Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


IJM anjur program kemasyarakatan di Kota Tinggi

Posted:

IJM anjur program kemasyarakatan di Kota Tinggi

IJM anjur program kemasyarakatan di Kota Tinggi


KAKITANGAN IJM bergambar pada program kemasyarakatan di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi baru-baru ini.


AMAL. IJM Corporation Berhad (IJM) baru-baru ini menganjurkan program Give Day Out 2012 iaitu salah satu tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor.

Lebih 120 kakitangan disambut mesra olah penduduk kampung itu sebelum dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Selesai majlis perasmian dan bersarapan, kesemua peserta bersama-sama membantu kerja-kerja mengecat bangunan Musolla dan bilik rawatan serta menanam pokok.

Timbalan pengerusi program, Phoa Seng Khoon berkata, program tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan antara kakitangan dan masyarakat setempat.

Peniaga kecil India Kedah terima pinjaman Tekun

Posted:

Peniaga kecil India Kedah terima pinjaman Tekun

Peniaga kecil India Kedah terima pinjaman Tekun


SEBAHAGIAN penerima bantuan pinjaman Tekun bergambar kenangan dengan Mohd. Saidi (duduk dua dari kiri) dan Ananthan (kanan) di Kulim baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 420 peniaga kecil India di Kedah menerima pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) berjumlah RM2.7 juta sehingga 31 Disember lalu bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Timbalan Pengurus Tekun negeri, Mohd. Saidi Azizan berkata, pihaknya meluluskan permohonan bagi pinjaman RM5,000 hingga lebih RM10,000 setiap seorang setelah skim itu diperkenal kepada masyarakat India pada 2010.

Ketika berucap pada majlis penyerahan cek Tekun kepada 20 orang penerima berjumlah RM198,000 di Pejabat Tekun Padang Serai, Kulim, baru-baru ini, beliau berkata, mereka perlu menjelaskan kembali pinjaman itu mengikut waktu ditetapkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Lunas, S. Ananthan.

Mangsa banjir di Klang terima bantuan

Posted:

Mangsa banjir di Klang terima bantuan

Mangsa banjir di Klang terima bantuan


ABDUL RAHMAN (dua dari kiri) beramah mesra dengan seorang warga emas yang menjadi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 563 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dan Sungai Pinang, Klang, Selangor yang merupakan mangsa banjir pada Mac lalu menerima bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Pengerusi Barisan Nasional Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, setiap mangsa menerima wang tunai sebanyak RM500 selepas mereka mengemukakan bukti terlibat dalam banjir dan didaftarkan dalam bancian di kawasan terlibat sebelum ini.

"Ini merupakan penyerahan bantuan fasa kedua selepas kira-kira 2,300 penduduk di kawasan DUN Selat yang juga mangsa banjir menerima sumbangan sama.

"Bantuan ini diberikan dalam usaha kita meringankan beban mangsa banjir dan diharapkan dapat digunakan sebaik mungkin," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang baru-baru ini.

Tambahnya, MKN memperuntukkan lebih RM1.4 juta bagi membantu semua mangsa banjir terlibat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved