Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara
- PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskin
- Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjid
Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara Posted: Program amal Briged Sukarelawan Khidmat Negara
SERAMAI 40 orang belia daripada Briged Sukarelawan Khidmat Negara menyertai program menanam pokok, memasak bubur lambuk dan mengecat madrasah di Kampung Changkat, Gombak, Selangor baru-baru ini. Pengarah projek, Muhammad Rahimi Abd. Samad berkata, tujuan program itu diadakan bagi merapatkan silaturahim dan membantu mereka yang kurang berkemampuan. Turut hadir pada program tersebut ialah wakil Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Sharifah Radziah Syed Segap. | |
PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskin Posted: PIBG Maktab Sabah bantu pelajar miskinFATIMAH SHARA (kanan) membantu pelajar Maktab Sabah mencuba songkok di Emadira Textile Mall, Kota Kinabalu baru-baru ini. PRIHATIN. Seramai 10 pelajar miskin dan anak yatim Maktab Sabah menerima sumbangan pakaian raya sempena program amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) maktab berkenaan. Program memasuki tahun kedua itu diadakan di Emadira Textile Mall, Kota Kinabalu baru-baru ini. Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, sumbangan itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar terbabit mendapat pakaian baharu menjelang Aidilfitri. "Semua perbelanjaan yang digunakan adalah hasil sumbangan warga maktab terbabit termasuk pelajar, guru-guru dan PIBG sendiri dalam memastikan para pelajar dapat bergembira menyambut hari lebaran nanti. "Selain itu, ia secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara mereka," katanya. | |
Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjid Posted: Kembara Merdeka agih sumbangan kepada 10 masjidRAMLY (tiga dari kanan) dan Marzuki (tiga dari kiri) melepaskan peserta Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan di Bukit Bunga, Jeli baru-baru ini. KEMBARA. Sempena Ramadan dan menjelang bulan kemerdekaan Ogos nanti, Jabatan Penerangan Malaysia menjelajah ke seluruh negeri Kelantan dalam Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang. Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Ramly Yusoff melakukan pelepasan peserta di Bukit Bunga, Jeli baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Superintendan Marzuki Mat. Dalam program tersebut, mereka turut mengagihkan sebanyak 3,000 kotak buah kurma, 2,000 naskhah surah Yasin, 5,000 helai bendera Malaysia dan 3,000 sejadah untuk 10 masjid atau surau terpilih. Ramly berkata, program itu disertai oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Selain itu, kita juga menyumbangkan barangan keperluan asas dan duit raya kepada mereka yang kurang bernasib baik," katanya. Kembara itu menjelajah ke seluruh Kelantan bermula 21 Julai lalu hingga 29 Julai ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan