Jumaat, 12 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula

Posted:

Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula

Projek pelebaran lorong keempat PLUS bermula

12/04/2013 10:06pm

PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menjalankan kerja awal bagi projek pelebaran lorong keempat bernilai RM1.4 bilion di beberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya.

Ia melibatkan laluan Rawang-Sungai Buloh sepanjang 13 kilometer (km), Shah Alam-Sungai Buloh (16 km), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 km) dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson (27 km).

PLUS dalam satu kenyataan berkata, pada ketika ini, pembersihan tanah di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Syarikat itu berkata ia akan berusaha mengurangkan gangguan terhadap perjalanan orang ramai ketika projek itu dijalankan.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2014. - BERNAMA

Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM

Posted:

Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM

Ahmad Said enggan campur tangan kemelut T-TEAM

12/04/2013 10:01pm

HULU TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan T-Team untuk menyelesaikan secara berhemah melibatkan kontroversi ketua jurulatih Peter James Butler dan pemain import George Boateng yang didakwa mengasari seorang jurugambar akhbar di sini.

Insiden tersebut berlaku ketika penyerahan surat 'direhatkan' daripada setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong kepada jurulatih itu pada Selasa lepas.

"Kita serahkan kepada pihak pengurusan sebab saya tidak mahu campur tangan dalam sibuk-sibuk pilihan raya ini.

"Saya tidak mahu membuat keputusan yang tergesa-gesa dan akhirnya akan memalukan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia di Batu Hampar, Manir di sini hari ini. - BERNAMA

Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata

Posted:

Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata

Malaysia jumpa pilihan Asia pada separuh akhir Piala Axiata

12/04/2013 10:01pm

KUALA LUMPUR - Skuad badminton negara akan bertemu pasukan pilihan Asia pada pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, esok.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan Indonesia bertemu pasukan Thailand.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata walaupun Malaysia telah mengalahkan pasukan pilihan Asia 3-1 pada peringkat kumpulan minggu lepas, namun ia tidak bermakna kemenangan akan terjamin.

"Bagaimanapun, kita akan tetap pastikan semua pemain memberikan persembahan terbaik untuk melangkah ke peringkat akhir nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis undian kejohanan itu di sini hari ini.

Mengenai peluang pasukan negara pada perlawanan esok, Rashid berkata, peluang bagi kategori beregu lelaki dan beregu campuran adalah tinggi, namun agak sukar untuk kategori perseorangan lelaki dan wanita.

Beliau dalam masa sama turut merahsiakan barisan pemain kebangsaan yang bakal beraksi pada perlawanan menentang pasukan di tangga keempat itu. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved