Kosmo Online - Negara |
- Operasi khas buru pendatang
- 2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-Kad
- Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tiba
Posted: Operasi khas buru pendatang
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi besar-besaran memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 21 Januari ini. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi melibatkan Jabatan Imigresen, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu akan bermula selepas Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) berakhir pada 20 Januari. "Pendatang asing yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal dan kos ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran i-Kad Pekerja Asing di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-Kad Posted: 2.3 juta pekerja asing wajib miliki i-KadAHMAD ZAHID (kiri) dan Izham (tengah) menunjukkan replika i-Kad Pekerja Asing di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang telah berdaftar untuk Program 6P wajib memiliki i-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sebagai usaha untuk membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini. Katanya, i-Kad dikeluarkan mengikut sektor dan kod warna dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti biometrik cap jari, nexcode dan contactless chip akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tiba Posted: Empat unit kedai alami retakan secara tiba-tibaBANGUNAN di Kukup Laut, Pontian yang dikosongkan oleh orang ramai selepas berlaku retakan secara tiba-tiba pada bangunan tersebut semalam. PONTIAN - Empat unit kedai di Kukup Laut di sini semalam mengalami keretakan secara tiba-tiba menyebabkan orang ramai yang berada di premis berkenaan lari menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Zulbahry Sulong berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan menyebabkan dinding, siling serta tiang di bangunan konkrit berusia kira-kira lapan tahun itu rosak. "Empat unit kedai itu merupakan sebahagian daripada 16 unit kedai setinggi tiga tingkat yang terletak berhampiran Terminal Perhentian Bas dan Teksi Kukup. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan