Jumaat, 11 Januari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SMK Sultan Ismail kini diiktiraf SBT

Posted:

SMK Sultan Ismail kini diiktiraf SBT

SMK Sultan Ismail kini diiktiraf SBT


HALIMAH (tengah) bersama pelajar bersorak gembira sambil menunjukkan sijil dan replika cek RM700,000 apabila disahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di Johor Bahru baru-baru ini.


CERIA. Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru berbangga apabila sekolah mereka menerima pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort 3 bagi tahun 2012.

Sekolah tersebut sebelum ini merupakan sekolah harian biasa dan menerima pengesahan dinaik taraf sebagai SBT pada 27 Disember lalu.

Pengetuanya, Halimah Ali berkata, pengorbanan guru-guru dan staf sokongan serta hubungan baik antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru turut menyumbang ke arah pengiktirafan tersebut.

Katanya, dengan pengiktirafan itu, pihak sekolah menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM700,000 untuk melaksanakan pelbagai aktiviti, meningkatkan kemudahan prasarana dan mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efisien.

Pelajar Palestin di USM terima baucar buku

Posted:

Pelajar Palestin di USM terima baucar buku

Pelajar Palestin di USM terima baucar buku


OMAR (tengah) bersama Abdelaziz (kiri) pada majlis penyerahan baucar buku kepada pelajar Palestin di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.


BANTU. Seramai 70 pelajar Palestin yang mengikuti pengajian dalam pelbagai peringkat di Universiti Sains Malaysia (USM) menerima baucar buku bernilai RM200 pada satu majlis ringkas baru-baru ini.

Para pelajar terbabit boleh menggunakan baucar itu di koperasi USM dan ia sebagai usaha membantu meringankan beban pelajar Palestin yang melanjutkan pengajian di negara ini.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, USM juga telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi berhubung permohonan Palestin untuk mendapatkan kadar yuran pengajian yang sama dengan rakyat tempatan.

"Ini antara inisiatif USM dalam membantu meringankan beban rakyat Palestin," ujar beliau.

Turut hadir, Duta Palestin di Malaysia, Abdelaziz Abughoush.

Unit Grafik Kosmo! anjur majlis minum petang

Posted:

Unit Grafik Kosmo! anjur majlis minum petang

Unit Grafik Kosmo! anjur majlis minum petang


SEBAHAGIAN warga kerja Unit Grafik Kosmo! bergambar pada majlis minum petang di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SANTAI. Lebih 20 petugas Unit Grafik akhbar Kosmo! termasuk ahli keluarga masing-masing menyertai majlis minum petang di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Visualizer unit tersebut, Mohd. Yusoff Nawi berkata, majlis yang bermula dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4 petang itu bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama mereka.

Selain menikmati hidangan yang disediakan, turut diadakan acara cabutan bertuah dan permainan untuk petugas dan ahli keluarga.

Hadiah pada majlis minum petang itu ditaja oleh Brother International (Malaysia) Sdn. Bhd., Persatuan Tenis Malaysia, Riverstone Eco Resort dan Wak Jali Event Management.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved