Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak parah diserang Rottweiler

Posted:

Budak parah diserang Rottweiler

Budak parah diserang Rottweiler

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

MANGSA gigitan anjing, Thuan Seng dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila diserang seekor anjing Rottweiler peliharaan saudaranya di Taman Kulai Utama, Kulaijaya dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Chok Thuan Seng mengalami kecederaan parah di leher, muka dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurut sepupu mangsa, Sin Yee, 21, kejadian berlaku ketika Thuan Seng baru pulang dari tadika yang terletak berhampiran rumahnya di Jalan Anggerik, Taman Kulai Utama.

Katanya, Thuan Seng yang berasal dari Bukit Batu, Kulaijaya, sudah tiga minggu menetap bersama mereka sekeluarga bagi memudahkan dia ke tadika setiap hari.

"Thuan Seng memang sudah biasa bermain-main dengan anjing tersebut tetapi kami tidak tahu mengapa dia diserang haiwan itu secara tiba-tiba.

"Mungkin ketika kejadian, adik saya terlupa untuk mengikat anjing tersebut dan sebaik melihat Thuan Seng pulang dari tadika, anjing kami meluru keluar rumah menyerang Thuan Seng," katanya ketika ditemui di HSA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ubat seks RM1.25 juta dirampas

Posted:

Ubat seks RM1.25 juta dirampas

Ubat seks RM1.25 juta dirampas

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL dan ZULHILMI JALIL
berita@kosmo.com.my


BEBERAPA pegawai penguat kuasa farmasi merampas sebahagian daripada ubat seks dari sebuah stor di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Peniaga-peniaga ubat dan bahan perangsang seks jalanan di sekitar ibu negara dan Selangor dijangka 'patah kaki' setelah stor simpanan utama bahan tersebut di Jalan Pasar, Pudu di sini diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Dalam serbuan pada kira-kira pukul 2.30 petang itu, seramai 25 pegawai daripada Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur berjaya merampas ribuan kotak berisi 30 jenis produk perangsang seks yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta.

Nilai rampasan tersebut merupakan yang terbesar di ibu negara dalam tempoh 10 tahun.

Turut dirampas, ribuan alatan dan aksesori perangsang seks.

Ketua Operasi, Adnan Salimin memberitahu, serbuan tersebut merupakan hasil daripada maklumat orang awam serta intipan yang dilakukan pihaknya sejak dua bulan lalu.

Katanya, rumah kedai dua tingkat tersebut telah beroperasi sebagai gudang penyimpanan stok ubat dan bahan perangsang seks sejak lebih kurang lima tahun lalu.

"Ketika diserbu, sindiket yang dipercayai menjadi dalang kegiatan tersebut telah melarikan diri. Bagaimanapun, kami menemui timbunan ubat-ubatan dan bahan perangsang seks.

"Mereka (sindiket) selaku pemborong akan menyimpan stok ubat dan bahan perangsang seks di rumah tersebut sebelum mengagih-agihkannya kepada peniaga-peniaga jalanan di sekitar ibu kota," ujarnya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Laksana 4 inisiatif jayakan PPPM

Posted:

Laksana 4 inisiatif jayakan PPPM

Laksana 4 inisiatif jayakan PPPM

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my


MUHYIDDIN (tengah) melafazkan ikrar perkhidmatan awam pada majlis Perutusan Tahun Baru 2013 Kementerian Pelajaran di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kementerian Pelajaran akan melaksanakan empat inisiatif dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini bagi membolehkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dicapai menjelang tahun 2025 nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif pertama adalah memperkenalkan program 'School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) Plus' di Kedah dan Sabah.

Menurutnya, program itu bagi membolehkan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam band tercorot iaitu lima, enam dan tujuh dapat dibimbing.

"Saya berpandangan bahawa kedua-dua program tersebut mampu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru-guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun Baru 2013 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved