Kosmo Online - Negara |
- Puja nombor ekor di tokong Cina
- Didakwa edar heroin di ofis kastam
- Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000
Puja nombor ekor di tokong Cina Posted: Puja nombor ekor di tokong CinaOleh MULLER ASEN
KUCHING – Sebuah tokong Cina yang diberi nama Tokong Tanjung Datuk Kong di Jalan Demak Laut di sini didakwa menjadi tumpuan kaki judi memuja 'jerangkung' dengan memainkan audio surah Yasin dan ayat suci al-Quran untuk mendapatkan nombor ekor. Pengerusi Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak (Adab), Shariff Busrah mendedahkan, pihaknya kesal dengan tindakan pengendali tokong tersebut yang jelas mempersendakan agama Islam apabila memainkan audio ayat suci tersebut semasa upacara pemujaan itu. Aktiviti pemujaan nombor ekor di tokong itu kebiasaannya dilakukan pada setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Didakwa edar heroin di ofis kastam Posted: Didakwa edar heroin di ofis kastamOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI SEREMBAN – Tiga anggota penguat kuasa kastam didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1.54 kilogram (kg). Wee Sew Him, 58, Bahara Mansor, 58 dan Syafizal Mahmud, 36, yang bertugas di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kampung Jijan Tengah, Nilai didakwa mengedar dadah jenis itu pada 15 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000 Posted: Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000SEW HIM (kanan), Bahara (tengah) dan Syafizal diiring keluar dari Mahkamah Majistret selepas dihadapkan atas tuduhan mengedar heroin di Seremban semalam. KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai penyiasat di Jabatan Imigresen dipenjara tiga tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah bersetuju menerima rasuah RM2,000 tiga tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan demikian terhadap Abdul Rahim Yusoff, 42, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes tersebut. Sekiranya gagal membayar denda tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan