Jumaat, 11 Oktober 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes

Posted:

Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes

Pengiktirafan buat Renjer Antiaedes


SMK Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor muncul juara kerana berjaya mengunjungi 20,351 buah kediaman dalam kempen tahun ini.


DALAM usaha yang berterusan untuk mencegah denggi, SC Johnson & Son (M) Sdn. Bhd. (SC Johnson), pengeluar rangkaian produk kawalan haiwan perosak jenama Ridsect, telah mengetuai program memperkasakan pelajar sebagai Renjer Antiaedes.

Dianjurkan sejak tahun 2008, program ini merupakan satu pertandingan yang diwujudkan bagi membolehkan pelajar sekolah menengah memberi sumbangan kepada komuniti. Melalui program ini, setiap peserta akan ditemani guru dalam misi mewujudkan kesedaran umum mengenai bahana nyamuk aedes terhadap kesihatan komuniti.

Tahun ini, seramai 2,000 pelajar dari 100 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Sarawak terlibat dalam misi ini.

Dengan senarai semak yang dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Renjer Antiaedes akan mencari kawasan yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan menasihati pemilik rumah tentang kaedah berkesan untuk menghapuskannya.

Pengurus Besar SC Johnson, Christina Ronski berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

"Bagi kami, anda semua adalah pemenang melalui peranan penting yang dimainkan untuk mencegah denggi di kawasan komuniti masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor KHAS C, Dr. Rose Nani Mudin turut melahirkan pujian terhadap komitmen SC Johnson dalam kempen tersebut.

Pada program kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Hulu Langat, Selangor dinobatkan sebagai juara apabila berjaya mengunjungi 20,351 buah kediaman sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan produk SC Johnson bernilai RM200.

Pemenang tahun ini ditentukan berdasarkan bilangan rumah yang dilawati dalam tempoh enam bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung bermula Februari hingga Julai lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 122,052 kediaman telah dilawati oleh skuad Renjer Antiaedes sepanjang tahun 2013, menjadikan 450,000 buah kediaman sejak lima tahun lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved