Kosmo Online - Dunia |
- Pembangkang gempur stadium
- Rusia sangkal Arafat diracun
- Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung Derma
Posted: Pembangkang gempur stadium
BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba menghalang persediaan pilihan raya, bertempur dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam. Pihak berkuasa berkata, seorang anggota polis terbunuh manakala tiga lagi cedera terkena tembakan. Sekurang-kurangnya 95 orang termasuk 25 anggota polis dimasukkan ke hospital akibat cedera dalam kekacauan itu yang bermula apabila penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota pasukan keselamatan. Kumpulan penunjuk perasaan itu juga cuba menggunakan kekerasan untuk memasuki sebuah stadium di sini. Polis kemudian bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka. Stadium berkenaan menjadi tempat 27 perwakilan mencabut undi untuk menentukan kedudukan parti politik mereka pada kertas undi pilihan raya 2 Februari depan. Penunjuk perasaan gagal menghalang proses tersebut. Namun, empat pegawai suruhanjaya pilihan raya (SPR) Thailand terpaksa dipindahkan dengan sebuah helikopter berikutan pertempuran yang berlaku di luar stadium tersebut. Mengulas situasi tersebut, seorang pegawai polis, Kolonel Anucha Romyanan menggesa penunjuk perasaan supaya berhimpun secara aman. "Terdapat cubaan untuk memburukkan lagi krisis politik di negara ini dengan melakukan kekacauan," katanya. Rusuhan tersebut terhad di kawasan sekitar stadium berkenaan dan berlanjutan hingga ke awal pagi. Penunjuk perasaan menuntut supaya Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan sejak pertengahan Oktober lalu dengan kekacauan beberapa kali tercetus. Mereka menentang pilihan raya umum pada 2 Februari depan kerana Yingluck diyakini akan memenanginya. Penunjuk perasaan antikerajaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang menetap di luar negara untuk mengelak daripada dipenjara selepas didapati bersalah dalan satu kes rasuah. Thaksin masih memiliki pengaruh yang besar di Thailand dengan parti pimpinannya memenangi setiap pilihan raya yang diadakan di negara itu. Dalam pada itu, SPR Thailand menggesa kerajaan supaya menangguhkan pilihan raya pada Februari depan selepas berpuluh-puluh orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis. "Kita tidak boleh menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang termaktub dalam perlembagaan berdasarkan situasi masa kini," kata seorang pegawai suruhan berkenaan, Prawit Rattanapien. Setakat ini, pihak kerajaan masih belum menyatakan pendiriannya berhubung gesaan tersebut. - AGENSI | ||
Posted: Rusia sangkal Arafat diracun
MOSCOW - Satu siasatan Rusia berhubung kematian Yasser Arafat gagal menemui racun radioaktif yang didakwa membunuh pemimpin Palestin tersebut, kata ketua sebuah agensi kerajaan yang melakukan kajian itu semalam. Ketua Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan, Vladimir Uiba berkata, pihaknya tiada perancangan untuk melakukan ujian lebih lanjut. "Kematian Arafat adalah secara semula jadi, tiada kesan radiasi yang ditemui," kata Uiba menurut beberapa agensi berita Rusia. Beberapa pasukan saintis dari Perancis, Switzerland dan Rusia diminta mengenal pasti sama ada racun polonium menjadi punca kematian Arafat di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004. Penduduk Palestin sudah lama mengesyaki Arafat diracun oleh Israel tetapi dinafikan oleh rejim Zionis. Dalam pada itu, Rusia mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa Palestin sejak era negara Kesatuan Soviet apabila Moscow menyokong perjuangan mereka. Selepas satu laporan pada 2012 bahawa terdapat kesan bahan radioaktif polonium ditemui pada pakaian Arafat, balunya Suha Arafat mengemukakan aduan rasmi di Perancis supaya satu siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada Arafat dibunuh. Sementara itu, pasukan saintis Switzerland menyatakan, mereka menemui kesan polonium dan plumbun manakala keadaan kesihatan Arafat dan kematiannya selaras dengan kesan keracunan akibat meminum polonium. Mengulas keputusan pasukan pakar Rusia itu, Duta Palestin ke Moscow, Fayed Mustafa dipetik sebagai berkata oleh agensi berita RIA Novosti bahawa Pihak Berkuasa Palestin menghormati keputusan mereka. Namun, pihaknya beranggapan adalah perlu supaya kajian berhubung kematian Arafat diteruskan. - AGENSI | ||
Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung Derma Posted: Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung DermaBAWAH: BENTUK CINCIN berlian yang disumbangkan oleh penderma misteri misteri berkenaan. MIAMI, Florida - Seorang wanita di Florida mendermakan sebentuk cincin berlian berharga AS$3,500 (RM11,535) untuk tabung badan kebajikan, Salvation Army, lapor sebuah akhbar baru-baru ini. Ia merupakan tahun keempat agensi kebajikan tersebut menerima sumbangan serupa yang diberikan oleh penderma misteri berkenaan. Penderma itu juga akan membuat panggilan telefon pada setiap tahun untuk memberi maklumat mengenai lokasi cincin tersebut diletakkan. Pada tahun ini, cincin itu ditemui dibungkus menggunakan sekeping kertas kuning bersama sekeping nota di dalam sebuah tin kutipan derma di luar sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin. "Pada setiap tahun wanita misteri itu akan menelefon dan berkata, awak mungkin perlu memeriksa salah tabung derma di sesebuah lokasi," kata seorang anggota badan kebajikan berkenaan, Mejar Linda Payton. Setakat ini, tabung kebajikan tersebut telah menerima dua bentuk cincin berlian, beberapa ketul emas dan wang kertas AS$100 (RM329) sejak empat tahun lalu. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan