Kosmo Online - Hiburan |
- Feminisme, seksis Bahayanya Wanita
- Fasha tidak rasa bersalah
- Johan tak letak taraf kekasih pada Lana
Feminisme, seksis Bahayanya Wanita Posted: Feminisme, seksis Bahayanya WanitaTEATER BAHAYANYA WANITA dan filem hitam putih tersohor arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Madu Tiga tidak jauh bezanya kalau dikaji corak penceritaan. Memaparkan dilema seorang suami yang berpoligami dengan lebih daripada seorang wanita; berkahwin dengan isteri kedua dengan alasan mahukan anak, tapi berkahwin pula lagi satu atas dasar cinta. Hampir serupa, cuma pementasan itu ditambah watak wanita keempat yang melengkapkan empat isteri kepada seorang korporat bernama Syed Maadon Al-Sidek (lakonan Zizan Razak). Tidak salah andai dikatakan menonton pementasan Bahayanya Wanita yang dipentaskan di Istana Budaraya ibarat menonton sebuah adaptasi filem Tiga Abdul ke pentas teater dalam versi lebih moden dan sarat unsur humor. Namun begitu, oleh kerana terlalu cuba untuk menyampaikan mesej tentang pemerkasaan wanita, pengarah terlupa faktor masa juga perlu diambil kira. Tiga jam barangkali tidak terasa jika menonton sebuah filem, tapi durasi serupa tidak bersesuaian untuk persembahan secara langsung dan penonton tidak mustahil naik jemu. DARI kiri: Erra Fazira, Lana Nordin dan Umie Aida berkongsi 'suami' iaitu Zizan. Bagaimanapun, tempoh tiga jam itu telah diselamatkan oleh kesan humor dan lawak bersahaja Zizan serta barisan pelakon lain yang menjayakan watak keempat-empat isteri dalam karakter yang pelbagai. Malah, ada antara dialog serius bertukar menjadi jenaka kerana interaksi dan hubungan sesama pelakon yang terlalu 'menjadi'. Penonton tergelak kerana pelakon tergelak! Tembelang Bahayanya Wanita mengisahkan kehidupan rumah tangga seorang lelaki korporat bernama Syed Maadon Al-Sidek yang berjaya atas kekayaan isteri pertamanya, Sharifah Fatimah Maruka (lakonan Datin Paduka Umie Aida) namun masih rasa tercabar kerana gagal menundukkan ego isterinya. Syed Maadon mengahwini Kamelia (Erra Fazira) yang bertentangan sikap dengan isteri pertamanya. Kamelia menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata namun kemanjaan Kamelia mula merimaskan. Alasan itu digunakan untuk mengahwini Farhana (Nora Danish/Lana Nordin). Lana menggantikan Nora kerana pelakon itu terikat sebagai juri Maharaja Lawak 2013 (MLM 2013). Mereka memainkan watak gadis muda yang manja dan cantik namun sering mengundang masalah hingga pernikahan mereka diketahui isteri pertama dan kedua. GANDINGAN Erra (kiri), Erma Fatima dan Umie Aida sebagai madu agak menjadi kerana kearkraban mereka. Syed Maadon kemudiannya cuba mencari jalan penyelesaian yang akhirnya menemukan dengan peniaga makanan dari Indonesia, Suti Lambung (Erma Fatima) dan memutuskan untuk berkahwin. Suasana menjadi hiruk-pikuk apabila tembelang Syed Maadon pecah dan diketahui isteri-isterinya. "Saya perlu nampak lebih matang daripada usia sekarang kerana karakter saya adalah seorang lelaki miang yang berkahwin empat. Sebab itu saya pakai misai palsu," kongsi Zizan tertawa. Poligami Menghuraikan lebih lanjut mengenai cabaran membintangi teater muzikal tersebut, kata Zizan, dia perlu menghafal lirik lagu dan langkah tari selain skrip lakonan yang panjang. "Susah untuk hafal lirik lagu, tambahan lirik kali ini ditukar untuk disesuaikan dengan jalan cerita, saya sampai tidak sempat menghafal kesemua lagu pun. "Melakonkan watak utama pun perlukan saya menghafal banyak skrip, belum lagi ditambah tarian. Kalau difikirkan negatif sudah pasti pementasan ini rosak, tapi saya perlu optimis dengan cabaran-cabaran ini," jelasnya yang mengakui mengalami sakit perut pada hari pertama pementasan. Bercakap mengenai poligami, kata Zizan dia tiada masalah untuk berdepan situasi sedemikian. Pokoknya yang penting tahu mengawal situasi dan rasional menyelesaikan kemelut yang datang. LAKONAN Johan As'ari (kiri) sebagai seorang ustaz dilihat selari dengan lakonan Zizan yang memegang watak utama iaitu Syed Maadon Al-Sidek. "Sebagai lelaki, daripada segi agama Islam tidak salah berpoligami cuma dalam masyarakat Melayu perkara itu agak sensitif. "Kalau mampu buat tidak mengapa tapi jika tidak mampu jangan sesekali berani. Juga jangan sakitkan hati orang sebab apa yang kita buat suatu masa akan kena diri sendiri," nasihatnya. Teater muzikal Bahayanya Wanita telah mula dipentaskan pada 20 Disember akan berakhir pada 31 Disember ini. | ||
Posted: Fasha tidak rasa bersalahOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
MINGGU lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh. Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim. Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fa- sha memuat naik video berkenaan. Fasha yang ditemui sewaktu menjadi juri sebuah program realiti mencari wartawan akhbar, televisyen dan radio itu mengulas lanjut mengenai video berkenaan dan turut bercerita mengenai perkembangan terkininya. Kosmo!: Bagaimanakah perasaan anda dilantik sebagai juri program realiti berkenaan? FASHA: Saya sebenarnya berasa bangga diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai juri program realiti pencarian wartawan buat pertama kalinya. Saya sebenarnya tidak suka menilai orang tetapi bila diberi kepercayaan melalui pengalaman yang ada, saya ambil dan berjanji untuk menjadi juri yang baik. Adakah sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri? Bagi saya bukan mudah tetapi saya tidak akan menilai orang begitu sahaja, sebaliknya menilai hasil kerja mereka. Minggu lalu anda ada memuat naik video yang memaparkan Nora Danish meninggalkan Dre dan hampir membuat dia terjatuh. Video berkenaan mengundang kontroversi dan kritikan hebat daripada peminat yang marah dengan tindakan Nora itu. Bolehkah anda komen sedikit? Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebalik- nya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya. Apakah motif anda memuat naik video berkenaan jika ia boleh mengundang kontroversi? Pada saya tiada apa yang salah dengan video berkenaan. Ia cuma permainan ketika sambutan hari jadi di rumah mertua.
Selalunya sebelum memuat naik gambar atau video kita akan menontonnya terlebih dahulu. Kenapa anda masih ingin memuat naik video tersebut? Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia. Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya. Apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang seni? Saya baru habis penggambaran slot Cerekarama berjudul Racun Ibu di samping Farid Kamil. Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran slot Samarinda berjudul Miranda untuk TV3. Drama tersebut untuk tayangan bulan Januari 2014 dan saya berlakon di samping Dazrin dan Datuk Eizlan Yusof. Saya juga sedang mempromosikan produk Slim World sebagai duta dan juga menjadi model untuk satu bara- ngan kemas. Saya juga bakal dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan dan tidak boleh beritahu produk apa lagi buat masa ini. Anda dilihat kembali laris selepas berkahwin dan mempunyai anak. Komen anda? Saya anggap semua ini adalah rezeki anak saya iaitu Putra Rayfal dan juga anak tiri saya, Putra Rayqal. Apakah perasaan anda memperoleh kehidupan bahagia dan juga kerjaya lakonan yang stabil? Sebenarnya saya buat semua ini (berlakon) bukan lagi kerana duit tetapi kerana minat. Dulu saya akui terlampau aktif menerima semua tawaran yang datang. Namun sejak menjadi ibu, saya sudah tapis beberapa tawaran yang datang. Contohnya, saya dapat dua projek dalam masa yang sama iaitu slot Sama- rinda dan juga sebuah drama 40 episod. Saya terpaksa menolak drama 40 episod itu kerana ia melibatkan tempoh yang panjang. Seiring dengan kehidupan anda kecapi sekarang, kontroversi juga semakin kurang. Apakah komen anda? Apa yang berlaku itu saya anggap sebagai lumrah. Keutamaan saya kini lebih kepada anak. Mungkin mereka nampak diri saya sebagai ibu dan kontroversi juga berkurangan. Bila sudah menjadi ibu dan usia semakin meningkat, bagaimanakah pula dengan watak-watak yang ditawarkan. Adakah anda selektif dalam pemilihan watak? Saya tidak kisah apa jua watak yang ditawarkan kepada saya, waima nenek sekalipun. Saya cuma selektif dari segi skrip dan jalan cerita. | ||
Johan tak letak taraf kekasih pada Lana Posted: Johan tak letak taraf kekasih pada LanaOleh IZWAN MOHD. ISA
GELODAK kisah cinta antara Johan As'ari dengan pasangannya, Lana Nodin akhirnya berpenghujung apabila pelakon yang popular menerusi drama bersiri Juvana itu mengambil keputusan untuk berpisah atas alasan tidak mendapat restu daripada ibu dan bapanya. Mungkin berita mengenai perpisahan tersebut tidak begitu mengejutkan ramai pihak tetapi keputusan yang diambil oleh Johan untuk melepaskan Lana selepas sebulan menjalinkan hubungan sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon. Banyak cakap-cakap nakal mula kedengaran mengenai Johan yang dianggap seperti artis yang 'lapar' publisiti dan sering menggunakan kisah cintanya sebagai tiket untuk meraih perhatian orang ramai. Dia juga dilihat seperti bersifat keanak-anakan dan tidak serius dalam menilai soal cinta. Ketika cuba untuk menghubungi pelakon berusia 27 tahun itu, penulis berasa sedikit terkilan kerana panggilan telefon yang dibuat hanya dibiarkan tidak berjawab. Johan sebaliknya hanya menjawab beberapa soalan secara ringkas melalui mesej yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp. Jodoh di tangan Allah "Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu. "Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. JOHAN dan Lana sempat terbabit di dalam teater Bahayanya Wanita yang masih berlangsung di Istana Budaya. "Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini," jelasnya menerusi WatsApp yang dibalas kepada penulis. Ketika ditanya mengenai apakah status sebenar wanita itu dihatinya, Johan menyatakan, dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. "Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. "Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya," jelas Johan lagi. Bukan cari publisiti Dalam pada itu, Johan yang kini sedang sibuk dengan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menjaja kisah hubungan cintanya untuk meraih publisiti. Malah, dia menolak dakwaan menyatakan dirinya merupakan artis yang dahagakan perhatian sehingga sering melakukan tindakan di luar jangkaan. "Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. "Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. "Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan," ujarnya lagi. Johan barangkali lupa. Sewaktu pertama kali tersebar berita tentang hubungan tiga harinya bersama Lana, dia memberitahu media bahawa telah melamar Lana dan merancang untuk menikahi wanita itu pada tahun depan. Justeru, apabila dia menyatakan tidak meletakkan sebarang taraf atau menganggap Lana sebagai kekasih sepanjang tempoh mereka intim selama sebulan lalu, ia memberi gambaran betapa mudah benar Johan membuat keputusan dan berubah hati. Sekadar rekod, sebelum ini, Johan juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain termasuk Izreen Azmida, Nabila Huda dan Shila Amzah. Bagaimanapun, apabila hubungan mereka putus, Johan memberi alasan yang sama iaitu jodoh itu rahsia Allah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan