Kosmo Online - Negara |
- Muhammad Ridhwan nafi kenal Jamalul Kiram III
- Ternakan hilang angkara pengganas
- Lagi pemimpin BN jumpa PM
Muhammad Ridhwan nafi kenal Jamalul Kiram III Posted: Muhammad Ridhwan nafi kenal Jamalul Kiram III
AMPANG JAYA - Individu yang dicari bagi membantu siasatan polis berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam. Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia tiba di IPD Ampang Jaya pukul 11.05 pagi dengan menaiki Nissan Sorento diiringi beberapa lelaki dipercayai pengikutnya. Muhammad Ridhwan, 47, ketika ditemui sebelum masuk ke balai polis berkata, dia hadir untuk memberi kerjasama kepada polis selepas gambarnya disiarkan oleh akhbar-akhbar semalam. Bagaimanapun, beliau menafikan terlibat dengan kumpulan pengganas dan mendakwa tidak pernah memberi dana kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III. "Saya tidak mengenali Jamalul dan tidak pernah bertemu dengan Jamalul kerana dia berada di Tawi-Tawi, Filipina. "Saya hanya mengenali Muedzul Lail Tan Kiram dan hanya memberi bantuan kewangan kepada Muedzul," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Ternakan hilang angkara pengganas Posted: Ternakan hilang angkara pengganasOleh MUSTAPA LAKAWA dan MOHD. YUNUS YAKKUB LAHAD DATU - Penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu di sini bukan sahaja mengalami kemusnahan rumah dan harta benda malah turut kehilangan haiwan ternakan angkara pencerobohan puak pengganas Sulu. Aldi Daris, 36, dari Kampung Tanjung Batu berkata, 30 ekor kambing milik keluarganya yang dikurung dalam kandang di belakang rumah telah hilang sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kampung pagi semalam. Menurutnya, kambing-kambing itu yang boleh dijual pada harga RM600 seekor dipelihara sejak tahun lalu untuk dijual bagi tujuan majlis korban dan kenduri. "Pada hari kami tinggalkan rumah pada 4 Februari lalu, semua kambing itu kami masukkan ke dalam kandang bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun, hari ini (semalam), tiada seekor kambing yang tinggal dan kandang juga sudah kosong," katanya di sini semalam. Aldi memberitahu, dia dan beberapa penduduk kampung cuba mencari haiwan peliharaan di sekitar kampung namun gagal menemui haiwan itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Lagi pemimpin BN jumpa PMNAJIB (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zhong) di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini. Difahamkan ia sebagai lanjutan kepada beberapa pertemuan antara Najib yang juga Pengerusi BN dengan semua pemimpin peringkat negeri yang bermula sejak minggu lepas bagi membincangkan soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13. Pada sebelah pagi, Najib menemui Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Perdana Menteri selepas itu mengadakan pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zhong). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan