Khamis, 21 November 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida

Posted:

Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida

Kubu perlindungan nuklear bekas Presiden AS di Florida

GAMBAR yang dirakamkan pada 8 November lalu menunjukkan logo rasmi Presiden Amerika Syarikat terdapat di dalam kubu perlindungan nuklear di Pulau Peanut.


PULAU PEANUT, Florida - Sebuah kubu perlindungan yang dibina semasa Perang Dingin untuk bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy berdekatan Palm Beach kini dijadikan sebagai sebuah muzium.

Kubu itu terletak hanya beberapa minit dari Palm Beach yang menempatkan lokasi kediaman keluarga bekas Presiden AS itu.

Ia dilengkapi dengan ruang dewan utama yang ditempatkan 15 buah set katil dua tingkat, sebuah meja untuk Kennedy dan meja persidangan.

Fasiliti itu merupakan tempat persembunyian yang dikawal ketat selain dilengkapi dengan bekalan makanan tentera, tong air dan kelengkapan alat pengesan radiasi.

Selain itu, tempat perlindungan tersebut juga boleh dijadikan rumah kediaman untuk 30 anggota keluarga Kennedy dan kakitangan utama selama sebulan sekiranya serangan nuklear berlaku.

"Mereka telah menguji kubu itu dengan membawanya ke sini.

"Ia terletak sejauh 10 minit perjalanan dari pintu hadapan Palm Beach ke kawasan berkenaan," kata Pengurus Besar Muzium Maritim Palm Beach, Anthony Miller yang bertanggungjawab mengawal selia kawasan berkenaan.

Kennedy menjadi Presiden AS dari 20 Januari 1961 hingga 22 November 22 1963.

Beliau mati ditembak di Dallas oleh Lee Harvey Oswald.

- Reuters

Guna peti sejuk untuk menangkap ikan

Posted:

Guna peti sejuk untuk menangkap ikan

Guna peti sejuk untuk menangkap ikan


DUA orang budak lelaki membersihkan pukat di dalam sebuah peti sejuk yang diubah suai menjadi bot di Tanauan, tengah Filipina semalam. - REUTERS


KAMPUNG TANAUAN, Filipina - Pada kebiasaannya, nelayan akan menyimpan hasil tangkapan di dalam peti sejuk, namun berlainan pula dengan mangsa Taufan Haiyan di sini.

Para nelayan itu mengunakan peti sejuk untuk dijadikan bot bagi tujuan menangkap ikan.

Taufan Haiyan yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang itu telah menjejaskan punca pendapatan petani dan nelayan yang miskin.

Ia sekali gus menyebabkan kumpulan nelayan tersebut berusaha untuk memulihkan taraf kehidu- pan mereka semula.

Sebuah keluarga nelayan yang tinggal di selatan bandar Tacloban dan merupakan antara kawasan yang teruk dilanda taufan sejak 13 hari lalu telah menggunakan peti sejuk yang dijumpai dalam timbunan sampah untuk dijadikan bot.

Menurut seorang penduduk, Jimmy Obaldo, 52, idea untuk menggunakan peti sejuk itu datang daripada anaknya.

"Anak saya yang ingin mencuba menggunakan peti sejuk untuk pergi menangkap ikan.

"Sejak seminggu lalu, kami berjaya menangkap ikan, udang dan ketam dan dijual di pasar," ujar Obaldo.

Taufan Haiyan melanda wilayah tengah Filipina pada 8 November lalu yang dianggap sebagai salah satu taufan paling kuat di dunia.

Ia menyebabkan banyak kemusnahan di pulau-pulau yang terdapat di tengah Filipina. - Agensi

Pekerja pembersihan jumpa jongkong emas dalam tandas

Posted:

Pekerja pembersihan jumpa jongkong emas dalam tandas

Pekerja pembersihan jumpa jongkong emas dalam tandas

KOLKATA - Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila dia menemui 24 jongkong emas dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.1 juta (RM3.49 juta) dalam satu ruang tandas sebuah pesawat di sini semalam.

Jongkong smas itu ditemui semasa kerja pembersihan dilakukan di sebuah lapangan terbang di sini.

"Sejurus pesawat mendarat, pekerja pembersihan melakukan tugas membersihkan tandas sebelum menemui dua beg yang mengandungi emas dalam tandas itu," kata pengarah lapangan terbang itu, B.P. MishraMishra.

Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat untuk mengetahui pemilik sebenar jongkong emas itu. Setiap jongkong emas itu seberat satu kilogram.

Seorang pegawai kanan kastam, R.S. Meena menganggarkan jumlah keseluruhan emas itu ialah AS$1.1 juta (RM3.49 juta). - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved