Kosmo Online |
- Najib akan bincang penyelesaian berhubung pengiktirafan UEC memasuki IPTA
- Kehadiran polis bantu wujud suasana lebih selamat
- FAM sahkan Tunku Ismail berada di stadium
Najib akan bincang penyelesaian berhubung pengiktirafan UEC memasuki IPTA Posted: Najib akan bincang penyelesaian berhubung pengiktirafan UEC memasuki IPTA01/04/2013 9:28pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama lagi bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima semua pihak berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA). Dalam satu kenyataan bersama oleh Najib dan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong), ia berkata, perjumpaan hari ini antara lain berbincang mengenai isu berkaitan pengiktirafan UEC yang berkait dengan permohonan untuk memasuki IPTA. "Ada perbincangan mengenai keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. "Perbincangan juga diadakan mengenai isu akreditasi kepada subjek Bahasa Malaysia UEC," kata kenyataan itu. Hari ini, Najib menemui enam wakil Dong Zong di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini. - BERNAMA |
Kehadiran polis bantu wujud suasana lebih selamat Posted: Kehadiran polis bantu wujud suasana lebih selamat01/04/2013 9:16pm KUALA LUMPUR - Inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan anggotanya di pusat beli-belah Tesco Extra Ampang nyata membantu mewujudkan suasana lebih selamat kepada pengunjung. Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaludin berkata, tahap keselamatan di sekitar pasar raya berkenaan berada dalam keadaan terkawal dengan penempatan balai polis bergerak yang dikendali empat anggota pada satu-satu masa. "Tujuan balai polis bergerak diwujudkan adalah bagi memantau keselamatan orang awam. "Dahulu kita hanya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai indeks jenayah yang tinggi tetapi sekarang ia mencakupi keseluruhan kawasan tumpuan awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA |
FAM sahkan Tunku Ismail berada di stadium Posted: FAM sahkan Tunku Ismail berada di stadium01/04/2013 9:05pm KETUA pegawai perlawanan merangkap Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud mengesahkan bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berada di bangku simpanan pada aksi Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang Terengganu, 30 Mac lalu. Fuad memberitahu, pihak FAM akan menyerahkan perkara itu kepada pegawai undang-undang bagi menyiasat status Tunku Ismail yang berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Jelasnya, sekiranya baginda didapati bersalah, Tunku Ismail akan dihadapkan ke jawatankuasa berdasarkan kesesuaian kes tertentu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan