Jumaat, 11 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Itu sahaja saya nak cakap'

Posted:

'Itu sahaja saya nak cakap'

'Itu sahaja saya nak cakap'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kiri) dan Subahan (kanan) menjejakkan kaki di KLIA, Sepang selepas Harimau Malaya mengadakan aksi persabahatan menentang UAE 1-3 di Shenzhen, China malam tadi.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal seolah-olah kehilangan kata-kata menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober depan.

Menyedari jurang ketara antara kedua-dua pasukan bagaikan 'langit dan bumi', Rajagobal juga enggan menjadikan krisis kecederaan pemain-pemain utama Harimau Malaya kali ini sebagai alasan untuk 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

"Semua orang kena sedar memang ada jurang ketara antara skuad negara dan Bahrain, itu sahaja saya nak cakap.

"Sama ada dilanda krisis kecederaan pemain ataupun tidak bukan persoalan utama kerana mereka (Bahrain) tetap pasukan pilihan berbanding kami.

"Jadi, saya harap pemain turun dengan keyakinan tinggi di Shah Alam nanti," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang malam tadi.

Rajagobal berkata, beliau terpaksa melupakan beberapa tonggak utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Muhammad Fadhli Shas dan Mohd. Safee Sali yang dilanda kecederaan.

"Selain itu, perkembangan Aidil Zafuan Abdul Razak dan Ahmad Shakir Shaari juga dipantau dari masa ke semasa.

"Saya juga berharap supaya Norshahrul Idlan Talaha mampu pulih sepenuhnya sebelum berdepan Bahrain nanti," katanya.

Pada masa sama, Rajagobal juga menyifatkan aksi di Stadium Shah Alam tidak memberikan kelebihan buat anak-anak buahnya memburu kemenangan di laman sendiri.

"Bahrain satu pasukan yang kuat, mereka juga sudah meraih enam mata hasil dua kemenangan sebelum ini.

"Jadi, saya tidak menganggap aksi di Shah Alam mampu memberikan kelebihan buat kami.

"Cuma pada masa sama, saya percaya pemain akan turun dengan semangat juang yang tinggi bagi memburu tiga mata berharga," jelasnya.

Selepas berdepan Bahrain nanti, skuad Harimau Malaya akan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama di tempat lawan pada 15 November depan sebelum melayan kunjungan Qatar empat hari kemudian.

Skuad kendalian Rajagobal bakal menutup tirai aksi kumpulan berdepan Yemen di tempat lawan pada 5 Mac tahun depan.

Kelantan miliki kelebihan

Posted:

Kelantan miliki kelebihan

Kelantan miliki kelebihan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


HODAK (tiga dari kiri) tetap menghormati ATM menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam pada 18 Oktober depan.


KELANTAN memiliki kelebihan pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2013.

Ini kerana, perlawanan kedua menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlangsung di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Selepas berjaya mempamerkan aksi yang memukau ketika memadam kelebihan dua gol yang di bawa Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir kedua lalu, ramai pemerhati menganggap Kelantan sekali lagi akan mengisi slot final Piala Malaysia musim 2013.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, pertukaran venue bagi pasukan ATM daripada Stadium Selayang ke Stadium Shah Alam sudah memberikan kelebihan kepada pasukan itu kerana ia mampu memuatkan lebih ramai penyokong dan permukaan padang yang lebih baik.

"Saya tidak kisah untuk bermain di mana sekalipun. Penyokong kami sentiasa bersama kemana sahaja kami pergi. Stadium Shah Alam mungkin lebih besar dan penyokong kami juga dapat datang lebih ramai untuk membantu menaikkan semangat para pemain.

"Namun, kami perlu lebih berwaspada dengan ATM kerana mereka juga mempunyai kekuatan hampir sama dengan Kelantan. Pemain yang mereka ada juga seperti kami, tidak mempunyai masalah sama ada beraksi di tempat sendiri atau gelanggang lawan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, aksi Liga Super membuktikan bahawa ATM juga sebuah pasukan yang selesa untuk beraksi di mana sahaja termasuk meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan sejak hampir dua tahun alu dengan mencatat kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Mengulas mengenai persiapan Kelantan, Hodak berkata, pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan pada 13 Oktober ini menentang kelab daripada Thailand sebelum mereka memulakan kempen separuh akhir Piala Malaysia lima hari kemudian menentang ATM.

"Itu sahaja masa yang kami ada dan perlawanan persahabatan tersebut amat penting untuk saya membuat penilaian terhadap semua pemain. Saya fikir perlawanan lebih memberikan impak berbanding latihan untuk saya menguji para pemain.

"Kami akan turunkan pemain yang benar-benar memberikan komitmen. Ini perlawanan penting, saya tidak mahu ada kesilapan. Saya fikir memenangi perlawanan di tempat lawan mungkin akan memudahkan kerja di gelanggang sendiri nanti," ujarnya.

Bagaimanapun, persiapan Kelantan sedikit tergendala apabila empat pemainnya dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan sementara dua lagi pemain tonggaknya, Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim dibelenggu masalah kecederaan.

Rossi intai peluang

Posted:

Rossi intai peluang

Rossi intai peluang

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


ROSSI (dua dari kiri) bertekad untuk mencipta satu lagi kejayaan di Litar Sepang Ahad ini.


JUARA dunia tujuh kali, Valentino Rossi menjelaskan bahawa peluangnya untuk melakar satu lagi kejayaan pada Kejohanan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2013 Shell Advance di Litar Sepang minggu ini masih cerah, namun bergantung jika hujan tidak turun pada hari perlumbaan Ahad ini.

Kali terakhir Rossi menaiki podium di Sepang bersama pasukan Yamaha ialah pada edisi 2010 sebelum dia mengharungi musim yang mengecewakan bersama Ducati selama dua tahun.

Setelah kembali ke Yamaha musim ini, pelumba dari Itali tersebut mula mempamer peningkatan prestasi dan hampir ke tahap sebenarnya ketika saingan MotoGP musim ini berbaki empat pusingan lagi.

"Litar Sepang adalah litar yang sangat hebat, saya amat sukakan litar ini dan ia adalah antara litar kegemaran saya.

"Bagaimanapun, saya jamin semua pelumba juga amat gemar dengan litar ini. Mereka mampu mencatat prestasi yang baik dan sangat laju apabila beraksi di litar ini. Jadi, saya rasa minggu ini akan menjadi minggu yang sukar kepada saya.

"Hujan juga mampu menambahkan lagi cabaran kepada kami seperti tahun lepas. Jadi, kami lihat saja kalau-kalau situasi yang sama (hujan) akan berlaku lagi minggu ini," jelas Rossi pada sidang media di Sepang semalam.

Rossi yang kini di kedudukan keempat dalam kejuaraan dunia dengan 185 mata, 93 mata di belakang pendahulu dari Honda, Marc Marquez, menjelaskan dia gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan pada dua perlumbaan terakhir di GP San Marino dan GP Aragon bulan lalu.

Pelumba berusia 34 tahun itu menduduki tempat keempat pada perlumbaan GP San Marino 15 September lepas manakala berjaya menaiki podium di tempat ketiga pada GP Aragon, 29 September kemudian.

"Saya dapat rasakan peningkatan ketika menuju ke penghujung musim ini, terutamanya pada dua saingan GP yang lepas.

"Saya mahu mencatat lebih banyak peningkatan. Saya masih berusaha untuk mengurangkan jurang mata dengan tiga pelumba teratas," tambah Rossi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved