Rabu, 12 Oktober 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Confucius asas pengajian Akademi Han

Posted:

Confucius asas pengajian Akademi Han

Confucius asas pengajian Akademi Han

12/10/2011 7:30pm

MELAKA – Akademi Pengajian Han Malaysia (MAHS) yang akan ditubuhkan di sini bertujuan membentuk modal insan berkualiti dan kaya dengan nilai murni.

Pengetua MAHS, Song Poh Lan berkata, akademi itu memberi tumpuan kepada pengajaran berkonsepkan Confucius di mana ia akan menekankan pendidikan moral dan juga etika kehidupan yang perlu dipraktikkan setiap individu sebagai pemimpin keluarga, masyarakat dan dunia.

"Secara umumnya, masyarakat kita sama ada golongan tua mahupun muda semakin terhakis dengan nilai-nilai kemanusiaan dan sering kali terlibat dengan gejala-gejala sosial," katanya di tapak pembinaan akademi itu di Bukit Katil di sini hari ini.

Majlis pecah tanah pembinaan akademi yang bernilai RM40 juta itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Poh Lan berkata, akademi itu adalah cetusan idea dan usaha Pengerusi MAHS, Prof Chin Kung, sebagai individu yang percaya kepada prinsip bahawa pendidikan penting dalam pembentukan dan kejayaan sesebuah bangsa dan negara.

Beliau berkata, akademi ini ditubuhkan selepas kejayaan Pusat Pendidikan Kebudayaan Chung Hwa Malaysia di Kuala Lumpur yang memberi fokus kepada beberapa objektif seperti melatih guru mempraktikkan amalan murni yang ingin diajar kepada murid dan melahirkan generasi muda dan masyarakat yang seimbang daripada segi akhlak dan pendidikan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Merokok di premis awam: 296 dikompaun

Posted:

Merokok di premis awam: 296 dikompaun

Merokok di premis awam: 296 dikompaun

12/10/2011 5:34pm

PUTRAJAYA 12 Okt – Seramai 296 orang dikompaun dengan jumlah RM74,250 kerana merokok di dalam kawasan premis kerajaan melalui operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan selama tiga hari bermula 27 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, sebanyak 849 premis kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri termasuk agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan diperiksa melalui operasi tersebut.

"Mana-mana orang yang tidak menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh yang diberi akan didakwa di mahkamah dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Hasan berkata, operasi khas besar-besaran itu dilakukan memandangkan kementerian menerima banyak aduan orang awam mengenai kesalahan merokok di premis kerajaan, walaupun aktiviti penguatkuasaan larangan merokok dijalankan secara rutin.

Beliau berkata, premis kerajaan diwartakan sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau sejak 2004, dan kawasan larangan merokok tersebut merangkumi keseluruhan kawasan di dalam kepungan pagar atau sempadan tanah bangunan pejabat kerajaan tersebut. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Taktik baru warga Iran seludup dadah

Posted:

Taktik baru warga Iran seludup dadah

Taktik baru warga Iran seludup dadah

12/10/2011 4:59pm

SHAH ALAM – Polis mengesan satu lagi taktik baru penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh warga Iran iaitu dengan menyorok dadah di dalam botol semburan.

Cara ini dikesan apabila enam warga Iran termasuk lima wanita berumur antara 20 hingga 47 tahun ditahan pada 6 Oktober lalu bersama 5.37kg dadah disyaki syabu dengan cara menyorokkannya di dalam 12 botol semburan rambut dan badan.

"Jika dilihat botol semburan itu biasa sahaja, tetapi terdapat saluran tiub yang diubah suai fungsinya.

"Bila ditekan muncung penyembur itu keluar cecair, tetapi pemeriksaan lanjut menemui ketulan kristal dadah disyaki syabu yang dibungkus dan diletakkan di bahagian bawah saluran tiub itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved