Isnin, 29 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pesta Raya Kuala Lumpur

Posted:

Pesta Raya Kuala Lumpur

Pesta Raya Kuala Lumpur

ANEKA fesyen dan barangan keperluan ditawarkan di Plaza Dataran Merdeka untuk menyambut Aidilfitri.


PLAZA Dataran Merdeka (PDM), Kuala Lumpur kini kembali beroperasi sepenuhnya sejak 12 Julai lalu. Ikon baharu bagi pelancongan Kuala Lumpur itu merupakan plaza bawah tanah sehenti yang diubah suai mengikut nilai peradaban moden.

Juga dikenali dengan nama Dataran Underground, ruangan tersebut merangkumi lebih 50 buah kedai dan kios, sebuah auditorium dan sebuah dewan teater yang menawarkan kemudahan untuk penganjuran acara serta aktiviti kemasyarakatan.

Sempena pembukaan rasmi plaza itu, Peninsular Advantage Sdn. Bhd. dengan kolaborasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disokong oleh Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), bekerjasama menganjurkan Pesta Raya Kuala Lumpur (PRKL).

Pesta yang turut mendapat kerjasama bas pelancongan signatur Kuala Lumpur, Hop-On-Hop-Off itu menjadi antara usaha sektor pelancongan untuk menarik perhatian pelancong asing mengenali kebudayaan masyarakat setempat menjelang perayaan Aidilfitri.

"Acara ini begitu istimewa dan yang pertama seumpamanya diadakan di premis ini. Ia bertujuan memberi pengalaman beli-belah yang selesa kepada pengunjung," ujar pengarah PRKL, Bon Zainal Harun yang juga seorang pereka fesyen ternama negara.

Terdapat pelbagai barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri disediakan termasuk pakaian moden, resort, kasual, sedia pakai dan pakaian Muslimah. Pengunjung berpeluang membeli pakaian hasil sentuhan pereka fesyen tanah air termasuk Bon Zainal, Amir Luqman, Hazree Wahid, Zattera Apparel, Jarumas, Saiful Sin dan Amelia Hassan.

Aksesori Syawal yang menarik seperti selendang dan tudung juga boleh diperoleh di pesta tersebut.

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI

Posted:

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI

Masakan bonda di Restoran Puteri Pencala TTDI


HABSAH (kiri) dan Rubiah Suparman menunjukkan juadah siput sedut masak lemak dan laksa Johor yang ditawarkan di Restoran Puteri Pencala TTDI.


BAGI yang tercari-cari hidangan masakan bonda, halakan langkah kaki anda mengunjungi Restoran Puteri Pencala yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Jauh daripada hiruk-pikuk kota, Restoran Puteri menjanjikan barisan hidangan yang lazat sesuai dengan temanya iaitu Sinar Ramadan.

Menu restoran ini akan ditukar setiap hari dan menampilkan hidangan signatur termasuk masakan bonda seperti siput sedut masak lemak cili padi, ikan pari asam pedas, daging salai lemak cili api, ayam kari kentang, kerabu mangga, kerabu pucuk paku, sup cendawan, sup daging berempah, soto ayam, laksa Johor, rojak buah dan rojak tauhu.

Dalam pada itu, jika anda mahu masakan bergoreng, stesen gerai masakan panas turut disediakan dan anda boleh membuat pesanan sama ada mahu mi goreng, kuetiau goreng, ayam bakar Puteri, ikan percik santan atau ayam goreng panas.

Bagi yang menggemari pencuci mulut, anda tidak akan kecewa dengan pilihan yang ditawarkan iaitu bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur jagung dan variasi kuih Melayu seperti seri muka, kuih lapis, kuih koci, talam pandan dan lima jenis minuman.

"Mereka tidak perlu bersusah payah memasak di rumah kerana boleh merasai masakan yang selalunya dimasak di rumah di Restoran Puteri ini," kata salah seorang pengasas Restoran Puteri iaitu Habsah Hasan yang juga penulis lirik terkenal.

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market

Posted:

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market

Istimewa Ramadan The Manhattan Fish Market


PLATTER Fisherman ini lengkap dengan makanan laut, kentang goreng dan sayur.


SEMPENA Ramadan tahun ini, The Manhattan Fish Market melancarkan promosi baharu yang memberikan lebih banyak pilihan makanan dan insentif tambah nilai khusus untuk tempahan bawa pulang.

Pengurus Operasinya, David Lee berkata, The Manhattan Fish Market menyediakan menu-menu popular dalam kategori Greatest Hits yang dilancarkan pada awal Jun lalu.

Antara pilihan menu tersebut ialah platter makanan laut Manhattan Flaming, platter Fisherman, Salad Golden, Sea-esta makanan laut bersama sup pedas, ikan dan kentang.

Selain itu, The Manhattan Fish Market juga menyediakan persembahan secara langsung oleh pelajar-pelajar berbakat di restoran terpilih.

Persembahan lagu-lagu popular secara langsung ini dijadual akan berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga 4 Ogos nanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved