Rabu, 27 November 2013

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kontroversi makin parah

Posted:

Kontroversi makin parah

Kontroversi makin parah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NAZRI membuat 'pusingan U' selepas menandatangani kontrak persefahaman dengan Selangor.


KONTROVERSI membabitkan kes bekas pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Nazri Ahmad dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semakin parah.

FAS telah membawa kes tersebut ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan selanjutnya.

Biarpun mendapatkan 'permintaan' untuk menyelesaikannya di luar 'mahkamah' FAM tetapi FAS kekal pendirian untuk membawa kes bekas pemain Johor DT itu ke muka pengadilan.

Nazri telah mencetuskan kontroversi apabila didakwa melanggar kontrak FAS selepas dia menandatangani perjanjian untuk menyertai pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, tetapi sebaliknya membuat 'pusingan U' untuk menyertai Kelantan.

Perkhabaran itu diketahui sebaik Nazri diperkenalkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai pemain baharu The Red Warriors di Wisma Majlis Amanah Raya (MARA), kelmarin.

Justeru, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad (gambar kecil) tidak mahu lagi imej dan kredibiliti FAS tercalar dengan situasi seperti itu selepas turut 'dipermainkan' oleh Mohd. Safee Sali sebelum ini.

Berbeza dengan kes Nazri, Safee sekadar bersetuju menerusi perjanjian lisan untuk menyertai Selangor dan kes itu selesai sejurus pihak Johor DT juga bersetuju membayar semula pampasan kepada FAS.

Mengulas lanjut, Mokhtar mendedahkan, FAS memiliki bukti iaitu perjanjian kontrak itu telah pun ditandatangani pemain berusia 23 tahun.

"Saya ada bukti di tangan saya yang mana kontrak perjanjian yang ditandatangani oleh pemain itu sendiri (Nazri). Kita boleh tahu siapa yang tipu nanti.

"Saya tidak tahu jika ada sesetengah pihak mendakwa Nazri hanya bersetuju secara lisan untuk menyertai Selangor tetapi secara realitinya, dia telah mengikat kontrak dengan FAS.

"Jadi, satu perbuatan yang tidak bermoral apabila seorang pemain yang sudah menandatangani kontrak tetapi membuat 'pusingan U' dengan menyertai pasukan lain.

"Saya menghormati pandangan (Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM), Datuk Takiyuddin Hassan yang memberikan saranan supaya menyelesaikan kes ini dengan lebih berhemah.

"Namun di mata FAS, pemain seperti ini perlu diberikan pengajaran bahawa dia tidak sesekali memandang ringan berhubung isu kontrak dan FAS tetap akan membawa kes ini kepada FAM demi keadilan," katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, Takiyuddin mengesahkan mana-mana pemain yang didapati bersalah melanggar kontrak boleh menerima hukuman paling maksimum iaitu digantung perlawanan untuk satu musim.

Tambah Mokhtar, beliau menyeru kepada pihak FAM agar melaksanakan atau menggubal peraturan perpindahan lebih ketat bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

"Kalau begini sikap pemain, maka mudahlah mana-mana pasukan membeli pemain. Sikap inilah harus kita kikis dan saya berharap FAM dapat melakukan sesuatu untuk menghalang pemain-pemain yang telah menandatangani kontrak, berhijrah ke pasukan lain.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya mahu kes Nazri ini dijadikan sebagai pengajaran kepada pemain-pemain lain agar jangan sesekali membuat 'pusingan U' selepas menandatangani kontrak," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin telah mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima aduan mengenai kes berkenaan.

Jelas Hamidin, perkara itu bakal dirujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan untuk tindakan lanjut.

Thien How-Wee Kiong lepasi halangan pertama Terbuka Macau

Posted:

Thien How-Wee Kiong lepasi halangan pertama Terbuka Macau

Thien How-Wee Kiong lepasi halangan pertama Terbuka Macau


THIEN How (belakang) dan Wee Kiong meneruskan kemaraan selepas melepasi halangan pada pusingan pertama Terbuka Macau semalam.


BEREGU lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong mudah mengesahkan slot pusingan kedua Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau 2013 selepas menewaskan beregu Hong Kong, Chan Dick Long-Or Chin Chung 21-19, 21-13 semalam.

Thien How-Wee Kiong akan bertemu beregu senegara, Chooi Kah Ming-Teo Ee Yi yang turut mencatatkan kemenangan 23-21,22-20 ke atas Chen Zhuofu-Kai Lu dari China.

Turut mara ialah Lim Khim Wah-Ow Yao Han selepas beregu baharu negara itu menumpaskan pasangan Hong Kong, Chan Yun Lung-Lee Chun Hei 21-15, 13-21, 21-15.

Begitupun, Goh V Shem-Teo Kok Siang tumpas pada pusingan pertama kepada beregu China, Huang Kaixiang-Zheng Si Wei 11-21, 15-21.

Dalam aksi perseorangan lelaki pula, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mudah mengetepikan rakan senegara, Ikmal Hussai Jaafar 21-7, 21-6.

Kemaraan yang sama turut dilakar oleh dua lagi pemain negara, Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang.

Zulfadli menyingkirkan pemain tuan rumah, Wan Wai Chi 21-4, 21-9 manakala Chun Seang mengalahkan seorang lagi pemain kebangsaan, Kuan Beng Hong 21-19, 21-18.

Sementara itu, beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mara selepas menewaskan pasangan Thailand, Phataimas Muenwong-Kilasu Ostermeyer 21-15, 21-12.

Bagaimanapun, beregu kedua, Lee Meng Yean-Lim Yin Loo yang tewas kepada Taiwan, Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen 17-21, 17-21 pada pusingan pertama.

Skrip yang sama dilakarkan dalam beregu campuran apabila hanya Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang melangkah ke pusingan kedua, namun Ong Jian Guo-Lim Yin Loo ditunjukkan jalan keluar.

Aik Quan-Pei Jing mara selepas menewaskan beregu Taiwan, Lin Chia Yu-Wang Rong Pei 21-16, 12-21, 21-17, manakala Jian Guo-Pei Jing tumbang kepada Chen Hung Ling-Lee Chia Hsin (Taiwan) 18-21, 11-21.

Ahmad Said kecewa

Posted:

Ahmad Said kecewa

Ahmad Said kecewa

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) kecewa dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengetepikan Terengganu sebagai penganjur beberapa acara sukan utama khususnya lumba basikal ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Beliau berkata, kementerian berkenaan tidak sepatutnya mengambil keputusan terburu-buru sehingga mengecewakan harapan Terengganu.

"Terengganu memang diketahui mempunyai ramai atlet mewakili negara. Bahkan, ketika ini terdapat seramai 65 atlet kelahiran Terengganu yang bakal beraksi mewakili Malaysia dalam pelbagai acara sukan khususnya lumba basikal dan kenu.

"Kadang-kadang, dia orang (KBS) buat keputusan tergesa-gesa dan terburu-buru. Sedangkan Terengganu berjaya melahirkan ramai atlet khususnya dalam lumba basikal, kenu dan sukan lain. Sepatutnya KBS pertimbangkan Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad mengulas keputusan kementerian berkenaan yang memberikan hak penganjuran beberapa acara sukan kepada negeri lain iaitu Negeri Sembilan dan Johor pada Sukan SEA 2017 yang menyaksikan Malaysia bakal menjadi tuan rumah.

Ahmad juga memutuskan bahawa Terengganu akan menarik diri daripada sebarang penganjuran peringkat akhir Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.

"Kita benar-benar kecewa, jadi kita akan tarik diri menjadi tuan rumah LTdL. Kita tak akan sediakan tajaan. Tahun lepas kita taja RM2 juta, maknanya tiada lagi penajaan sebanyak itu untuk tahun ini.

"Kita berlembut dengan orang kalau orang berlembut dengan kita, tapi kalau orang dah tak hirau, begitu juga kita," katanya.

Beliau turut terkilan dengan tindakan KBS yang seolah-olah tidak menghargai sumbangan Terengganu melahirkan ramai atlet yang telah mengharumkan nama negara.

Mengenai penganjuran Piala Monsun pula, beliau berkata, terserah kepada pihak penganjur untuk meneruskan kejohanan itu di Terengganu atau negeri lain.

"Terengganu mempunyai kemudahan dan kelengkapan mencukupi bagi menganjurkan kejohanan itu pada masa akan datang.

"Terpulang pada penganjur, kita ada kemudahan yang cukup untuk menganjurkannya, kalau buat di tempat lain, perlu ada kemudahan lain," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 26 November 2013

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gunung Sinabung hambur gas

Posted:

Gunung Sinabung hambur gas

Gunung Sinabung hambur gas

BEBERAPA penduduk menyaksikan Gunung Sinabung menghamburkan asap di Tiga Pancur, Sumatera semalam.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam meminta penduduk berhampiran Gunung Sina- bung supaya meninggalkan kediaman mereka selepas gunung berapi di Pulau Sumatera itu terus menghamburkan gas panas ke udara.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan mengarahkan penduduk di 17 buah kampung di daerah Karo, Sumatera Utara supaya berpindah ke pusat-pusat perlindungan.

Pihak berkuasa meningkatkan amaran pada tahap tertinggi kelmarin selepas gunung berapi setinggi 1,143 meter itu meletus sembilan kali pada hujung minggu lalu.

Perkembangan tersebut memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka, sekali gus meningkatkan jumlah perpindahan kepada lebih 15,000 orang.

Sebanyak enam letusan berlaku pada awal pagi.

Gunung itu menghamburkan lahar dan gas sehingga 1.5 kilometer ke udara serta debu setinggi 2,000 meter.

Namun, tiada sebarang laporan kematian berlaku sejak Gunung Sinabung kembali aktif pada Septem- ber lalu.

Gunung berapi berkenaan tidak aktif selama 400 tahun sebelum ia meletus semula pada Ogos 2010.

Terdapat hampir 130 gunung berapi yang masih aktif di seluruh ke- pulauan Indonesia. - Agensi

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah

Posted:

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan topi keledar (kiri) yang mengandungi dadah ephedrine yang disembunyikan oleh sindiket dadah antarabangsa.


SYDNEY - Beberapa sindiket dadah antarabangsa mengupah para pelajar menggunakan alamat mereka untuk menerima bungkusan dadah di Australia, lapor beberapa agensi berita semalam.

Menurut pihak berkuasa, sindiket jenayah antarabangsa itu menggunakan para pelajar sekolah tinggi dengan upah melibatkan ratusan dolar.

Pihak Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Australia (ACBPS) memberi amaran kepada keluarga dan pegetua sekolah tentang penggunaan pelajar sekolah tinggi itu sebagai cara untuk membawa masuk dadah ke Australia.

Dadah itu dipercayai kerap disembunyikan di dalam topi keledar atau lampu kecil yang dihantar ke alamat rumah para pelajar sebelum ia diserahkan kepada anggota-anggota sindiket dadah tersebut.

Menurut pihak ACBPS, dua remaja berdepan dakwaan menerima bekalan dadah dari sindiket tersebut.

Menurut agensi berita AAP, dua pelajar sekolah tinggi itu dipercayai mendapat upah beberapa ratus dolar untuk menerima bungkusan yang mengandungi dadah yang diharamkan sebelum mereka menghantarnya kepada anggota sindiket tersebut.

Salah satu bungkusan itu mengandungi bahan ephedrine yang boleh menghasilkan dadah ais.

Seorang pengarah wilayah ACBPS, Tim Fitzgerald berkata, anggota sindiket itu akan mendekati para pelajar menerusi Facebook, Twitter atau berkunjung ke sekolah mereka. - Agensi

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China

Posted:

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China

Seramai 1.12 juta orang rebut 19,000 jawatan kerajaan di China


SEJUMLAH calon tiba untuk mengambil peperiksaan menduduki jawatan kerajaan di sebuah universiti di Nanjing kelmarin.


BEIJING - Seramai 1.12 juta orang kelmarin mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Kebangsaan untuk mengisi hanya 19,000 jawatan dalam kerajaan China.

Persaingan sengit berlaku dalam Suruhanjaya Hubungan Etnik Kebangsaan apabila 14,384 calon menduduki peperiksaan untuk merebut hanya dua jawatan.

Peperiksaan untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan itu telah diperkenalkan pada abad ketujuh semasa negara tersebut mengamalkan pemerintahan beraja.

Jawatan dalam perkhidmataan kerajaan menjadi daya tarikan penduduk China kerana ia menyediakan banyak faedah untuk penjawat awam selain ia dianggap sebagai pekerjaan yang stabil.

Peperiksaan itu diadakan di beberapa buah lokasi seperti di dewan universiti di negara ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 25 November 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

Posted:

SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

SMK Labuan johan pertandingan keceriaan

ISMAIL (berdiri tengah) bergambar dengan guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan yang berjaya memenangi Pertandingan Keceriaan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013 pada satu majlis di Putrajaya baru-baru ini.


MENANG. Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai pemenang utama bagi kategori sekolah pada Pertandingan Keceriaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013 baru-baru ini.

Sekolah tersebut menewaskan 10,094 sekolah di seluruh Malaysia pada pertandingan yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan.

Selaku pemenang, SMK Labuan menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadiah diterima oleh Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Marriot, Putrajaya.

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM

Posted:

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM

Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM


AHMAD (barisan depan tengah) dan Mohd. Ismail (empat dari kiri) bergambar dengan pelajar UTM pada program Perkongsian Ilmu Keusahawan di Skudai, Johor baru-baru ini.


MESRA. Seramai 200 pelajar dan pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menyertai Program Perkongsian Ilmu Keusahawan yang diadakan di kampus berkenaan baru-baru ini.

Program tersebut turut mengundang usahawan kenderaan di Johor Bahru iaitu Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Yayasan Mutiara, Datuk Ahmad Kemin.

Turut sama pada program itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Pada program itu juga, Yayasan Mutiara menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pelajar UTM yang menyertai program sambil belajar ke Jepun Global Outreach.

TLDM anjur program pendedahan kerjaya

Posted:

TLDM anjur program pendedahan kerjaya

TLDM anjur program pendedahan kerjaya


PEGAWAI Memerintah KD Sultan Idris 1, Kapten Suhaimi Sani (kanan) memberikan penerangan kepada pelajar sempena program Jiwa Murni TLDM di SMK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini.


PROMOSI KERJAYA. Seramai 20 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan program Jiwa Murni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka yang juga peserta Kursus Pra-Maktab Turus Angkatan Tentera Siri 6/13 (Pra-MTAT) berpangkat Leftenan Komander mendedahkan para pelajar tentang peluang pendidikan dan kerjaya bersama pasukan tersebut.

Program itu turut disertai pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, SMK Sri Balik Pulau, SMK Bukit Jambul, SMK Hutching dan SMK St. Xavier.

Pegawai Koordinasi Media program, Leftenan Komander Matthew Reginald Alexander berkata, TLDM menawarkan pilihan kerjaya yang bukan sahaja mencabar, tetapi juga menarik di samping peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

Posted:

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

25/11/2013 10:24pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetap mengekalkan harga rumah mampu miliknya pada RM250,000 dan ke bawah sekalipun harga pasaran hartanah sekarang adalah tinggi.

Naib Presidennya, Siti Hajar Md Saleh berkata, SPNB akan mencari kaedah

terkini bagi mengawal harga rumah mampu milik yang mereka majukan demi kepentingan rakyat.

"Jika kami agensi kerajaan menaikkan harga, siapa yang akan menolong rakyat (memiliki rumah)," katanya pada program bicara isu 'Pemilikan Rumah di Lembah Klang - Antara Mimpi dan Realiti', di sini.

Mengulas perkembangan berkaitan, Siti Hajar berkata, SPNB melancarkan dua lagi projek perumahan yang menawarkan 1,855 unit rumah mampu milik iaitu 1,200 unit di Laguna Biru, Sungai Buloh dan 655 unit di Alam Prima, Shah Alam. - Bernama

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Posted:

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

25/11/2013 10:07pm

RAIPUR, India - Sebuah bas merempuh sebatang pokok di tengah India hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang penumpang dan mencederakan 20 yang lain, kata beberapa pegawai.

Bas yang membawa seramai 40 orang penumpang terbabas di sebuah lebuh raya berhampiran Kampung Bawankera, Chhattisgarh yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Raipur.

"Sekurang-kurangnya sembilan orang penumpang dilaporkan kritikal," kata pegawai negeri, R. Shangeetha kepada agensi berita AFP. - AFP

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Posted:

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

25/11/2013 9:25pm

KOTA BAHRU - Rakyat di Kelantan digesa melunaskan segera pelbagai cukai yang tertunggak sejak 15 tahun lalu berjumlah RM20 juta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, antara cukai tersebut ialah cukai tanah dan cukai pintu.

"Rakyat negeri ini digesa membayar cukai tersebut bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, tahap kesedaran rakyat negeri ini masih rendah walaupun pelbagai usaha kutipan cukai dijalankan oleh PBT.

Dalam majlis itu 100 anggota perkhidmatan awam negeri ini menerima APC sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


15,000 orang terpaksa pindah

Posted:

15,000 orang terpaksa pindah

15,000 orang terpaksa pindah

DEBU-DEBU kelihatan pada daun dan rumput di Karo.


JAKARTA - Indonesia mengarahkan pemindahan kira-kira 15,000 orang penduduk yang tinggal berdekatan sebuah gunung berapi yang aktif di Sumatera semalam.

Gunung Sinabung itu semakin aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menghamburkan debu sejauh beberapa kilometer ke udara.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan perpindahan itu kepada penduduk yang tinggal sejauh lima kilometer dari gunung tersebut.

Kira-kira 6,000 orang telah berpindah dari kawasan berkenaan yang terletak 88 kilometer dari Medan.

Setakat ini tiada laporan tentang kecederaan atau kematian dilaporkan semasa perpindahan itu dilakukan.

Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia juga telah menetapkan status berjaga-jaga berbanding hanya bersiap sedia untuk berpindah kepada penduduk di sekitar gunung berkenaan.

Gunung itu merupakan sebuah daripada 130 gunung berapi yang aktif di negara ini.

Pada tahun 2010, Gunung Merapi di tengah Jawa telah meletus dengan kuat sehingga mengakibatkan lebih 350 orang terbunuh. - Agensi

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

Posted:

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

LONDON - Satu pasangan yang dituduh menyimpan tiga orang wanita untuk dijadikan hamba domestik di sebuah rumah di sini selama 30 tahun merupakan keturunan India dan Tanzania, kata polis kelmarin.

Menurut polis, dua daripada mansa itu merupakan penyokong satu ideologi politik yang dikongsi bersama dengan pasangan tersebut.

Ketiga-tiga mangsa itu merupakan seorang warga Malaysia yang berusia 69 tahun, seorang wanita Ireland berumur 57 tahun dan seorang wanita British berusia 30 tahun.

Wanita British itu menjadi hamba domestik sepanjang hidupnya.

Dua mangsa yang lebih tua itu dipercayai telah menemui seorang lelaki yang menjadi suspek dalam kes tersebut sebagai sebahagian daripada satu perkongsian idelogi politik.

Polis Metropolitan London menyatakan, pada mulanya dua wanita itu tinggal bersama dengan pasangan tersebut bagi berkongsi ideologi tersebut.

Mangsa ketiga yang telah menjadi hamba sepanjang hayatnya itu telah mengejutkan penduduk Britain termasuk Perdana Menteri, David Cameron.

Ketua Polis Unit Jenayah Terancang dan Gengster, Steve Rodhouse menyatakan, pasangan tersebut telah tinggal di Britain sejak tahun 1960-an.

Menurutnya, perkongsian ideologi politik itu kemudian berakhir dan wanita tersebut terus tinggal bersama dengan pasangan tersebut.

Beberapa anggota polis menemui beberapa penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan tersebut bagi mencari maklumat untuk membantu siasatan.

Polis tidak mendedahkan lokasi sebenar rumah yang menjadi tempat tiga wanita tersebut dijadikan hamba.

Identiti ketiga-tiga wanita itu seperti nama mereka masih tidak didedahkan polis.

Bagaimanapun, polis mencari maklumat itu di kawasan beberapa buah flat di Peckford Place di Brixton.

Kawasan itu terkenal dengan kehidupan malam dan komuniti Afrika.

Sejumlah orang dan wartawan berhimpun di lokasi tersebut dua hari selepas polis mendedahkan kejadian itu.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 67 tahun itu sebelum ini telah ditangkap dan diikat jamin pada Khamis lalu.

Polis Metropolitan London menyatakan, pasangan tersebut ditangkap berhubung kes perhambaan domestik.

Mereka diselamatkan pada bulan lalu selepas wanita Ireland itu menelefon sebuah agensi kebajikan secara rahsia. - Agensi

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Posted:

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016

Florida miliki roller-coaster tertinggi di dunia pada 2016


REKA bentuk unik roller-coaster setinggi 198.1 meter yang akan dibina di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan di Florida.


MIAMI - Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.

Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.

Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.

Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.

Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.

Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.

Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta). - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 24 November 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Janda, tiga rakan main judi didenda RM500

Posted:

Janda, tiga rakan main judi didenda RM500

Janda, tiga rakan main judi didenda RM500

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

RAHIMAH dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam bagi menghadapi tuduhan bermain judi.


KOTA BHARU – Empat sekawan termasuk seorang warga emas janda berusia 62 tahun didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana berjudi di kaki lima sebuah bangunan di Jalan Doktor dekat sini pada Jumaat lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Rahimah Md. Riffin bersama tiga yang lain, Hazlan Ibrahim, 52; Yussaimi Yusoff, 47, dan Ibrahim Abdullah, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Keempat-empat tertuduh didakwa bermain judi tintong syiling iaitu membaling wang syiling dan menekup dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan pada pukul 10.20 malam, Jumaat lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presiden

Posted:

Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presiden

Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presiden

Oleh IZWAN MOHD. ISA
izwan.mohdisa@kosmo.com.my


ABU BAKAR


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Abu Bakar Omar tidak mempunyai sebarang masalah jika bekas pemimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ingin bertanding semula untuk merebut kembali jawatan presiden persatuan itu.

Abu Bakar yang mengetuai kes saman yang difailkan terhadap Seniman baru-baru turut menegaskan, dia juga tidak memasang niat untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Katanya, ramai ahli Seniman yang terdiri daripada golongan muda lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jangan jadi pengkhianat negara

Posted:

Jangan jadi pengkhianat negara

Jangan jadi pengkhianat negara


NAJIB (dua dari kanan) menikmati hidangan sambil bersila di ruang legar masjid selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Katanya, kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Bila bayar cukai, kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini. Dengan ini, negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya tagih 'aura' Kim Swee

Posted:

Harimau Malaya tagih 'aura' Kim Swee

Harimau Malaya tagih 'aura' Kim Swee

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) sedang melatih pemain-pemain Harimau Malaya di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, Selangor.


'EPISOD' Datuk K. Rajagobal bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya menemui noktah sebaik badan induk persatuan itu telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan melanjutkan kontraknya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Biarpun FAM enggan mendedahkan perkara sebenar mengapa mereka tidak melanjutkan perjanjian Rajagobal, keputusan itu difahamkan gara-gara beliau gagal memenuhi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.

Ini kerana bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu diamanahkan untuk membawa skuad Harimau Malaya ke pentas Piala Asia 2015 di Australia.

Begitupun, Rajagobal yang bakal menyaksikan kontraknya tamat pada 31 Disember depan, gagal mengemudi skuad kebangsaan apabila sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 termasuk kekalahan 0-1 ketika menentang Qatar di Stadium Shah Alam, 19 November lalu.

Justeru, FAM mengumumkan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee bakal mengambil alih sementara kerusi panas tersebut sebelum menamakan calon sebenar dalam tempoh terdekat.

Dalam masa yang sama, FAM turut mengesahkan telah melanjutkan kontrak pengendali kelahiran Melaka itu namun mengambil pendekatan kunci mulut ketika ditanya tempoh perjanjian berkenaan.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal (gambar kecil) memberitahu, pihaknya tetap memberikan perhargaan kepada Rajagobal meskipun tidak berniat untuk menyambung kontraknya.

Sebagai rekod, Rajagobal muncul sebagai jurulatih tempatan pertama berjaya menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010.

"FAM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Rajagobal. Sepanjang lima tahun bersama kami, Rajagobal telah berjaya menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010.

"Saya percaya Rajagobal akan terus terlibat dalam dunia bola sepak berdasarkan pengalaman yang sedia ada.

"Berhubung pengganti Rajagobal, Kim Swee bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh beliau secara sementara," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Subahan, FAM bakal mengambil masa sekurang-kurang dua bulan untuk menamakan jurulatih baharu skuad kebangsaan.

Jelasnya lagi, Kim Swee bakal mengambil alih skuad Harimau Malaya jika FAM masih gagal untuk mencari pengendali baharu sebelum aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 5 Mac tahun depan.

"Kami akan mencari pengganti baharu dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Jika masih tiada lagi calon yang sesuai, Kim Swee bakal mengemudi skuad kebangsaan untuk aksi menentang Yemen nanti," katanya.

Ketika ditanya adakah Kim Swee bakal dikekalkan jawatan tersebut jika berjaya membimbing skuad Harimau Malaya, Subahan memberitahu: "Kami tidak bincangkan perkara itu dalam Mesyuarat Exco FAM tadi tetapi kita tunggu dan lihat."

Dalam perkembangan sama, Kim Swee kekal tenang dan mengakui bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuanku selaku Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai skuad Harimau Malaya.

"Biarpun jawatan ini sementara, saya cukup serius dengan tugasan ini dan sudah tentu, saya mahu membantu skuad negara memburu kemenangan menjelang aksi pertemuan menentang Yemen pada Mac depan.

"Saya akui tugasan selaku jurulatih Harimau Malaya amat mencabar tetapi saya tetap teruja untuk membantu pasukan kebangsaan kita menikmati kejayaan di pentas antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Rajagobal yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontraknya tidak disambung FAM berkata: "Saya tengah bincang sesuatu. Boleh hubungi saya balik selepas ini."

Begitupun, cubaan Kosmo! mendapatkan komen lanjut dari Rajagobal gagal.

Chong Wei rampas semula juara Terbuka Hong Kong

Posted:

Chong Wei rampas semula juara Terbuka Hong Kong

Chong Wei rampas semula juara Terbuka Hong Kong

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


CHONG WEI mengangkat tangan selepas berjaya mengalahkan Sony Dwi Kuncoro pada perlawanan akhir Terbuka Hong Kong semalam.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus berada pada kelas tersendiri apabila kembali menjulang trofi Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong buat kali ketiga.

Menepati sasaran, Chong Wei meraih kemenangan mudah ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam pertarungan yang mengambil masa hanya 34 minit.

Aksi final semalam menyaksikan pemain perseorangan negara itu sekali lagi berdepan laluan mudah dalam misi merampas kembali gelaran yang diraih pada 2009 dan 2010 selepas mempamerkan aksi bertenaga sejak minit pertama saingan.

Kemenangan tersebut sekali gus mengubati kekecewaan yang dialami pemain No. 1 dunia itu apabila gagal melakukannya pada tahun lalu selepas tewas kepada pemain China, Chen Long dengan keputusan 21-19, 21-17.

Aksi Chong Wei nyata garang terutama pada set kedua apabila jauh meninggalkan Sony dengan 14-4 sebelum pemain veteran Indonesia itu berjaya mengutip mata kelimanya pada minit ke-29.

Untuk seketika, Sony berjaya memperlahankan rentak Chong wei apabila mengutip empat mata berturut-turut ketika kedudukan mata Chong Wei meraih mata ke-18.

Bagaimanapun, pengalaman bertemu dengan pilihan kelapan itu nyata memberi kelebihan kepada Chong Wei untuk kembali merampas servis sekali gus mengutip mata penamat.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu meraih trofi keenam sepanjang tahun ini termasuk Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia serta Terbuka Jepun.

Fokus Chong Wei selepas ini adalah aksi Super Siri Dunia Akhir yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 hingga 15 Disember.

"Saya masih ada satu lagi kejohanan pada bulan hadapan dan sudah tentu saya berharap untuk memenangi satu lagi gelaran sebelum menutup musim ini," katanya.

Sementara itu, menurut jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, Chong Wei berada dalam kelas tersendiri untuk sekali lagi mencipta kemenangan di Hong Kong.

"Kemenangan yang telah dijangka terutama dia sangat nekad meraih kemenangan di sini. Dia sangat bersedia dan fokus dalam menghadapi saingan akhir hari ini (semalam).

"Bukan itu saja, persembahan yang ditunjukkan dia lebih baik berbanding sewaktu dia beraksi di Eropah," kata Rashid.

Rashid juga menjelaskan prestasi dan stamina Chong Wei yang sangat baik turut memberi kelebihan kepadanya untuk bermain pada tahap terbaik.

"Secara jujur, saya lihat Sony tidak berupaya membuat pukulan 'maut' dan terpaksa bergantung kepada corak permainan rali.

"Sudah tentu keadaan tersebut memberi peluang kepada Chong Wei yang bermain dalam corak permainan pantas dan menyerang dengan pukulan pendek untuk menguasai keseluruhan permainan," tambah Rashid.

Liga M: 4 kuota pemain import

Posted:

Liga M: 4 kuota pemain import

Liga M: 4 kuota pemain import

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


SULTAN Ahmad Shah (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-9 Musim 2010-2014 di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam. Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


BERMULA musim depan, setiap pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) dibenarkan mendaftarkan sehingga empat pemain import berbanding tiga pemain pada musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui ahli majlis FAM pada mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Kelana Jaya semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, pasukan yang berminat perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan FAM seperti menyenaraikan hanya tiga pemain import untuk beraksi pada satu-satu masa manakala seorang pemain lagi bertindak sebagai pemain simpanan.

"Syarat lain, salah seorang daripada empat pemain import yang mahu didaftarkan itu mesti berasal dari Asia Tenggara, sama ada bertaraf pemain kebangsaan atau pernah bermain dalam liga-liga utama di negara masing-masing

"Begitu juga bagi pasukan yang berminat mencari pemain import dari benua-benua lain, ia mestilah mematuhi kriteria atau piawaian yang ditetapkan FAM sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Tambah Afandi, biarpun begitu, setiap pasukan bebas membuat pilihan sama ada untuk menggunakan empat pemain import atau tiga pemain pada musim hadapan.

"Rasionalisasi kepada penambahan kuota pemain import itu tidak lain ialah untuk merancakkan arena bola sepak tempatan di samping menarik kehadiran penonton ke stadium.

"Pada masa yang sama, ia juga membolehkan pemain tempatan menimba pengalaman dan ilmu baharu daripada pemain import di samping mampu memantapkan persediaan pasukan yang terpilih untuk mewakili negara dalam cabaran Piala AFC dan sebagainya nanti," ujarnya.

Ditanya mengenai sama ada FAM akan melanjutkan tarikh akhir pendaftaran pemain import yang ditetapkan pada 4 Disember nanti selepas pengumuman itu, Afandi berkata, ia masih belum diputuskan lagi.

"Setakat ini ia kekal pada 4 Disember dan 17 Disember untuk pemain tempatan. Bagaimanapun kita akan mengkajinya, jika ada ruang dan keperluan, berkemungkinan besar tempoh itu akan dilanjutkan ke tarikh baharu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved