Jumaat, 11 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wawa mengaku tipu peminat

Posted:

Wawa mengaku tipu peminat

Wawa mengaku tipu peminat

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

AERIL ZAFREL (kiri) dan isterinya Wawa akhirnya mengaku mereka telah bernikah pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA – Selepas kira-kira setahun lapan bulan menepis dakwaan kononnya hubungan antara mereka sekadar kawan biasa, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku mereka merupakan pasangan suami isteri yang sudah lama bernikah secara sah.

Bukan sekali mereka bernikah sebaliknya dua kali. Kali pertama mereka bernikah pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013.

Kedua-dua majlis pernikahan dilangsungkan di lokasi sama iaitu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.

Airel berkata, pernikahan pertama bertujuan untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

Katanya, pernikahan kedua bertujuan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan dibinkan atas nama sebenar Airel iaitu Suhairil Sunari.

"Ya, kami mengaku telah bernikah buat kali pertama pada 25 Februari 2012, namun ia untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.

"Pada 4 Februari 2013, kami sekali lagi bernikah di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen pendaftaran anak," kata Aeril pada sidang akhbar tergempar di sebuah restoran di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 penjenayah Batam tersungkur

Posted:

4 penjenayah Batam tersungkur

4 penjenayah Batam tersungkur

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap kumpulan penjenayah bergelar Geng Ah Fatt yang terbabit dalam kes samun rumah orang kenamaan (VIP) di sekitar ibu negara sejak lima tahun lalu berakhir apabila empat anggota kumpulan itu mati ditembak semalam.

Kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu berlaku apabila sepasukan polis yang melakukan intipan menyerbu sebuah rumah di tingkat 15, flat Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Jalan Ampang Putra di sini.

Ketika kejadian, empat suspek warga Indonesia yang dipercayai sedang berehat di dalam rumah itu bertindak melepaskan tembakan ke arah polis sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian berbalas tembakan itu, empat suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Sembilan jam sebelum itu, empat warga asing tersebut telah menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dan melarikan sejumlah barang kemas serta sepucuk pistol jenis Revolver.

"Selesai menyamun, suspek pulang ke rumah itu yang turut dijadikan lokasi mereka berkumpul dan merancang kegiatan jenayah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jarak rumah yang disamun dengan lokasi suspek ditembak kira-kira 10 kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dana khas keusahawanan belia

Posted:

Dana khas keusahawanan belia

Dana khas keusahawanan belia


NAJIB (kanan) menjawab soalan pada program Keusahawanan 1Malaysia sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan Global ke-4 di Kuala Lumpur semalam. Di sebelahnya ialah Kerry.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan satu tabung khas untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan golongan muda di bawah Program Keusahawanan 1Malaysia (1MET) yang akan diperincikan pada pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

Dalam pengumuman yang dibuat pada sesi soal jawab 1MET itu, Najib menerima tepukan gemuruh daripada 5,000 peserta program tersebut yang dianjurkan di luar Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 di sini semalam.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry turut menyertai Najib pada acara itu dan mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk berinteraksi dengan para peserta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved