Khamis, 21 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Sabah rampas 10kg methamphetamine bernilai RM2.4 juta

Posted:

Polis Sabah rampas 10kg methamphetamine bernilai RM2.4 juta

Polis Sabah rampas 10kg methamphetamine bernilai RM2.4 juta

21/11/2013 10:08pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah merampas kira-kira 10 kilogram dadah jenis methamphetamine atau syabu bernilai RM2.4 juta dalam dua serbuan, tiga hari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Taman Nelly, Inanam pada 19 November lepas pada kira-kira 9.30 malam dan menahan seorang lelaki berumur 32 tahun yang baru keluar daripada sebuah kereta di depan rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati beg yang dibawa lelaki itu mengandungi dua bungkusan dadah disyaki jenis syabu dengan jumlah berat kasar 1,001 gram atau satu kilogram," katanya kepada pemberita di sini.

Hamza berkata, pemeriksaan di bilik utama rumah itu menemui sebuah beg mengandungi bungkusan berisi hablur jernih, disyaki syabu, dengan anggaran berat kasar 85 gram dan polis menahan seorang lelaki warga Brunei berumur 35 tahun, yang cedera di kedua-dua pergelangan kaki ketika cuba melarikan diri.

Polis turut merampas peralatan menghisap dan membungkus syabu iaitu keratan kerajang aluminium, straw, pemetik api yang diubah suai dan alat timbang.

Sementara itu, Hamza berkata, serbuan ke atas sebuah kondominium di 1Borneo semalam pada 12.20 malam membawa kepada penemuan 8,917 gram methamphetamine yang disimpan dalam sebuah beg pakaian di bilik utama kondominium berkenaan.

"Polis turut merampas tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang mempunyai nombor pendaftaran negara Brunei yang dianggar bernilai RM630 ribu.

"Lelaki dari Brunei itu juga amat dikehendaki pihak berkuasa Brunei," katanya. -Bernama

Persenda umat Islam, Ramadan: Pasangan gagal batal pertuduhan

Posted:

Persenda umat Islam, Ramadan: Pasangan gagal batal pertuduhan

Persenda umat Islam, Ramadan: Pasangan gagal batal pertuduhan

21/11/2013 10:01pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Hakim, Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas berpendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Sepintas lalu membaca peruntukan di bawah Seksyen 298A(1)(a), mahkamah mendapati amat jelas, sejelas gelas kristal, bahawa peruntukan itu langsung tidak menyebut secara khusus bahawa ia ditujukan khas kepada penganut beragama Islam tetapi terpakai kepada penganut agama atau kepercayaan yang lain," katanya.

Pada 21 Ogos lepas, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka berkaitan satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang dimuat naik ke laman Facebook.

- Bernama

Timbalan Pengerusi SPR nafi terlibat 'Projek IC' di Sabah seperti dilapor Harakah

Posted:

Timbalan Pengerusi SPR nafi terlibat 'Projek IC' di Sabah seperti dilapor Harakah

Timbalan Pengerusi SPR nafi terlibat 'Projek IC' di Sabah seperti dilapor Harakah

21/11/2013 9:55pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah atau memegang jawatan Pengerusi SPR di negeri itu sebagaimana dilapor akhbar Harakah.

Dalam penyataan saksi kepada Mahkamah Tinggi hari ini, Wan Ahmad, 65, berkata, beliau tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya bersama SPR.

Oleh itu, Wan Ahmad berkata, dua artikel yang diterbit akhbar itu jelas memfitnahnya apabila mendakwa beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah ketika menjadi Pengerusi SPR di negeri berkenaan.

"Ini sudah tentu memfitnah dan mengaibkan saya kerana saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan 'Projek IC' di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari lepas.

-Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved