Jumaat, 11 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


2 lelaki beri perlindungan kepada tahanan lolos

Posted:

2 lelaki beri perlindungan kepada tahanan lolos

2 lelaki beri perlindungan kepada tahanan lolos

11/01/2013 7:00pm

BUTTERWORTH — Polis telah mengenalpasti dua lelaki yang dipercayai memberi perlindungan kepada lima tahanan yang masih bebas dan bersembunyi di sekitar Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lelaki berusia 31 tahun dan 60-an itu tinggal di dua lokasi di Ara Kuda dan dipercayai turut memberi wang serta pakaian kepada penjenayah terbabit.

"Berdasarkan maklumat, lelaki berusia 31 tahun itu adalah rakan tahanan dan dia dipercayai memberi bantuan dan perlindungan kepada mereka (tahanan) sejak hari pertama mereka meloloskan diri.

"Manakala lelaki berusia 60-an itu adalah bekas banduan dan dia juga dikatakan memberi makanan, rokok serta duit kepada tahanan sejak semalam," katanya kepada pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya untuk mengesan tahanan terbabit di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), di sini hari ini.

Beliau berkata, polis akan menahan kedua-dua lelaki terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.— BERNAMA

6 lelaki disyaki terlibat curi kereta ditahan

Posted:

6 lelaki disyaki terlibat curi kereta ditahan

6 lelaki disyaki terlibat curi kereta ditahan

11/01/2013 6:05pm

JOHOR BAHRU — Polis menahan enam lelaki yang disyaki terlibat melarikan dua kereta bernilai kira-kira RM300,000 setelah memecah masuk sebuah kedai menjual kereta di Taman Johor Jaya, di sini akhir bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Mohd. Roslan Zainuddin berkata keenam-enam lelaki berumur antara 20 dan 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di Pasir Gudang dan Seri Alam, Johor serta Port Dickson, Negeri Sembilan Selasa lepas.

"Dalam serbuan itu kami berjaya merampas tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis Mazda dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

"Polis juga merampas pelbagai barangan lain seperti tiga utas jam tangan, enam unit telefon bimbit pelbagai jenis, dua 'allen key' yang di ubahsuai, satu komputer riba dan dua kamera,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati dua daripada lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya mempunyai lima rekod jenayah atas kesalahan memiliki barang curi, satu kes pecah rumah dan curi serta satu kes samun.— BERNAMA

Rompak kerani: Penganggur dipenjara 26 tahun

Posted:

Rompak kerani: Penganggur dipenjara 26 tahun

Rompak kerani: Penganggur dipenjara 26 tahun

11/01/2013 6:03pm

KUALA LUMPUR — Seorang penganggur hari ini dikenakan hukuman penjara berjumlah 26 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan merompak seorang wanita dan mencederakan kakak mangsa, bulan lepas.

Hakim S.M. Komathy menjatuhkan hukuman itu terhadap Choo Wei Yang, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dia dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan masing-masing bagi setiap pertuduhan dan hakim memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak berkuatkuasa dari tarikh tangkapan 1 Disember lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Wei Yang didakwa mrompak wang tunai RM1,000 milik seorang kerani, Chai Ling Fong, 31, dengan menggunakan sebilah pisau sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa mencederakan kakak mangsa Lin Lin, 35, dengan pisau ketika merompak mangsa yang telah mengeluarkan wang dari mesin ATM di sebuah bank di sini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved