Isnin, 25 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

Posted:

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

SPNB cari jalan kawal harga rumah mampu miliknya

25/11/2013 10:24pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetap mengekalkan harga rumah mampu miliknya pada RM250,000 dan ke bawah sekalipun harga pasaran hartanah sekarang adalah tinggi.

Naib Presidennya, Siti Hajar Md Saleh berkata, SPNB akan mencari kaedah

terkini bagi mengawal harga rumah mampu milik yang mereka majukan demi kepentingan rakyat.

"Jika kami agensi kerajaan menaikkan harga, siapa yang akan menolong rakyat (memiliki rumah)," katanya pada program bicara isu 'Pemilikan Rumah di Lembah Klang - Antara Mimpi dan Realiti', di sini.

Mengulas perkembangan berkaitan, Siti Hajar berkata, SPNB melancarkan dua lagi projek perumahan yang menawarkan 1,855 unit rumah mampu milik iaitu 1,200 unit di Laguna Biru, Sungai Buloh dan 655 unit di Alam Prima, Shah Alam. - Bernama

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Posted:

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

Bas rempuh pokok di India, 12 penumpang maut

25/11/2013 10:07pm

RAIPUR, India - Sebuah bas merempuh sebatang pokok di tengah India hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang penumpang dan mencederakan 20 yang lain, kata beberapa pegawai.

Bas yang membawa seramai 40 orang penumpang terbabas di sebuah lebuh raya berhampiran Kampung Bawankera, Chhattisgarh yang terletak kira-kira 65 kilometer dari Raipur.

"Sekurang-kurangnya sembilan orang penumpang dilaporkan kritikal," kata pegawai negeri, R. Shangeetha kepada agensi berita AFP. - AFP

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Posted:

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

Rakyat Kelantan diminta selesaikan cukai tertunggak RM20j

25/11/2013 9:25pm

KOTA BAHRU - Rakyat di Kelantan digesa melunaskan segera pelbagai cukai yang tertunggak sejak 15 tahun lalu berjumlah RM20 juta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, antara cukai tersebut ialah cukai tanah dan cukai pintu.

"Rakyat negeri ini digesa membayar cukai tersebut bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata, tahap kesedaran rakyat negeri ini masih rendah walaupun pelbagai usaha kutipan cukai dijalankan oleh PBT.

Dalam majlis itu 100 anggota perkhidmatan awam negeri ini menerima APC sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved