Kosmo Online |
- Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula
- Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM
- Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata
Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula Posted: Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula12/04/2013 10:06pm PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menjalankan kerja awal bagi projek pelebaran lorong keempat bernilai RM1.4 bilion di beberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya. Ia melibatkan laluan Rawang-Sungai Buloh sepanjang 13 kilometer (km), Shah Alam-Sungai Buloh (16 km), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 km) dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson (27 km). PLUS dalam satu kenyataan berkata, pada ketika ini, pembersihan tanah di kawasan terlibat sedang giat dijalankan. Syarikat itu berkata ia akan berusaha mengurangkan gangguan terhadap perjalanan orang ramai ketika projek itu dijalankan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2014. - BERNAMA |
Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM Posted: Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM12/04/2013 10:01pm HULU TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan T-Team untuk menyelesaikan secara berhemah melibatkan kontroversi ketua jurulatih Peter James Butler dan pemain import George Boateng yang didakwa mengasari seorang jurugambar akhbar di sini. Insiden tersebut berlaku ketika penyerahan surat 'direhatkan' daripada setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong kepada jurulatih itu pada Selasa lepas. "Kita serahkan kepada pihak pengurusan sebab saya tidak mahu campur tangan dalam sibuk-sibuk pilihan raya ini. "Saya tidak mahu membuat keputusan yang tergesa-gesa dan akhirnya akan memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia di Batu Hampar, Manir di sini hari ini. - BERNAMA |
Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata Posted: Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata12/04/2013 10:01pm KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara akan bertemu pasukan pilihan Asia pada pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, esok. Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan Indonesia bertemu pasukan Thailand. Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata walaupun Malaysia telah mengalahkan pasukan pilihan Asia 3-1 pada peringkat kumpulan minggu lepas, namun ia tidak bermakna kemenangan akan terjamin. "Bagaimanapun, kita akan tetap pastikan semua pemain memberikan persembahan terbaik untuk melangkah ke peringkat akhir nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis undian kejohanan itu di sini hari ini. Mengenai peluang pasukan negara pada perlawanan esok, Rashid berkata, peluang bagi kategori beregu lelaki dan beregu campuran adalah tinggi, namun agak sukar untuk kategori perseorangan lelaki dan wanita. Beliau dalam masa sama turut merahsiakan barisan pemain kebangsaan yang bakal beraksi pada perlawanan menentang pasukan di tangga keempat itu. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan