantu Erdogan, dua tembakan amaran juga dilepaskan polis sebelum lelaki tersebut ditangkap. Erdogan tidak berada di pejabat ketika kejadian tersebut berlaku. Lelaki yang berusia 53 tahun itu didapati membawa bahan seperti sebutir bom. Dia kini disoal siasat dan motif dia melakukan perbuatan tersebut masih belum diketahui. Sebuah stesen televisyen swasta, NTV melaporkan bahawa lelaki berkenaan mempunyai banyak hutang kad kredit. Menurut laporan, dia mahu masalahnya itu mendapat perhatian pihak tertentu. Laporan awal menyatakan, polis melepaskan tembakan dan menembak seorang suspek pengebom berani mati. - AP | ||
Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharu Posted: Letusan gunung berapi wujudkan pulau baharuAFP TOKYO - Letusan gunung berapi di laut telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun, kata beberapa pegawai semalam. Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini. Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo. Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut. "Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun. Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan. Diameter pulau itu ialah 200 meter. Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun. Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan