Khamis, 9 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harga RON95 tidak naik - Ahmad

Posted:

Harga RON95 tidak naik - Ahmad

Harga RON95 tidak naik - Ahmad

09/01/2014 11:18pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata, :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata, berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi. - Bernama

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

Posted:

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

Buku tentang kolesterol bagi rakyat Malaysia dilancarkan

09/01/2014 11:02pm

KUALA LUMPUR - Sebuah buku tentang kolesterol dan penyakit jantung bagi rakyat Malaysia berjudul 'My Cholesterol Journey In Malaysia' dilancarkan hari ini untuk mendokumenkan tahap kolestrol normal dan tidak normal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buku nukilan Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. Khoo Kah Lin itu mengandungi penyelidikan dan jurnal beliau sejak lebih 40 tahun lepas yang turut mendokumenkan tentang tabiat makanan, gaya hidup, perbezaan gen dalam kalangan orang Asia dan risiko penyakit jantung koronari selain lipid gen tidak normal di Malaysia.

"Segala-galanya yang saya capai bersama-sama rakan sekerja (dalam menghasilkan buku itu) dilakukan tanpa bantuan kewangan atau geran pengajian, sebaliknya berlandaskan semangat yang berkobar-kobar.

"Insan hadir dalam hidup saya semasa saya amat memerlukan mereka dan apabila saya imbas kembali hakikat ini, saya seringkali teringatkan Dorothy dalam Wizard of Oz yang berdiri di atas jalan bata kuning dalam pencarian Wizard untuk pulang ke rumah," kata Dr Khoo ketika berucap pada majlis pelancaran buku itu.

Buku berkenaan dilancarkan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Buku mengandungi 91 halaman itu dijual pada harga RM35 senaskhah dan semua hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. - Bernama

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

Posted:

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

Yayasan Restu sasar cetak dan wakaf sejuta al-Quran dalam pelbagai bahasa

09/01/2014 10:34pm

SHAH ALAM - Yayasan Restu menyasarkan untuk mencetak dan mewakafkan sejuta naskah al-Quran dalam pelbagai bahasa terjemahan untuk diedar ke seluruh negara dan dunia luar menerusi Program Wakaf Sejuta al-Quran.

Pengerusinya, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, inisiatif itu diambil sebagai usaha menyelaraskan percetakan al-Quran wakaf yang sebelum ini dibuat bagi mengisi keperluan.

"Sebelum ini hampir 50,000 naskah al-Quran telah kita agihkan ke Kemboja dan China tapi kita lihat ada keperluan menghantar lebih banyak lagi kitab ini ke negara lain juga.

"Untuk itu, Program Wakaf Sejuta al-Quran ini diharap dapat merealisasikan hasrat menjadikan kitab agung itu sebagai sebahagian daripada kehidupan kerana ia akan disertakan dengan terjemahan dalam pelbagai bahasa," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai program itu di sini hari ini.

Antara bahasa terjemahan al-Quran yang dicadang untuk dicetak menerusi program wakaf itu adalah Khmer (Kemboja), Tagalog (Filipina), Thai, Perancis, Kadazan, Iban, Tamil dan Inggeris. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved