Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kes selesai

Posted:

Kes selesai

Kes selesai

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

MAT YO (kiri) sudah boleh melupakan tuntutan KAFA terhadap isu penghijrahannya ke Johor.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa nilai tebus kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah pun diselesaikan selepas penyerang Johor Darul Takzim FC (Johor DT) itu melunaskan tebus kontrak selama 13 bulan bernilai RM299,000.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak perlu membayar sebarang yuran perpindahan buat Norshahrul.

FAM menjelaskan bahawa Norshahrul telah melangsaikan bayaran penamatan kontrak setahun sebagaimana yang dipersetujui oleh KAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu, Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar tebus kontrak sahaja dan bukannya RM1 juta sebagaimana yang dituntut oleh KAFA baru-baru ini.

Katanya, pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran penebusan kontrak itu seperti yang dituntut KAFA dan telah selesai sejak 20 November lepas.

Jelasnya, Mat Yo telah dua kali membuat bayaran penebusan kontrak kepada KAFA berjumlah RM299,000 melalui draf bank.

"Bayaran pertama Mat Yo sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada Jumaat lalu dan bayaran kedua berjumlah RM49,000 sehari kemudian. Kami telah mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo.

"Apabila pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, dia hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

"Pasukan asal (Kelantan) tidak berhak menuntut bayaran perpindahan dan mereka hanya boleh menuntut tebusan nilai kontrak daripada Mat Yo yang berbaki selama 13 bulan sahaja.

"Justeru, bayaran yang dituntut KAFA tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak sebelah pihak," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini, KAFA menuntut Mat Yo melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana dia menamatkan kontraknya bersama Kelantan setahun lebih awal.

Jumlah tersebut dinilai menerusi nilai Mat Yo sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) selama tiga musim berturut-turut (RM300,000), yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000 serta insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung KAFA kerana penaja menarik diri.

"Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain.

"Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membayar sagu hati berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas mendapatkan khidmat bekas pemain Harimau Muda A, Mohd. Affize Faisal Mamat yang berasal dari Terengganu.

Beliau berkata, PBSNT tidak mempunyai hak memaksa pemain berusia 24 tahun itu beraksi bersama negeri kelahiran biarpun sebelum ini peraturan FAM telah menetapkan bekas pemain Harimau Muda A harus kembali bersama dengan negeri asal mereka.

"Bayaran perlu dijelaskan kepada PBSNT dalam tempoh sebulan atau kita akan memotong geran tahunan yang diberikan kepada ATM bagi menyelesaikan masalah

ini," kata Takiyuddin.

Johor DT perkemas jentera pertahanan

Posted:

Johor DT perkemas jentera pertahanan

Johor DT perkemas jentera pertahanan

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

FANDI perkemas benteng pertahanan Johor DT yang dilihat agak goyah pada aksi pertama, Selasa lalu.


PERBAIKI bahagian pertahanan dan cari penyudah yang baik.

Itu yang diharapkan oleh ketua jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad menjelang perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Jelas Fandi, kesilapan bahagian pertahanan sehingga memberi ruang pasukan Pahang menjaringkan tiga gol pada aksi pertama Selasa lalu perlu diperbaiki agar tidak berulang pada perlawanan malam ini.

"Mungkin saya akan lakukan sedikit perubahan di bahagian pertahanan. Saya akan turunkan barisan terbaik di posisi ini kerana amat berbahaya jika kesilapan sama berulang lagi.

"Saya juga berharap bahagian serangan akan lebih mantap dengan penyudah yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Fandi, seperti perlawanan pertama, gandingan Norshahrul Idlan Talaha bersama-sama Daniel Guiza mungkin akan dikekalkan malam ini berikutan keadaan Mohd. Safee Sali yang masih belum cergas seratus peratus untuk beraksi sepenuh masa.

Pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur lalu, Johor DT yang dibarisi pemain-pemain bintang, tewas 2-3 kepada Pahang meskipun mendahului 2-0 pada babak pertama permainan.

Jelas Fandi, kekalahan tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat Harimau Selatan, malah beliau tetap yakin yang kesemua pemain semakin bersemangat untuk menebus kekalahan tersebut.

"Dengan kerja keras, semangat juang yang tinggi serta sokongan peminat di halaman sendiri, saya yakin, kita mampu menang pada perlawanan esok (malam ini)," katanya.

Fandi bagaimanapun mengakui, beliau tidak boleh memandang rendah pasukan Perak yang memiliki kekuatan tersendiri.

Kekal formasi 4-2-4

Posted:

Kekal formasi 4-2-4

Kekal formasi 4-2-4

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


AZRAAI akan terus menggunakan formasi 4-2-4 pada aksi menentang Johor DT malam ini.


PERAK dijangka menggunakan formasi 4-2-4 bagi mengekang kemaraan skuad impian, Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam saingan Liga Super di Johor Bahru malam ini.

Jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah membayang- kan akan menggunakan formasi tersebut dalam usaha mengekang kemaraan skuad yang dibarisi pemain bintang ternama itu.

Sebelum ini, Azraai menggunakan formasi tersebut bagi mengawal kemaraan T-Team pada aksi yang berlangsung di Lumut, Selasa lalu dan hasilnya Perak berjaya mencatat kemenangan 1-0.

Azraai menggunakan Rafel Souza, Shahrom Kalam, Khairi Kiman dan M. Sivakumar bagi mematahkan serangan T-Team yang diketuai bintang import, George Boateng.

"Perak akan mengekalkan corak permainan tersebut kerana persembahan yang dipamerkan oleh para pemain ternyata bertenaga," jelas Azraai di Ipoh semalam.

Kawalan ketat perlu dilakukan ke atas setiap pergerakan bintang Johor DT seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Mohd. Shafiq Rahim dan Azwan Roya kerana mereka mampu menggegarkan gawang Perak.

Selain itu, Azraai dijangka mengekalkan bekas penjaring terbanyak Liga Super 2012, Abdul Hadi Yahaya bersama-sama Mohd. Failee Ghazali, Yong Kuong Yong dan Mohd. Nasir Basharuddin sebagai penggempur utama Perak.

Namun begitu, Perak perlu lebih berhati-hati semasa bertandang di gelanggang lawan kerana Johor DT sudah pastinya mahu mencari kemenangan pertama.

Sebelum ini, anak-anak buah Fandi Ahmad kalah mengejut kepada pendatang baharu Liga Super, Pahang 2-3 pada aksi pembuka tirai, Selasa lalu.

Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu sudah pasti akan menurunkan barisan terkuatnya bagi mencari kemenangan pertama.

Menurut Azraai, Perak sudah bersedia untuk berdepan lawan mereka itu dan berharap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan permainan yang berkualiti.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved