Jumaat, 11 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Saya akan berjuang’

Posted:

'Saya akan berjuang'

'Saya akan berjuang'

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

SULTAN Ahmad Shah mahu pastikan bola sepak negara berada pada tahap terbaik di peringkat Asia.


"SAYA pejuang dan saya akan berjuang untuk pembangunan bola sepak Malaysia."

Demikian titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar kecil) ketika diminta mengulas desakan pihak tertentu supaya baginda meletakkan jawatan dalam badan induk bola sepak negara.

Desakan tersebut timbul berikutan prestasi pasukan kebangsaan yang merosot sejak kebelakangan ini terutama ketika pusingan separuh akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, terdapat banyak keutamaan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki mutu pasukan negara supaya tidak ketinggalan khususnya di pentas Asia.

"Kita tidak mahu ketinggalan. Kita perlu berusaha dan memberi harapan baharu kepada para pemain. Untuk tujuan itu, saya akan memikul tanggungjawab sebagaimana diberikan.

"Saya mahu baiki kedudukan bola sepak kita di Asia. Ia adalah sukan yang penuh dengan persaingan. Dalam bola sepak, ada menang dan ada kalah.

"Mungkin nasib (pasukan) kita tidak baik ketika ini. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum sokongan daripada kira-kira 100 ahli Badan Bertindak Menyokong Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan, Pahang semalam.

Tambah Sultan Ahmad Shah lagi, baginda tidak akan berputus asa untuk terus berusaha memajukan sukan bola sepak di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi badan bertindak tersebut, Hafizan Hassan berkata, pihaknya akan terus menyokong Sultan Ahmad Shah untuk menerajui FAM.

"Kami yakin Sultan Ahmad Shah mampu memimpin FAM dengan baik. Tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menyalahkan baginda setiap kali skuad negara tewas.

"Isu ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menyerang kewibawaan baginda dan kita amat tidak bersetuju dengan desakan seperti itu," tegas beliau.

Mandjou, Haris pilihan Hodak

Posted:

Mandjou, Haris pilihan Hodak

Mandjou, Haris pilihan Hodak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


MANDJOU bakal digandingkan dengan Haris Safwan pada aksi menentang T-Team di Kuala Terengganu hari ini.


JUARA trebel, Kelantan akan mempertaruhkan gandingan bekas penjaring terbanyak Liga Super musim 2005-2007, Keita Mandjou dan Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal bagi merobek benteng pertahanan T-Team pada saingan aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang ini.

Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kedua-dua pemain tersebut memperagakan aksi cemerlang ketika menumbangkan PKNS pada perlawanan pembukaan liga Rabu lalu.

"Mohd. Haris beraksi cemerlang tempoh hari, begitu juga dengan Mandjou. Walaupun ramai yang mempertikaikan kredibiliti dia (Mandjou) tetapi saya harus bersikap jujur dan adil terhadapnya

"Anda lihat Marlon Alex James (pemain Angkatan Tentera Malaysia). Dia pemain yang hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari.

"Situasi ini mungkin dialami Mandjou, kita janganlah cepat menghukumnya," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, dia yakin Mandjou akan menemui semula sentuhannya sekiranya diberikan sokongan padu oleh peminat.

Dalam pada itu, Hodak membayangkan berkemungkinan besar dia akan menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar Zalani dalam kesebelasan utamanya.

Bagaimanapun, keputusan tersebut akan dibuat selepas sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Kuala Terengganu.

"Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan pasukan lamanya. Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang beraksi nanti," ujarnya.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak, Hodak bagaimana pun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

"Saya tidak mahu terlalu yakin, tetapi saya tetap optimis kami boleh memperolehi satu keputusan positif di Kuala Terengganu.

"Memang T-Team tidak dibarisi pemain yang hebat tetapi mereka merupakan sebuah pasukan yang sentiasa bekerja keras. Itu sesuatu yang baik dan kami sudah bersedia berdepan dengan mereka," katanya.

Pahang, Johor DT tampil dengan rentak garang

Posted:

Pahang, Johor DT tampil dengan rentak garang

Pahang, Johor DT tampil dengan rentak garang


PENYERANG Pahang, Mohamed Borji (tengah) menjaringkan gol pasukannya pada aksi menentang Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.


PENDATANG baharu Liga Super, Pahang semakin garang.

Semalam, skuad Tok Gajah itu terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menundukkan Felda United 1-0 menerusi jaringan tunggal penyerang import, Mohamed Borji pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Biarpun masih segar dengan kejayaan menewaskan pasukan gergasi tempatan, Johor Darul Takzim FC 3-2 pada aksi pembukaan di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini, namun skuad bimbingan Dollah Salleh itu terpaksa bekerja keras sebelum meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.

Usaha keras mereka akhirnya berbalas apabila Borji berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan.

"Apa yang mustahak adalah kami berjaya meraih tiga mata.

"Saya masih menaruh kepercayaan kepada pemain import Pahang dan saya berharap gol itu dapat memberikan suntikan motivasi kepada semua pemain menjelang perlawanan akan datang," kata Dollah selepas tamat perlawanan tersebut.

Pada aksi tersebut, corak persembahan Tok Gajah dilihat sedikit terjejas ekoran padang basah.

Penggempur Felda, Mohammad Ghaddar mempamerkan aksi memberangsangkan apabila sering kali memberikan masalah kepada kubu pertahanan Pahang.

Pahang kembali mengatur serangan namun ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Helmi Eliza Alias menafikan mereka daripada meloloskan diri.

Selepas menyaksikan perlawanan tersebut seakan-akan berkesudahan seri, Dollah membawa masuk Borji pada lima minit terakhir perlawanan dan langkah tersebut berbaloi apabila Borji berjaya memecah kebuntuan sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat Pahang.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Terengganu.

Sementara itu, Johor Darul Takzim (Johor DT) membuktikan segala kritikan dan cacian yang dilontarkan ke atas pasukan berstatus bintang itu, akhirnya dibalas dengan kemenangan sulung semalam.

Beraksi di hadapan kira-kira 50,000 penonton di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, skuad Harimau Selatan itu jelas menggunakan sebaiknya peluang menentang Perak yang beraksi dengan sembilan pemain menerusi kemenangan 1-0.

Paling manis, kejayaan semalam turut menghadiahkan tiga mata sulung buat skuad kendalian Fandi Ahmad itu selepas menerima pelbagai kritikan ekoran kekalahan 2-3 kepada Pahang di Kuantan Selasa lalu.

Pada aksi semalam, Johor DT berada pada landasan terbaik untuk mencatat kemenangan selepas dua pemain pasukan lawan diperintah keluar padang pada babak pertama.

Episod malang skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu bermula pada minit ke-37 selepas Khairi Kiman dilayangkan kad merah apabila mengasari Daniel Guiza. Khairi sebelum itu dilayangkan kad kuning pertama pada minit ke-26.

Pada minit ke-45, giliran Mohd. Hisyamuddin Md. Shaari pula dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas pemain import Johor DT, Simone Del Nero.

Bersambung babak kedua, Johor DT pantas membuka jaringan pertama menerusi jaringan Mohd. Aidil Zafuan yang bijak menanduk bola hantaran lintang kapten pasukan, Safiq Rahim.

Perak hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-53 tetapi tandukan Rafael Souza Silva Novais berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd. Zamir Selamat.

Johor DT mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan namun gagal memanfaatkannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved