Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Fenomena manusia dan emosi

Posted:

Fenomena manusia dan emosi

Fenomena manusia dan emosi

APABILA sudah fanatik terhadap seseorang penyanyi, ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membeli tiket konsert. - Gambar hiasan


KETERUJAAN manusia terhadap fenomena Gangnam Style kelihatan sudah mula merosot. Masyarakat sudah mula kurang memperkatakannya lagi. Ia tidak lagi dianggap fenomena yang hebat seperti mana awal kemunculannya.

Sebenarnya, dalam apa juga fenomena keterujaan manusia terhadap sesuatu, baik kepada perkara yang melibatkan manusia ataupun objek, ia pada akhirnya hanyalah fenomena psikologi.

Di Malaysia, suatu waktu dahulu, fenomena Mawi telah mencetuskan perbualan hangat. Bagaimanapun, ia sepertinya sudah berakhir. Ia diganti pula dengan keterujaan terhadap artis yang lain.

Kini, nama-nama seperti Yuna dan Najwa Latif pula mengisi ruang seni tanah air. Mereka menjadi bintang anak muda.

Di Malaysia, bukan hanya penyanyi menjadi fenomena. Pelawak seperti Zizan dan Johan juga mempunyai auranya yang tersendiri. Mereka dipuja dan diberikan perhatian.

Bahkan, mutakhir ini kehadiran golongan pendakwah seperti Ustaz Azhar Idrus yang mampu menarik puluhan ribu masyarakat mendengar ceramah agama yang diberikan, merupakan sesuatu yang sangat luar biasa.

Di Indonesia, beberapa tahun yang lalu, pendakwah seperti Abdullah Gymnastiar dianggap sebagai ulama yang sangat phenomenal.

Tidak ramai manusia mampu mencipta kehebatan seperti itu. Apatah lagi kehebatan yang mampu memberikan manfaat yang besar kepada orang lain.

Pada masa lalu, biasanya manusia yang menjadi fenomena ialah negarawan. Soekarno, Mahatma Ghandi dan Ayatollah Khomeini dikatakan antara manusia agung yang mampu menarik puluhan ribu pendengar. Bahkan orang sanggup mati mempertahankan pemimpin mereka.

Kesan contagion

Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa secara psikologikalnya kita sangat terangsang dengan seseorang pada masa-masa tertentu dan pada masa yang lain kita kian melupakan mereka?

Inilah yang dikatakan kesan contagion. Ia merupakan perpindahan emosi manusia.

Gangnam menjadi gaya baharu masyarakat apabila semua orang memperkatakannya. Ia tersebar dengan lebih cepat dengan adanya kemudahan internet yang menjadikan manusia di seluruh dunia ingin melihat siapakah artis yang menciptakan muzik baharu itu. Ia sekali gus menjadi sebutan di mana-mana.

Pada mulanya, orang mungkin tidak meminati langsung. Apabila semua orang memperkatakan tentang kehebatan artis tadi, secara tidak langsung ia telah menyebabkan semua orang berkongsi emosi menyukainya.

Asalnya, teori berkaitan dengan kesan contagion ini banyak dibincangkan oleh pakar psikologi apabila membincangkan topik yang berkaitan dengan histeria.

Ia menjelaskan, apabila ada seseorang yang berasa trauma dengan sesuatu, ia kemudiannya telah merebak kepada orang lain yang seolah-olah mengalami hal yang sama.

Perpindahan emosi berlaku dalam konteks kehidupan kita seharian. Kita bersedih apabila melihat orang lain bersedih, walaupun kita tidak ada alasan untuk bersedih.

Kita berasa gembira apabila melihat orang lain gembira. Anak-anak kita di rumah akan berasa gembira apabila ibu bapanya pulang ke rumah dengan wajah yang ceria. Begitu jugalah yang berlaku di tempat kerja.

Kita selalu melihat bagaimana ribuan penonton menangis apabila melihat penyanyi hebat seperti Elton John atau Michael Jackson.

Tatkala semua penonton menangis, secara tidak sengaja penonton lain akan menangis juga. Pemindahan emosi yang berlaku antara manusia ini sangat sukar untuk dijelaskan.

Emosi yang menular

Dalam konteks penghibur dan pendakwah tadi, mereka telah diperkatakan di mana-mana. Nama mereka disebut-sebut sehingga menjadikan mereka sangat istimewa.

Cerita mengenai kehebatan mereka tadi telah menular dengan cepat dan meluas, menjadikan mereka sebagai satu fenomena.

Perpindahan emosi manusia ini adalah sesuatu yang sangat unik. Semua orang menyukai mereka.

Sebenarnya tidak semua manusia mampu mencapai ke tahap ini. Ada orang yang perlu berusaha bersungguh-sungguh, tetapi mereka tidak menonjol juga.

Ada orang yang mungkin melakukan usaha yang kecil sahaja, tetapi tiba-tiba menjadi sangat terkenal. Ia hal psikologikal yang unik.

Banyak artis baharu muncul bukan kerana mereka perlu bertanding dalam kejuaraan lagu atau berdamping dengan komposer terkenal, tetapi mereka mencipta nama kerana mereka meletakkan bakat mereka di internet.

Kalau mereka bernasib baik, mereka akan disukai orang. Mereka akan menjadi manusia yang lebih beruntung, kalau nama mereka tiba-tiba menjadi sebutan dan digilai.

Bukanlah bermakna idola seperti ini tidak ada kekurangannya. Mereka manusia biasa juga. Mereka juga ada kelemahan.

Bagaimanapun, sekiranya ada kekurangan dan kelemahan, peminat atau pendengar akan mengabaikannya. Mereka tidak lagi mementingkan kekurangan idola mereka tadi. Nama baik dan kehebatan manusia ini juga yang akan terus disebut.

Sampai waktunya, sama ada kita suka atau tidak, populariti seseorang akan merosot. Ia adalah lumrah. Pada saat itu, walaupun sedikit sahaja kesilapan atau kekurangan yang muncul, manusia akan menciptakan seribu alasan untuk tidak menyukainya.

Sesiapa yang mempunyai bakat atau kelebihan tertentu mungkin boleh cuba melakukan sesuatu untuk menonjolkan diri anda.

Kalau anda bernasib baik, anda mungkin menjadi satu fenomena baharu yang memberikan manfaat kepada orang lain.

DVD khusus buat pesakit kanser

Posted:

DVD khusus buat pesakit kanser

DVD khusus buat pesakit kanser


GOODMAN (tengah) bersama Mohamed Ibrahim (kiri) dan Ahmad Kamal menunjukkan DVD Project Life yang boleh didapati secara percuma untuk pesakit kanser.


SEBELUM ini penghidap kanser dan penjaga pesakit kanser sukar mendapatkan maklumat yang tepat mengenai rawatan dan pengurusan kanser. Peka dengan keadaan tersebut, Sanofi Oncology dan Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) tampil melancarkan cakera video digital (DVD) Project Life.

Projek yang pertama seumpamanya di Malaysia itu memaparkan dua bahagian dokumentari dalam tiga bahasa mengenai pengurusan kanser.

Inisiatif bersama tersebut merupakan usaha Sanofi Oncology untuk menyelamatkan nyawa melalui maklumat tepat sekali gus melenyapkan tanggapan salah tentang pengurusan kanser.

Project Life berhasrat membantu pesakit kanser mengatasi cabaran apabila didiagnosis dengan penyakit tersebut.

Selain berhadapan dengan emosi yang tidak menentu apabila mengetahui hasil diagnosis, pesakit dan keluarga mereka berhadapan dengan cabaran terbesar untuk mendapatkan jawapan sebenar atas kemusykilan berkaitan kanser dan pilihan rawatan.

Objektif Project Life adalah untuk memberi semangat kepada pesakit kanser dan penjaga mereka. Maklumat penting dalam DVD tersebut diharap dapat membantu mereka membuat keputusan tentang pilihan rawatan berdasarkan bukti saintifik yang kukuh.

Diberi percuma

DVD yang diberikan secara percuma kepada semua pesakit kanser itu memaparkan temu ramah dengan pakar onkologi terbaik di Malaysia. Ia memberi maklumat penuh mengenai penyakit tersebut bermula daripada diagnosis, rawatan hinggalah kepada penjagaan.


SEBANYAK 5,000 keping DVD akan disediakan untuk pesakit kanser secara percuma.


Sebagai tambahan, DVD Project Life memaparkan kisah mereka yang berjaya melawan penyakit kanser dengan menceritakan pengalaman mereka sendiri sepanjang menjalani rawatan kanser.

Sehingga kini, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap kanser meningkat daripada 31,988 orang pada tahun 2008 kepada 34,386 orang pada 2010.

Bilangan tersebut dianggarkan meningkat kepada 40,939 orang pada 2015 berdasarkan statistik Agensi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Kajian Mengenai Kanser GLOBCAN.

Menurut Pengurus Besar Sanofi Malaysia, Singapura dan Brunei, Leah Goodman, Sanofi Oncology merupakan peneraju global dalam bahagian terapeutik bagi pengurusan kanser.

"Kami bekerjasama dengan MOS untuk inisiatif ini bagi meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser dan memberi kuasa kepada mereka melalui maklumat yang mereka perlukan.

"Selain daripada memberi manfaat kepada pesakit. DVD ini juga boleh dikongsi bersama penjaga untuk mendapat maklumat tepat daripada pakar dalam bidang ini," katanya.

Sementara itu, Presiden MOS, Dr. Ahmad Kamal memberitahu, walaupun terdapat peralatan canggih dan ubat-ubatan baharu, ramai pesakit kanser di Malaysia tidak mendapat rawatan yang optimum.

"Apa yang menyedihkan, semuanya ini berpunca daripada tanggapan salah tentang pengurusan kanser. Selain itu, mereka memperoleh maklumat yang tidak tepat daripada pelbagai saluran. Itu membuatkan pesakit merujuk kepada terapi alternatif atau tradisional bukannya terapi berdasarkan bukti.

"Keengganan atau kelewatan mendapatkan rawatan klinikal akan menjejaskan peluang mereka untuk pulih dan terus hidup," ujarnya.

Testimonial

Ahli Majlis Kehormat MOS, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid berkata, pesakit sering berasa hampa dan trauma psikologi.

"Keadaan tersebut menyebabkan mereka sukar memahami atau mengingati nasihat doktor atau perunding.

"Dengan adanya DVD ini, pesakit dan penjaga akan mendapat maklumat tepat daripada sumber yang boleh dipercayai dan mereka boleh menontonnya berulang kali," katanya.

DVD Project Life terdapat dalam dua bahagian. Bahagian satu memaparkan tentang Diagnosis Kanser dan Rawatannya yang terdiri daripada temu ramah dengan pakar onkologi, pakar bedah, pakar psikologi dan doktor penjagaan paliatif dari MOS.

Bahagian kedua pula memuatkan testimonial daripada bekas pesakit kanser yang menceritakan kisah mereka semasa menjalani rawatan dan cabaran yang dihadapi dalam menangani penyakit tersebut.

"Kalaulah dahulu saya tahu apa yang perlu diketahui tentang penyakit ini dan proses rawatannya, perjalanan saya mungkin kurang menakutkan.

"Saya mungkin lebih yakin dan tidak membuang masa berasa murung tanpa sebab hanya berdasarkan cerita-cerita menakutkan yang saya dengar daripada pihak ketiga," kata Hasmat Zakaria yang merupakan seorang pesakit kanser.

Dipersembahkan dalam tiga bahasa, bahasa Inggeris bahasa Melayu dan Mandarin, DVD tersebut memastikan pesakit dan penjaga daripada pelbagai kaum memahami mesej yang ingin disampaikan.

Buat permulaan, 5,000 keping DVD akan disediakan untuk pesakit kanser. Mereka boleh mendapat DVD tersebut dengan memintanya daripada doktor mereka semasa temu janji. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved