Selasa, 13 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO

Posted:

ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO

ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO

13/05/2014 9:43pm

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga ADUN Permaisuri berkata, Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal, dan ADUN Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama

Khalid bangkit kes culik warga asing dalam persidangan di Manila

Posted:

Khalid bangkit kes culik warga asing dalam persidangan di Manila

Khalid bangkit kes culik warga asing dalam persidangan di Manila

13/05/2014 9:32pm

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau membangkitkan isu penculikan warga asing di Sabah dalam Persidangan Ketua Polis Asean ke-34 yang sedang berlangsung di Manila, Filipina.

Beliau berkata, isu itu diutarakan dalam konteks keperluan menangani jenayah rentas sempadan.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) jalin hubungan rapat dengan polis ASEAN (dalam) menangani jenayah rentas sempadan, khususnya (dengan) polis Filipina.

Bincang kes 'kidnapping' di Sabah," katanya dalam catatan laman Twitter hari ini.

Persidangan empat hari yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara Filipina itu dirasmikan Presiden Benigno S. Aquino III.

Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan, Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhou, China, di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah.

Sebelum itu pada 2 April, sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh Singamata Adventures and Reef Resort di Semporna, Sabah dan melarikan warga China dari Shanghai, Gao Hua Yan, 29, serta seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40. - Bernama

Polis Terengganu pantau media baharu, kesan penyebar berita palsu

Posted:

Polis Terengganu pantau media baharu, kesan penyebar berita palsu

Polis Terengganu pantau media baharu, kesan penyebar berita palsu

13/05/2014 8:06pm

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu meminta orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak sahih menerusi media baharu berhubung situasi politik di negeri itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kekecohan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan menurut undang-undang sedia ada.

"Saya lihat aktiviti penyebaran ini semakin berleluasa dan antara berita terbabit ialah pembubaran dewan undangan negeri, beberapa ADUN (anggota dewan undangan negeri) bakal keluar parti, perhimpunan serta perarakan, namun semua itu tidak benar," katanya dalam sidang media di sini.

Sehubungan itu, katanya, polis kini bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau media baharu.

Dalam pada itu, Jamshah berkata, sekalipun keadaan di Terengganu masih terkawal, polis akan meningkatkan rondaan di beberapa lokasi strategik bagi mengelakkan insiden tidak diingini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved