Khamis, 21 November 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah

Posted:

Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah

Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my


WAN ROHIMI (dua dari kiri) menunjukkan laporan kenyataan mahkamah berhubung isu Seniman kepada Abu Bakar (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Seniman pada 26 Mei tahun lalu adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu secara tidak langsung menggugurkan nama pelakon Zed Zaidi selaku Presiden Seniman berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop mendapati, lima artis veteran yang menyaman Seniman dan tujuh yang lain berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan berhubung dakwaan AGM itu sebagai tidak sah kerana minit mesyuarat telah dipalsukan dan ahli baharu yang meragukan.

Tindakan itu adalah susulan daripada saman yang dikemukakan ahli-ahli Seniman diketuai oleh Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sony Abdullah) telah memfailkan saman terhadap Seniman pada 25 Januari lalu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik serta ahli jawatankuasanya iaitu Omar Kamarudin atau dikenali sebagai Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab atau dikenali sebagai Den Wahab.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa Seniman ke-14 diadakan semula dengan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua bulan bermula semalam.

Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.

"Sepanjang perbicaraan, saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Presiden Seniman ketika itu, Harun atau nama sebenarnya Harun Aminar Rashid Salim, Yusuf Kelana atau Omar Kamarudin dan Wafa A. Kadir membayar ganti rugi khas berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa di sini berjumlah RM56,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Turki beri penghormatan tinggi

Posted:

Turki beri penghormatan tinggi

Turki beri penghormatan tinggi

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

RAKYAT Turki memberi penghormatan tinggi semasa upacara pengebumian
Allahyarham Ahmad Ammar di Istanbul baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.

Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam (gambar kecil), 20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4 November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di Universiti Marmara (Goztepe).

Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.

Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus melayakkannya menjadi guru agama.

"Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini terutama YouTube dan Facebook.

Tinjauan Kosmo! di laman YouTube mendapati sebuah video yang dimuat naik pada 17 November lalu bertajuk "GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)" telah ditonton 695,504 kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Felda miliki dana terbesar, terkaya

Posted:

Felda miliki dana terbesar, terkaya

Felda miliki dana terbesar, terkaya

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my


NAJIB melakukan gimik pelancaran Konvensyen Generasi Felda 2013 di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Mohd. Isa (kanan) dan Razali (dua dari kiri).


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Felda menjadi sebuah komuniti yang berada di barisan hadapan dalam menuju ke arah negara maju.

Menurut Najib, Felda yang dahulunya sebuah badan yang membangunkan tanah dan terpaksa bergantung kepada peruntukan kerajaan serta badan-badan luar, kini telah mempunyai dana yang besar dan terkaya di negara.

Jelas beliau, perjalanan 57 tahun Felda masih belum berakhir kerana Malaysia ketika ini bukan lagi negara yang mempunyai cita-cita sederhana tetapi mengimpikan untuk menjadi sebuah negara yang maju.

"Jika dahulu Felda ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan tetapi pada hari ini kita boleh berbangga kerana hampir semua warga Felda sudah tergolong dalam kumpulan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah.

"Justeru itu, saya mahu generasi baharu Felda bijak mengambil peluang yang diberikan kerajaan supaya generasi ini mampu mencerminkan transformasi kepada komuniti dan masyarakat Felda," katanya.


SEBAHAGIAN daripada wakil generasi Felda yang hadir pada Konvensyen Generasi Felda di Kuala Lumpur semalam.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Generasi Felda 2013 (KGF 2013) di Dewan Perdana Felda di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Kira-kira 1,300 peserta terdiri daripada wakil peneroka, Majlis Belia Felda dan pegawai seranta hadir ke konvensyen dua hari itu yang bertemakan 'Bersama Merealisasikan Transformasi' yang bertujuan memberi maklumat sebenar hasrat kepimpinan negara berkaitan transformasi dari segenap aspek.

Dalam pada itu, Najib berkata, dengan sokongan dan dokongan yang diterima daripada masyarakat Felda, kerajaan berazam untuk terus membangunkan komuniti Felda.

"Banyak lagi projek perumahan untuk generasi kedua Felda akan dibincangkan, banyak lagi peluang kemahiran akan disediakan, jangan hanya lulus setakat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved