Kosmo Online - Komuniti Kita |
- SMK Labuan johan pertandingan keceriaan
- Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM
- TLDM anjur program pendedahan kerjaya
SMK Labuan johan pertandingan keceriaan Posted: SMK Labuan johan pertandingan keceriaan
MENANG. Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai pemenang utama bagi kategori sekolah pada Pertandingan Keceriaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013 baru-baru ini. Sekolah tersebut menewaskan 10,094 sekolah di seluruh Malaysia pada pertandingan yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan. Selaku pemenang, SMK Labuan menerima hadiah RM5,000, trofi dan sijil penghargaan. Hadiah diterima oleh Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Marriot, Putrajaya. | |
Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTM Posted: Kongsi ilmu keusahawanan dengan pelajar UTMAHMAD (barisan depan tengah) dan Mohd. Ismail (empat dari kiri) bergambar dengan pelajar UTM pada program Perkongsian Ilmu Keusahawan di Skudai, Johor baru-baru ini. MESRA. Seramai 200 pelajar dan pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menyertai Program Perkongsian Ilmu Keusahawan yang diadakan di kampus berkenaan baru-baru ini. Program tersebut turut mengundang usahawan kenderaan di Johor Bahru iaitu Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Yayasan Mutiara, Datuk Ahmad Kemin. Turut sama pada program itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM, Profesor Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz. Pada program itu juga, Yayasan Mutiara menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pelajar UTM yang menyertai program sambil belajar ke Jepun Global Outreach. | |
TLDM anjur program pendedahan kerjaya Posted: TLDM anjur program pendedahan kerjayaPEGAWAI Memerintah KD Sultan Idris 1, Kapten Suhaimi Sani (kanan) memberikan penerangan kepada pelajar sempena program Jiwa Murni TLDM di SMK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini. PROMOSI KERJAYA. Seramai 20 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan program Jiwa Murni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Lebuh Light, Pulau Pinang baru-baru ini. Mereka yang juga peserta Kursus Pra-Maktab Turus Angkatan Tentera Siri 6/13 (Pra-MTAT) berpangkat Leftenan Komander mendedahkan para pelajar tentang peluang pendidikan dan kerjaya bersama pasukan tersebut. Program itu turut disertai pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, SMK Sri Balik Pulau, SMK Bukit Jambul, SMK Hutching dan SMK St. Xavier. Pegawai Koordinasi Media program, Leftenan Komander Matthew Reginald Alexander berkata, TLDM menawarkan pilihan kerjaya yang bukan sahaja mencabar, tetapi juga menarik di samping peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan