Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Program gunting rambut percuma untuk 50 anak yatim
- Palapes USM raikan ketua jurulatih
- Pelajar UiTM masuk kampung ajak dekati perpustakaan
Program gunting rambut percuma untuk 50 anak yatim Posted: Program gunting rambut percuma untuk 50 anak yatim
GAYA. Seramai 50 anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak-Anak Yatim Puchong, Selangor memulakan sesi persekolahan 2014 baru-baru ini dengan gaya rambut baharu apabila diberi peluang memotong rambut secara percuma. Seramai 14 kru dari Rias Kosmetik, Shery Hair Stylist, Mastura Hair Salon, Erah Hair Spa Salon, Manja Salon dan Juiczy Hair Studio terlibat memotong rambut 27 kanak-kanak lelaki dan 23 perempuan dari rumah anak yatim itu di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Pengusaha Rias Kosmetik, Rodiah Tok Kecil berkata, program masuk tahun kedua itu diadakan sebagai khidmat masyarakat sempena bermulanya musim persekolahan turut mendapat tajaan Persatuan Peniaga-Peniaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). | |
Palapes USM raikan ketua jurulatih Posted: Palapes USM raikan ketua jurulatihOMAR (depan, lima dari kiri) bergambar kenangan dengan pegawai Palapes USM pada majlis meraikan Mustaffa (depan, empat dari kiri) yang lebih lima tahun berkhidmat selaku ketua jurulatih di kampus USM, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. BERTUKAR. Markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan majlis meraikan pertukaran ketua jurulatihnya, Mejar Mustaffa Ibrahim di kampus universiti itu di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini. Mustaffa yang memulakan tugasnya di Palapes USM pada tahun 2009 kini bertukar ke Markas Stesen Staf Sungai Petani, Kedah sebagai Pegawai Stesen Staf sejak 1 Januari lalu. Menurut Mustaffa, warga Palapes USM diseru terus menjaga nama baik pasukan itu selain mengekalkan teras disiplin dan semangat patriotik yang tinggi sebagai pegawai tentera. Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor USM merangkap Komandan Palapes USM, Kolonel (Kehormat) Datuk Omar Osman, pegawai tetap, pegawai sukarela, jurulatih dan para pegawai kadet. | |
Pelajar UiTM masuk kampung ajak dekati perpustakaan Posted: Pelajar UiTM masuk kampung ajak dekati perpustakaanSEBAHAGIAN daripada 34 warga UiTM bergambar kenangan dengan masyarakat Kampung Endah dalam program Peace, Love, Read di Perpustakaan Desa Kampung Endah, Banting, Selangor baru-baru ini. GEDUNG ILMU. Seramai 34 pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam menganjurkan program Peace, Love, Read di Perpustakaan Desa Kampung Endah, Banting, Selangor baru-baru ini. Program itu bertujuan menggalakkan anak muda kampung untuk mendekati perpustakaan dan pusat sumber ilmu bagi memupuk minat membaca. "Masih ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya perpustakaan dalam membentuk masyarakat yang berilmu. Ini antara usaha kami dalam mendidik anak muda Malaysia," kata Ketua Biro program Peace, Love, Read, Noor Syazwani Munajat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan