Isnin, 17 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua Lans Koperal didakwa terima rasuah RM25,000

Posted:

Dua Lans Koperal didakwa terima rasuah RM25,000

Dua Lans Koperal didakwa terima rasuah RM25,000

17/12/2012 6:57pm

KUALA TERENGGANU — Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM25,000 pada 2010.

Mohd. Rizal Mohd Anuar, 38, dan Mohd. Azhar Ibrahim, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibaca di depan Majistret Noradila Ab Latif.

Noradila membenarkan mereka diikat jamin masing-masing sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan 16 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerima wang tunai RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Azizul Kasim kerana memiliki rokok bebas cukai di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Haji Wan Latif, Jerteh, Besut pukul 2.15 petang pada pertengahan bulan Ramadan 2010.

Mengikut pertuduhan kedua, Mohd. Rizal dan Mohd. Azhar didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada Azizul bagi tujuan yang sama pukul 4.30 petang di lokasi sama pada minggu kedua Hari Raya Puasa 2010.

Pertuduhan ketiga pula mendakwa kedua-dua anggota polis itu menerima wang tunai RM5,000 daripada Azizul bagi tujuan yang sama di lokasi sama pada kira-kira 3.10 petang, 20 Dis 2010.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa menerima wang tunai RM10,000 daripada Azizul bagi tujuan yang sama, di lokasi sama kira-kira 2.30 petang pada 15 Jan 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta SPRM.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala Mohd Rizal dan Mohd Azhar tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Remaja cuba rompak pasar raya maut ditembak

Posted:

Remaja cuba rompak pasar raya maut ditembak

Remaja cuba rompak pasar raya maut ditembak

17/12/2012 6:55pm

KUALA LUMPUR — Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak polis dalam satu cubaan merompak sebuah pasar raya 24 jam di Taman Sri Rampai di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP, Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian 4.40 pagi itu, remaja berumur 19 tahun berkenaan bersama seorang lagi suspek tidak menyedari tindakan mereka diperhatikan polis yang membuat rondaan di kawasan itu.

Beliau berkata, ketika kejadian, seorang daripada mereka mengugut juruwang pasar raya itu dengan meletakkan parang di leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan.

"Apabila kedua-dua suspek menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," kata Khairi ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, seorang daripada suspek terkena tembakan yang dilepaskan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. — BERNAMA

1,661 kes denggi dilaporkan di Perak sejak Jan

Posted:

1,661 kes denggi dilaporkan di Perak sejak Jan

1,661 kes denggi dilaporkan di Perak sejak Jan

17/12/2012 6:53pm

IPOH — Sebanyak 1,661 kes wabak denggi dicatatkan di negeri ini dari 1 Januari hingga kini dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kes wabak denggi dicatatkan pada tahun lepas sebanyak 1,411, 2010 (2,288), 2009 (2,732)dan 2008 sebanyak 4,256 kes.

"Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri, kes wabak denggi di negeri mencatatkan penurunan selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009, 2010 dan 2011," katanya ketika menjawab soalan Datuk Nadzri Ismail (BN-Manjoi) pada persidangan dewan undangan negeri hari ini.

Katanya, walaupun kes denggi pada tahun ini meningkat, tetapi ia masih di bawah 40 peratus jika dibandingkan dengan 2008.

Beliau berkata, wabak denggi berjaya dikawal hasil kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan serta penglibatan agensi lain dan penduduk setempat. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved