Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Veteran Jitra juara Bola Sepak Division 3
- 40 mahasiswa UUM jadi anak angkat peneroka Felda Chini 1
- 150 belia Papar sertai seminar kerjaya
Veteran Jitra juara Bola Sepak Division 3 Posted: Veteran Jitra juara Bola Sepak Division 3PASUKAN bola sepak Veteran Jitra, Kubang Pasu, Kedah bergambar sebelum perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Division Tiga di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. MENANG. Pasukan Veteran Jitra, Kubang Pasu, Kedah mengalahkan pasukan Pengkalan Kota A Bukit Mertajam 5-4 melalui sepakan penalti pada perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Division Tiga di Padang Awam St. Mark Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. Pertandingan bola sepak itu dianjurkan oleh Persatuan Sukan Bintang Biru Butterworth. Pasukan Veteran Jitra yang bergelar juara menerima hadiah wang tunai RM1,500 manakala pasukan Pengkalan Kota A Bukit Mertajam pula membawa pulang hadiah wang tunai RM800. Pengurus pasukan Veteran Jitra, Alias Ani berkata, semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan pemain membolehkan mereka menjuarai pertandingan itu. Sebanyak 20 pasukan dari Pulau Pinang dan Kedah menyertai pertandingan tersebut. |
40 mahasiswa UUM jadi anak angkat peneroka Felda Chini 1 Posted: 40 mahasiswa UUM jadi anak angkat peneroka Felda Chini 1BEBERAPA mahasiswa UUM cuba belajar teknik memancing daripada keluarga angkat mereka di Felda Chini 1, Pekan, Pahang baru-baru ini. MASUK FELDA. Seramai 40 mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah menyertai program mahasiswa turun ke Felda di Felda Chini 1, Pekan, Pahang baru-baru ini. Program tersebut memberi peluang kepada mahasiswa untuk mempelajari kehidupan warga Felda apabila menjadi anak angkat kepada peneroka Felda Chini 1. Pengarah program, Muhammad Firdaus Abdul Rahman berkata, peluang untuk turun ke Felda Chini 1 memberi pengalaman dan kenangan manis kepada mahasiswa UUM kerana dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik. "Menyelami kehidupan dan kerja harian para peneroka di Felda itu merupakan pengalaman yang cukup berharga," ujarnya. Antara aktiviti sepanjang program selama tiga hari itu termasuk gotong-royong, membuat roti jala, menangkap ikan dan memberi makanan kepada kambing. |
150 belia Papar sertai seminar kerjaya Posted: 150 belia Papar sertai seminar kerjayaROSNAH (depan, tengah) bergambar dengan penceramah dan peserta Seminar Kerjaya 2014 di Kelab Mont Elkay, Lok Kawi Hight, Papar, Sabah baru-baru ini. ILMU. Seramai 150 belia menyertai program Seminar Kerjaya 2014 anjuran Biro Latihan dan Modal Insan UMNO Bahagian Papar di Kelab Mont Elkay, Lok Kawi Hight, Papar, Sabah baru-baru ini. Antara pengisian program tersebut termasuklah siri ceramah oleh beberapa pakar berkaitan peluang pekerjaan yang bakal ditempuhi para peserta. Pengerusi penganjur, Mohd. Yaman Awang Alli berkata, seminar tersebut menyasarkan golongan lepasan sekolah dan pengajian tinggi untuk memberi mereka lebih banyak informasi dan pendedahan mengenai alam pekerjaan. Majlis perasmian penutupan program disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan