Isnin, 20 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bangkok berdarah lagi

Posted:

Bangkok berdarah lagi

Bangkok berdarah lagi

BEBERAPA penunjuk perasaan melihat cebisan baju yang berlumuran darah selepas beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua butir bom ke arah mereka.


BANGKOK - Satu serangan terhadap kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di pusat bandar raya ini semalam menyebabkan 28 orang cedera sekali gus meningkatkan kebimbangan Thailand akan dilanda keganasan.

Serangan kedua dalam tempoh dua hari itu berlaku apabila beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua butir bom sebelum melepaskan satu das tembakan terhadap sejumlah penunjuk perasaan yang berhimpun di sebuah persimpangan di sini.

Seorang ketua penunjuk perasaan, Thavorn Senniem berkata, bom itu dibaling ke arah orang ramai yang berkumpul berhampiran sebuah khemah di belakang pentas di mana beliau berada.

"Beberapa penunjuk perasaan kemudian mengejar salah seorang suspek itu tetapi mereka membaling satu lagi bom sebelum melepaskan satu das tembakan," kata Thavorn.

"Kedua-dua penyerang itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal," tambahnya.

Beberapa saksi memberitahu bahawa mereka melihat beberapa cebisan baju berlumuran darah dan sejumlah serpihan logam dipercayai bom tersebut di lokasi kejadian.

Seorang pegawai kesihatan pula berkata, seramai 28 orang penunjuk perasaan cedera dalam kejadian itu dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, penunjuk perasaan antikerajaan berkenaan berhimpun untuk menawan bandar raya ini bagi memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kerajaannya meletak jawatan.

Penunjuk perasaan tersebut dan pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mahu pentadbiran negara diserahkan kepada Majlis Rakyat yang dilantik.

Mereka yang disokong golongan promonarki telah menguasai beberapa persimpangan utama di sini sejak Isnin lalu.

Yingluck sebelum ini mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal pada 2 Februari depan sebagai usaha untuk mengurangkan ketegangan dalam negara ini.

Namun, inisiatif beliau ditolak oleh pembangkang.

Penunjuk perasaan antikerajaan itu yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban menuduh Yingluck menjadi boneka kepada abangnya iaitu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 dan kini hidup dalam buangan di luar negara. - AFP

Korban Ribut Agaton meningkat 40 orang

Posted:

Korban Ribut Agaton meningkat 40 orang

Korban Ribut Agaton meningkat 40 orang


PENDUDUK mengharungi air banjir yang dibawa Ribut Agaton di bandar Butuan, Pulau Mindanao di selatan Filipina semalam.


MANILA - Angka kematian daripada ribut pertama yang membadai Filipina tahun ini meningkat kepada 40 orang, kata beberapa pegawai semalam selepas hujan lebat diramal berterusan melanda negara itu.

Ribut tropika Agaton mengucar-ngacirkan Pulau Mindanao, selatan Filipina dengan lebih 580,000 orang terjejas manakala 161,000 penduduk berpindah ke beberapa pusat perlindungan sementara.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan menambah tiga lagi kematian daripada angka korban kelmarin.

Perkembangan itu berlaku selepas biro kaji cuaca meramalkan hujan sederhana dan lebat dijangka turun di sebahagian besar Mindanao.

Biro berkenaan turut memberi amaran ribut selaju 60 kilometer sejam diramal melanda lapan wilayah di pulau itu dalam tempoh 36 jam sejak semalam.

"Agaton dijangka membawa hujan sederhana dan lebat serta ribut petir di Bohol, Siquijor, Mindanao Utara dan rantau Caraga," menurut biro berkenaan dalam satu kenyataan.

Sekitar 20 ribut melanda Filipina pada setiap tahun dengan sebahagian besar pantai timur Mindanao masih belum pulih daripada Taufan Bopha yang melanda pada Disember 2012.

Seramai 1,900 maut atau hilang dalam bencana itu. - AFP

Pam tayar guna hidung

Posted:

Pam tayar guna hidung

Pam tayar guna hidung


YONGBING sedang meniup udara ke dalam tayar menerusi saluran paip getah.


CHENGDU, Sichuan - Seorang lelaki China mencipta rekod dunia apabila dia mengepam empat biji tayar kereta menggunakan hidungnya, lapor sebuah akhbar tempatan.

Nie Yongbing, 63, mengambil masa 21 minit untuk melakukan tugas sukar tersebut.

Dia menggunakan kekuatan hidungnya untuk meniup udara ke dalam tayar kereta berkenaan dengan terdapat dua orang dewasa di atas setiap tayar itu.

Nie mula melakukan perkara ganjil itu selepas seorang doktor memberitahu yang dia dapat meningkatkan tahap kesihatannya dengan meniup belon menggunakan hidung.

Sehingga kini, lelaki tersebut masih belum menemui pencabar yang mahu menandinginya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved