Kosmo Online - Negara |
- Janda, tiga rakan main judi didenda RM500
- Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presiden
- Jangan jadi pengkhianat negara
Janda, tiga rakan main judi didenda RM500 Posted: Janda, tiga rakan main judi didenda RM500Oleh ADHAM SHADAN
KOTA BHARU – Empat sekawan termasuk seorang warga emas janda berusia 62 tahun didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana berjudi di kaki lima sebuah bangunan di Jalan Doktor dekat sini pada Jumaat lalu. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Rahimah Md. Riffin bersama tiga yang lain, Hazlan Ibrahim, 52; Yussaimi Yusoff, 47, dan Ibrahim Abdullah, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Keempat-empat tertuduh didakwa bermain judi tintong syiling iaitu membaling wang syiling dan menekup dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan pada pukul 10.20 malam, Jumaat lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presiden Posted: Abu Bakar tiada masalah Zed Zaidi tanding presidenOleh IZWAN MOHD. ISA
KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Abu Bakar Omar tidak mempunyai sebarang masalah jika bekas pemimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ingin bertanding semula untuk merebut kembali jawatan presiden persatuan itu. Abu Bakar yang mengetuai kes saman yang difailkan terhadap Seniman baru-baru turut menegaskan, dia juga tidak memasang niat untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut. Katanya, ramai ahli Seniman yang terdiri daripada golongan muda lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Jangan jadi pengkhianat negara Posted: Jangan jadi pengkhianat negaraNAJIB (dua dari kanan) menikmati hidangan sambil bersila di ruang legar masjid selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Katanya, kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara. "Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat. "Bila bayar cukai, kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini. Dengan ini, negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan