Jumaat, 11 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Artis masuk perangkap SPRM

Posted:

Artis masuk perangkap SPRM

Artis masuk perangkap SPRM

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

RUSTAM AFFANDI (kanan) dan Addy Sany berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.


IPOH - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.

Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.

Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerandut buah zakar tercucuk besi

Posted:

Kerandut buah zakar tercucuk besi

Kerandut buah zakar tercucuk besi

MIKHAIL IRFAN menunjukkan batang besi yang telah dipotong pemaju selepas kejadian itu di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.

Berikutan kemalangan itu, datuknya Zainol Sulaiman, 61, membuat laporan polis dan mahu pihak pemaju mengambil perhatian dan langkah keselamatan supaya kejadian tersebut tidak berulang.

"Cucu saya dan rakannya biasa bermain di kawasan berkenaan.

"Sudah empat bulan cerucuk besi yang panjangnya hampir 20 sentimeter itu terpacak di situ tapi semalam nasibnya malang kerana terjatuh dan terkena bucu besi," ceritanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Zack bebas tuduhan edar ganja

Posted:

Zack bebas tuduhan edar ganja

Zack bebas tuduhan edar ganja


ZACK New Boyz (tiga dari kiri) ceria bersama isteri (dua dari kiri) dan peguamnya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar ganja seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zack, 33, didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada pukul 9.20 malam, 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved