Kosmo Online - Varia |
Posted: Dana Brother untuk Orang Utan
DALAM usaha menyokong pemuliharaan hidupan liar terancam, Brother International (Malaysia) Sdn. Bhd. menghulurkan sumbangan wang tunai bernilai RM5,000 kepada Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (SORC) di Sandakan, Sabah baru-baru ini. Inisiatif syarikat peneraju dalam pembangunan dan pengeluaran teknologi alat percetakan, komunikasi, pelabelan, perindustrian dan mesin jahit peribadi itu adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Brother yang telah bermula sejak tahun 2005. Orang Utan adalah antara hidupan liar yang kian terancam di Malaysia. Kebakaran hutan, pembalakan haram, serta pembangunan menyebabkan mereka kehilangan habitat semula jadi serta mengancam populasi mereka. SORC adalah antara pusat pemuliharaan yang paling berjaya dalam melindungi makhluk primat tersebut. Ternyata spesies itu tidak mampu meneruskan kesinambungan generasinya yang diancam pembangunan yang melibatkan penggondolan hutan. Justeru, sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu aktiviti pemuliharaan anak Orang Utan yang telah ditinggalkan, tercedera dan juga yang telah dibesarkan di pusat tersebut sejak kecil. Pada masa yang sama, seramai 40 kakitangan daripada Brother International turut serta menjayakan program itu dengan membersihkan kawasan sekitar pusat pemuliharaan sambil belajar mengenai spesies unik itu. Menurut Pengarah Urusan Brother International (Malaysia) Sdn. Bhd., Yoshiaki Otsuka, syarikat mereka sentiasa mencari inisiatif baharu untuk menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat serta kawasan sekitarnya dan SORC menjadi penerima sumbangan terkini. "Program Tanggungjawab Sosial Brother pada tahun ini dilihat lebih aktif apabila sebanyak 27 rumah kebajikan dan perlindungan di zon selatan menerima sumbangan mesin jahit jenama Brother. "Pada bulan Jun lalu pula, syarikat Brother telah memberi dana berjumlah RM25,000 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan sempena program Relay For Life 2011 di samping turut serta dalam aktiviti berjalan secara berganti-ganti selama 16 jam.
"Kini, kami menyokong aktiviti pemuliharaan hidupan liar yang terancam dengan membantu Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Semakin kami berjaya dalam syarikat, semakin besar jumlah penerima bantuan. Brother yakin ini adalah satu usaha murni yang patut diteruskan," kata Otsuka. Latih Orang Utan berdikari Sumbangan daripada Pihak Brother telah diterima oleh Pengurus Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sylvia Alsisto sewaktu majlis penyerahan cek yang diadakan baru-baru ini. "Orang Utan sebenarnya memerlukan ruang yang luas untuk menyokong keperluan makanan mereka kerana cenderung kepada rangkaian makanan yang pelbagai dan berbeza-beza untuk memenuhi diet mereka. "Pada masa yang sama, ruang habitat mereka juga perlu dipulihkan dan dilindungi supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa lain serta pemburu haram. Objektif kami adalah untuk membantu spesies unik ini, bermula dari anak Orang Utan yang ditinggalkan ibu, tersesat dan juga yang tercedera supaya ia dipulihkan dan boleh kembali ke habitat asal tanpa bergantung kepada kami lagi. Untuk mencapai matlamat ini, kami memberi mereka tempat tinggal, rawatan dan latihan yang sesuai," terang Sylvia lebih lanjut. Tambah Sylvia, pihaknya telah menerima kemasukan beberapa ekor Orang Utan baharu ke pusat itu sejak beberapa tahun lalu dan ia menjadi sebab untuk meluaskan kawasan pusat pemuliharaan berkenaan. Oleh itu, sumbangan daripada pihak Brother tepat pada masanya dan amat dihargai. Semasa lawatan amal ke Sepilok, 40 orang kakitangan Brother yang menyertai lawatan itu berkesempatan untuk menyaksikan Orang Utan menerima rawatan, diberi latihan kemahiran asas dan juga latihan untuk hidup sendiri sebelum ia bersedia untuk dilepaskan ke habitat asal di dalam hutan. Full content generated by Get Full RSS. | |||
Batik Desa Murni di Kota Bharu Posted: Batik Desa Murni di Kota BharuOleh ASMA HANIM MAHMOOD BIBI RAMJANI membuka cawangan Galeri Desa Murni di Kota Bharu melalui pelaburan hampir RM1 juta. KEHALUSAN dan kesenian batik di Kelantan sememangnya diakui ramai. Malah, sejarah perusahaan batik di negeri itu sudah menjangkau usia berabad lamanya. Batik menjadi item wajib dalam kalangan pengunjung luar. Kunjungan mereka ke Kota Bharu seakan tidak lengkap jika tidak menjejak ke Pasar Siti Khadijah atau Bazar Buluh Kubu bagi membeli batik sebagai ole-ole. Kecantikan butik Kelantan dinilai daripada kehalusan lukisan tangan sepenuhnya menjadikan setiap helaian batik unik dan tersendiri. Namun bagi usahawan wanita, Bibi Ramjani Illias Khan, 39, persepsi tersebut tidak menjadi penghalang buatnya untuk memasarkan batik keluaran negeri jiran, Terengganu, secara eksklusif di Galeri Desa Murni Cawangan Kota Bharu miliknya. Galerinya yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim menghala ke Bulatan Tuan Padang itu menawarkan fabrik batik, tudung dan pakaian berasaskan fabrik sutera digital keluaran kilang berteknologi tinggi Desa Murni Batik di Pulau Rusa, Terengganu. Desa Murni Batik merupakan salah sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera terkemuka dalam negara sejak dekad 1970-an, yang mula meneroka teknologi percetakan digital pada tahun 2007. Bibi Ramjani berkata, tidak timbul isu beliau tidak menyokong buatan batik buatan tempatan kerana apa yang dilakukannya hanyalah sebagai memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai yang inginkan kelainan. Anak jati Kelantan dari Kok Lanas itu yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia batik berkata, pengusaha batik di dua negeri, Kelantan dan Terengganu, seharusnya sama-sama berganding bahu mengembangkan industri batik. "Kita saling menyokong antara satu sama lain. Batik yang kita keluarkan sekarang sedang menuju pasaran global jadi adalah penting untuk kita meningkatkan usaha sama ada dari sudut penghasilan mahu pun pemasaran. "Apa yang saya lakukan adalah berusaha memperkenalkan hasil rekaan 30 pereka tempatan yang berpusat di Pulau Rusa yang kami terjemahkan semula melalui sistem percetakan digital dari Itali. "Batik Desa Murni bukan sahaja menyediakan pilihan rekaan yang pelbagai bahkan, menghasilkan kain pasang batik yang senada dengan rekaan dan warna tudung," katanya ketika ditemui semasa majlis pembukaan rasmi galerinya oleh artis popular Erra Fazira baru-baru ini. Laburkan RM1 juta Pada hari pembukaan itu, lebih 500 pelanggan menyerbu galerinya untuk mendapatkan produk pada harga promosi selain peluang beramah mesra dengan Erra. Bibi Ramjani, ibu kepada tiga anak lelaki dan seorang perempuan itu mendapat sokongan suaminya, seorang usahawan pembinaan, Fauzi Ismail, 44, untuk menjalinkan kerjasama dengan Desa Murni Batik yang diterajui oleh pasangan suami isteri, Suhaimi Embong dan Fatimah Fathiyah Ismail. "Bagi pembukaan cawangan ini, saya membelanjakan lebih RM1 juta untuk kos operasi dan sebagainya demi memberi peluang kepada pelanggan memilih produk dengan selesa," katanya. Antara produk yang ditawarkan di Galeri Desa Murni adalah Sutera 1Malaysia, Sutera Eksklusif Terengganu, Durante Italian Design, Iman Ekslusif, Durra Batik Eksklusif dan Alvise Italian Design yang kesemuanya mempunyai reka corak tersendiri. Tambah Bibi Ramjani, batik Desa Murni bukan sahaja menggunakan teknologi Itali dalam pembuatan malah, material kain bermutu yang juga diimport dari negara tersebut. Katanya, tudung yang dijual boleh dibeli pada harga RM99 sehingga RM149, manakala kain pula di antara RM200 sehingga RM380. "Kami juga menjual kemeja batik lelaki yang boleh didapati pada harga yang berpatutan bergantung kepada fabrik sutera yang digunakan," katanya. Galeri Desa Murni Kota Bharu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan