Khamis, 10 Januari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rahsia bertahan lama

Posted:

Rahsia bertahan lama

Rahsia bertahan lama

WALAUPUN sudah lebih 40 tahun bertapak dalam industri seni tanah air, pelantun lagu Andainya Aku Pergi Dulu, Datuk David Arumugam bersama kumpulannya, Alleycats masih dapat bertahan dan dikenali sehingga hari ini.

Lagu-lagu nyanyian Alleycats yang malar segar sentiasa menjadi siulan di bibir peminat mereka tidak mengira usia meskipun banyak lagu yang lebih segar melodinya dimainkan di corong-corong radio.

Faktor utama Alleycats mampu bertahan sehingga kini antaranya adalah peminat yang tidak jemu menyokong perjuangan seni mereka dari awal kewujudan mereka dalam industri ini.

"Bukan saya yang buat Alleycats jadi popular, tetapi peminat yang menyokong dan sentiasa berada di sisi kami tidak kira masa. Mereka masih suka dengan kami. Mereka menyanyikan lagu Alleycats di karaoke dan radio pun masih putar lagu kami dan yang paling penting adalah peminat masih ada sebab itu kita boleh kekal," kata David merendah diri.

Setiap persembahan atau lagu yang dihasilkan bukan tangkap muat sebaliknya mengambil kira cita rasa peminat dan halwa telinga yang mendengar setiap hasil seni muzik mereka.

"Sampai sekarang saya bersama Alleycats masih lagi aktif membuat persembahan di acara-acara korporat dan kami menyanyi untuk peminat bukan syok sendiri," bicaranya yang sudah 44 tahun menjadi anak seni.

Formula untuk kekal lama dalam industri hiburan turut dikongsi vokalis kumpulan May, Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus yang telah bertapak sebagai anak seni selama 27 tahun.

Persefahaman dan toleransi amat penting untuk mengekalkan agar sesebuah band mampu bertahan lebih lama dan menghargai apa yang mereka ada berbanding kumpulan lain.

"Rahsia untuk mana-mana artis bertahan lama dalam industri adalah persefahaman terutamanya artis berkumpulan kerana tanpa faktor tersebut, saya jamin band tersebut terkubur dalam masa yang singkat.

"Jika ada masalah, kita kena selesaikan dengan cepat dan jangan perbesarkan perkara yang kecil," tutur Mus yang akan muncul dalam rancangan realiti televisyen terbitan RTM, Sentuhan Ikon 2013 menjelang Mac depan.

Sentiasa fokus dan memberikan komitmen seratus peratus semasa mengadakan persembahan juga antara formula yang dikongsi Mus bersama pihak media ketika ditemui di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin.

"Selain itu kita jangan terlampau tertekan dengan menganggap band sebagai bebanan kepada kita sebaliknya perlu enjoy, barulah kita rasa seronok untuk bekerja dalam masa yang sama mengambil berat.

"Banyak band-band baharu saya tengok mereka lebih suka main-main dan tidak serius dalam kerja, hanya mahu suka-suka," tambah Mus.

Perjalanan seni

Perjalanan seni kedua-dua ikon seni tanah air itu terus rancak dengan aktiviti-aktiviti yag memenuhi jadual harian mereka. Itu bukti betapa Mus dan David masih relevan dalan industri muzik tempatan masa kini.

David ketika ini sedang sibuk dengan proses penjenamaan semula kumpulan Alleycats yang diatur pihak Universal Music bagi menaikkan semula populariti mereka seperti zaman awal kemunculannya.


MUS dan David mahu terus memacu band masing-masing dalam menongkah arus dunia seni.


Proses memberi nafas baharu kepada kumpulan yang kekal malar segar itu akan melibatkan konsert jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti tahun ini. Selain memenuhi undangan majlis korporat, saya juga akan keluarkan album audio visual konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang berlangsung tahun lepas.

"Tahun ini juga Alleycats sedang menumpukan perhatian untuk mewujudkan perpustakaan kami sendiri yang mempamerkan sejarah Alleycats dari zaman awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya.

Perpustakaan yang berkonsepkan muzium itu dilengkapi dengan studio rakaman, ruang istirehat dan juga kedai menjual cenderamata eksklusif Alleycats.

Menurutnya lagi, perpustakaan belum bernama itu tidak dipanggil muzium kerana Alleycats masih hidup lagi dan ia tidak seperti perpustakaan biasa yang bukan sekadar menempatkan buku-buku, tatapi ia turut mempamerkan anugerah-anugerah yang pernah Alleycats menangi sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni tanah air.

"Jika mahu belajar mengenai Alleycats dari A hingga Z, anda boleh datang ke sana sambil bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga.

"Tarikh sebenar pembukaan perpustakaan itu tidak dapat dipastikan lagi kerana kami masih lagi mengumpul barang-barang Alleycats," tuturnya penuh semangat.

Azam 2013

Perpustakaan itu yang berlokasi di Ara Damansara itu bakal menyimpan dan menghidupkan legasi kumpulan Alleycats walaupun setelah 100 tahun kumpulan itu bersara daripada industri seni ini.

"Pada masa itu orang ramai akan berkata, inilah kumpulan yang pernah popular satu masa lalu dan ia akan menjadi motivasi kepada mereka untuk berkarya dan menceburi bidang seni," katanya.

Ditanya mengenai azam tahun 2013, kata David sambil berseloroh, dia tiada azam tahun baharu kerana dunia sepatutnya akan berakhir bulan Disember 2012.

"Setiap tahun adalah sama bagi saya cuma yang membezakannya ialah setiap tahun yang berlalu semakin pantas, pejam celik sudah masuk tahun baharu.

"Harapan saya untuk tahun baharu ini supaya dapat membuat persembahan dengan bagus setiap tahun dan boleh terus bekerja menghiburkan peminat," ujarnya.

Dalam pada itu, Mus ketika ditanya mengenai perancangan tahun baharu mengakui tiada sebarang perancangan yang teliti sepanjang tahun ini hanya memenuhi jemputan persembahan.

"Pada tahun 2013 ini kita tiada perancangan sangat, cuma kita sedang lihat jika ada beberapa projek dengan stesen-stesen TV untuk tujuan promosi kumpulan kami," ujarnya.

Anzalna sasar kahwin tahun depan

Posted:

Anzalna sasar kahwin tahun depan

Anzalna sasar kahwin tahun depan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ANZALNA berazam untuk lebih aktif sebagai penyanyi dan pengacara pada tahun ini.


KISAH usung atau sorok kekasih sudah lali dalam dunia hiburan malah tidak menjadi hal sekiranya perkara sebegitu menjadi ibarat trend sebagai seorang selebriti yang diperhati ramai.

Jika terlalu banyak publisiti pasti akan ada pihak yang melabelkan artis itu tidak tahu malu.

Begitu juga sebaliknya, sekiranya timbul kes sembunyikan kekasih, akan ada yang membuat penilaian artis itu sengaja mahu menyombong.

Hal yang sama terjadi kepada aktres jelita, Anzalna Nasir yang baru-baru ini memutuskan untuk mengurangkan pendedahan media terhadap kekasihnya, Hanif Zaki sehingga menyebabkan timbul rasa kurang senang segelintir pihak.

Kosmo! menghubungi Anzalna yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada Rabu lepas untuk mendapatkan kepastian berkenaan perkara itu dan perancangannya masa depannya bersama Hanif.

Kosmo!: Benarkah Anzalna sudah serik mendedahkan teman lelaki kepada umum? Kenapakah?

ANZALNA: Bukan serik tetapi saya mahu kurangkan publisiti yang terlalu banyak mengenai hubungan kami. Adalah lebih baik untuk bertanya dan bercerita mengenai kerjaya saya berbanding hal peribadi. Saya juga kurang selesa apabila setiap kali ditemu bual, pasti soalan teman lelaki akan ditanya.

Sebelum ini, ada beberapa pelakon yang terlalu banyak mendedahkan teman lelaki akhirnya hubungan itu goyah kerana terlalu banyak publisiti. Komen Anzalna tentang perkara itu?

Saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana kami sama-sama memahami kerja dan ruang peribadi masing-masing. Apa yang orang sekeliling cakap tidak menjejaskan hubungan kami kerana kami ada pendirian. Lagipun, hubungan kami adalah serius dan kami sudah ada perancangan masa depan.

Apakah perancangan kalian selepas ini?

Perancangan untuk berkahwin sudah ada cuma sekarang tengah kumpul duit terlebih dahulu. Rezeki lebih penting daripada populariti. Kami mahu kekalkan hubungan seperti sekarang dan berdoa tidak akan putus di tengah jalan.

Adakah Anzalna sudah bersedia untuk bergelar isteri?

Memandangkan umur pun sudah meningkat, saya memang bersedia. Cuma mungkin perlu tunggu setahun dua lagi untuk berkahwin dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap rumah tangga. Saya sasarkan untuk menamatkan zaman solo pada umur saya 26 tahun.

Apakah perkembangan terkini Anzalna?

Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod Maskara melakonkan watak Hani, seorang wanita lemah lembut tapi tegas. Menariknya, dalam drama ini saya bertudung sepanjang masa. Selepas ini saya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod Bangkitnya Seorang Perempuan untuk slot Samarinda TV3. Saya ada mendapat tawaran untuk mengacara sebuah program bual bicara pagi dan menyanyi di bawah sebuah syarikat rakaman tapi mungkin belum masa yang sesuai untuk menerimanya. Biarlah perlahan-lahan.

Adakah Anzalna enggan dilabel terlalu tamak sekiranya menerima semua tawaran itu?

Salah satunya kerana sebab itu tapi saya mahu memajukan karier lakonan saya dulu sebelum memfokuskan bidang lain. Bagaimanapun, memang azam saya tahun ini untuk mengacara dan menyanyi.

Wajah lesu Chansung

Posted:

Wajah lesu Chansung

Wajah lesu Chansung


CHANSUNG (kanan) bersama Jun K.


SELALU tampil rapi dan bersih dalam semua acara sudah menjadi keutamaan kumpulan 2PM. Begitupun, baru-baru ini, salah seorang anggota 2PM, Chansung sengaja mempamerkan wajahnya yang belum dicukur dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial Twitternya.

"Saya ambil gambar ini bersama Minjun (Jun K). Dia teragak-agak mengambil gambar dengan saya kerana dia tidak bercukur dan mempunyai masalah kulit, tetapi saya berani," tulis Chansung di Twitter.

Dalam gambar itu, Chansung and Jun K merenung kamera dengan satu pandangan lesu. Jun K bercakap dengan seseorang menerusi telefon bimbit. Ia seolah-olah seperti mereka perlu bercukur.

Antara komen para peminat fanatik Chansung yang melihat gambar tersebut: "Mengapa mereka begitu lesu? Adakah mereka berjaga sepanjang malam?

"Jun K kelihatan begitu muda dalam gambar. Begitupun, mereka tetap kelihatan kacak."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved