Kosmo Online - Negara |
- Kereta 'tanker' mampu bawa 1,000 liter diesel seludup
- Bantuan rakyat RM500 diagih Januari 2012
- Sayang kereta nyawa melayang
Kereta 'tanker' mampu bawa 1,000 liter diesel seludup Posted: Kereta 'tanker' mampu bawa 1,000 liter diesel seludup
PADANG BESAR - 'Kereta tanker.' Demikian yang boleh digambarkan mengenai sebuah kenderaan penyeludup diesel yang dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Kampung Melayu di sini petang kelmarin. Walaupun ia sebenarnya hanya sebuah kereta Proton Wira tetapi bahagian dalamnya telah diubah suai dengan seluruh bahagian tempat duduk belakang sehingga atapnya dimuatkan dengan sebuah tangki minyak manakala sebuah lagi tangki diletak pada but belakang. Menariknya, kereta tersebut mampu mengisi diesel sehingga 1,000 liter dan kereta itu dipasang cermin gelap bagi mengaburi pihak berkuasa daripada melihat keadaan di dalamnya. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang kelmarin, kelicikan pemandu dan kehebatan kereta tersebut akhirnya ditumpaskan setelah ia dikesan oleh anggota UPP yang membuat rondaan ketika melalui tapak kilang di sini. Komander UPP Padang Besar, Asisten Supritendan, Noor Janihan Nanyang berkata, anggotanya yang hairan melihat kelibat kenderaan tersebut kerana tayar belakangnya begitu mendap dan bergerak seperti 'kura-kura'. "Apabila mengekori kereta tersebut kira-kira tiga kilometer, pemandunya telah menyedari aktivitinya terbongkar dan dia cuba melarikan diri tetapi dapat dipintas di kampung tersebut," katanya di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Bantuan rakyat RM500 diagih Januari 2012 Posted: Bantuan rakyat RM500 diagih Januari 2012KUALA LUMPUR - Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat tanpa penetapan masa akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan. Bantuan sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas. Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksana bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif. "Agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta Pos Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini semalam. Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Sayang kereta nyawa melayang Oleh NORHAYATI YAHAYA KESAN darah Moy Lay yang dilanggar dan diseret oleh penjenayah yang menyamun kereta mangsa di Jalan Kapar, Klang kelmarin. KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter. Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa. Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa. Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa. Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan