Selasa, 13 Mei 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hodgson perjudi skuad muda

Posted:

Hodgson perjudi skuad muda

Hodgson perjudi skuad muda

Susunan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Hodgson


SAMA ada terlalu yakin atau sebaliknya, Roy Hodgson membuat kejutan besar di pentas Piala Dunia 2014 Brazil yang bakal membuka tirai Jun depan.

Ini kerana jurulatih England itu berani mengambil risiko untuk menyenaraikan tonggak-tonggak muda dalam senarai 23 pemain dalam skuad Piala Dunia tersebut.

Hodgson telah mengesahkan, beliau akan memilih pemain-pemain muda berbakat besar England dalam misi menamatkan penantian 48 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali kedua.

Bekas pengurus Liverpool itu telah membuat keputusan untuk menyingkirkan pemain-pemain berpengalaman antaranya perancang Manchester United, Michael Carrick dan pertahanan kiri Chelsea, Ashley Cole.

Carrick yang berada dalam senarai menunggu antara nama besar yang terpaksa disingkirkan oleh Hodgson sebagaimana beliau lebih berminat untuk menaruhkan khidmat Ross Barkley (Everton), Jordan Henderson (Liverpool) dan Jack Wilshere (Arsenal) untuk posisi tengah The Three Lions.

Hodgson turut mendedahkan bahawa pemain muda Everton, John Stones yang juga berada senarai menunggu, akan menyertai skuad kendaliannya jika kecederaan Phil Jones tidak sempat sembuh untuk aksi Piala Dunia 2014.

Selain Carrick dan Stones, bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe, Andy Carroll (West Ham United), John Ruddy (Norwich City), Jon Flanagan (Liverpool) dan Tom Cleverley (United) turut berada dalam senarai tersebut.

Bagaimanapun, kehilangan tonggak pertahanan seperti Cole dan John Terry, dijangka memberikan impak kepada benteng The Three Lions dalam aksi di Brazil nanti.

Malah, Hodgson sendiri mengakui beliau terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam kariernya untuk membuang Cole dari skuad Piala Dunia 2014 dan menyenaraikan Luke Shaw (Southamtpton) untuk posisi pertahanan kiri England.

"Cole adalah pemain yang saya dan barisan jurulatih England sangat hargai.

"Dia adalah seorang pemain yang begitu menakjubkan dan lihatlah sahaja rekodnya bersama England sebelum ini tetapi Shaw telah menikmati prestasi cemerlang pada musim ini.

"Cole telah berjaya membuat 107 penampilan bersama England manakala Shaw akan menjadi cemerlang seperti Cole pada suatu hari nanti.

"Ia agak sukar untuk saya menghubungi Cole semata-mata memaklumkan perkara ini tetapi saya sangat bersyukur kerana Cole menerima situasi itu dengan cukup baik.

"Saya percaya keputusan saya menyenaraikan skuad muda ini bakal terjawab sama ada tepat atau sebaliknya di pentas Piala Dunia 2014 nanti," katanya.

Tambah Hogdson, beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada peminat-peminat England seandainya perancangan itu tidak memberikan kesan positif dalam kempen Piala Dunia nanti.

"Semua pihak mengetahui kemampuan Cole. Dia adalah pertahanan kiri No. 1 England apabila saya membuat keputusan menyenaraikan Leighton Baines (Everton).

"Namun, apabila saya memutuskan pemain baharu, ia semestinya Shaw.

"Saya sendiri tidak tahu keputusan ini akan memberikan satu perancangan bagus atau lebih teruk.

"Jika Baines ditimpa masalah kecederaan yang teruk, saya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Shaw," katanya.

Pada kempen Piala Dunia kali ini England diundi dalam Kumpulan D bersama juara 2006, Itali selain Uruguay dan Costa Rica.

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Posted:

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Kelantan lega dapat khidmat Tagoe

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


TAGOE (dua dari kanan) lega selepas isu ITC selesai dan dia kini sudah bersedia untuk beraksi bersama Kelantan.


KELANTAN akhirnya menarik nafas lega apabila hasrat mereka untuk menggunakan khidmat bekas penyerang kebangsaan Ghana, Prince Tagoe dalam saingan Liga Malaysia musim ini terlaksana.

Impian tersebut menjadi kenyataan apabila Tagoe memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya di Tunisia iaitu African.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial miliknya kelmarin.

Annuar berkata, ejen Tagoe iaitu Mohamed Mroweh mengesahkan bahawa ITC milik pemain berkenaan telah sampai di pejabat Persatuan Bola Sepak

Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.

Menurutnya, badan induk bola sepak negara itu dijangka mengeluarkan lesen kebenaran untuk bermain kepada tonggak import Kelantan itu hari ini.

"Ini bermakna semua masalah berkaitan Tagoe yang agak rumit telah selesai sepenuhnya dan dia dijangka layak beraksi pada sabtu ini menentang Perak," katanya.

Justeru beliau berharap Kelantan akan tampil dengan prestasi terbaik pada perlawanan tersebut.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Kelantan masih belum putus harapan, malah tetap yakin untuk mendapatkan khidmat Tagoe sebaik urusan ITC pemain terbabit selesai.

Tagoe merupakan antara tenaga import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan bagi menggantikan Obinna Nwaneri dalam usaha memperkuatkan pasukan.

Selain itu, bekas pemain Bangkok United, Hussain Alaa Salma dibawa masuk bagi menggantikan Mohammad Ghaddar untuk kuota Asia.

Dua lagi tonggak import The Red Warriors ialah Mohamed Shawky Yazid dan Francis Forkey Doe.

Kehadiran Tagoe memberikan pilihan kepada Goerge Boateng untuk membentuk gandingan lebih ampuh di bahagian serangan bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Siapa pilihan FAM?

Posted:

Siapa pilihan FAM?

Siapa pilihan FAM?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BIARPUN sibuk menjelang Kongres ke-50 pada 25 Mei depan tetapi ia tidak menghalang Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk mengadakan satu pertemuan tertutup bagi membincangkan calon baharu jurulatih Harimau Malaya pada Jun depan.

Dipercayai tiga individu tertinggi FAM iaitu Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) dan Datuk Seri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM) telah mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan isu tersebut semalam.

Menurut satu sumber yang rapat dengan FAM, pertemuan ketiga-tiga pemimpin tertinggi badan induk bola sepak negara itu adalah untuk membincangkan 'jawatan panas' dalam skuad Harimau Malaya yang kini dipangku oleh jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Sumber itu berkata: "Ketiga-tiga pegawai tertinggi FAM itu dikatakan berbincang mengenai masa depan skuad kebangsaan. Kini, mereka berada dalam fasa terakhir untuk melantik seseorang menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya yang bakal diumumkan pada jun nanti.

"Mereka dipercayai sedang menilai calon paling layak dan sedia berkerjasama dengan FAM selain mengesan bakat di peringkat akar umbi.

"Tugasan jurulatih baharu nanti bukan sekadar melibatkan Harimau Malaya sahaja, tetapi juga mengesan bakat di peringkat akar umbi."

Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Subahan sendiri mengakui bahawa pihaknya bakal memperkenalkan jurulatih baharu Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Kosmo! semalam memetik kenyataan Subahan bahawa FAM telah bertemu dengan bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, Luis Milla serta jurulatih Mozambique, Gert Engels yang dikatakan berminat untuk melatih skuad bola sepak kebangsaan.

Sebelum ini, FAM hampir berjaya mendapatkan khidmat Phillipe Troussier pada Januari lalu, tetapi badan induk bola sepak negara itu enggan meneruskan rundingan dengan bekas jurulatih Jepun itu ekoran permintaannya yang dilihat terlalu tinggi.

Selepas Troussier, beberapa jurulatih luar terus dikaitkan untuk mengisi kerusi panas dalam skuad Harimau Malaya itu, antaranya bekas jurulatih Thailand, Peter Reid, David O' Leary (Aston Villa), Zdenek Zeman (AS Roma) dan bekas penasihat Fiorentina, Fabio Lopez.

Tidak ketinggalan dua calon tempatan, Datuk Ong Kim Swee dan Dollah Salleh yang turut berada dalam radar FAM.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved