Kosmo Online - Sukan |
- Rajagobal kekal optimis
- Mehmet mahu pulih pulih reputasi Selangor
- Gandingan Thien How-Wee Kiong mara ke final
Posted: Rajagobal kekal optimisOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
JURULATIH Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal belum berputus asa biarpun menyedari peluang skuad kendaliannya untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015 semakin samar ekoran kekalahan 0-1 kepada Bahrain dalam saingan peringkat kelayakan kumpulan D semalam. Sebaliknya, Rajagobal kekal positif dengan menegaskan, pasukan bimbingannya bakal memanfaatkan baki dua perlawanan bermula pertemuan menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada Rabu ini. Kini, Harimau Malaya menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan empat mata selepas mengharungi empat perlawanan dan skuad Rajagobal dijangka berusaha untuk menamatkan saingan di tempat ketiga terbaik keseluruhan kempen kelayakan Piala Asia kali ini. Ini kerana satu slot tersebut (tempat ketiga terbaik) turut layak ke kejohanan yang bakal berlangsung di Australia nanti. "Kami harus kekal positif. Kami masih ada baki dua perlawanan. Kami harus mencari jalan dan terus menampilkan aksi terbaik berdasarkan peluang pada baki dua perlawanan nanti. "Kami tidak perlu malu dengan kekalahan ini. Kami telah menunjukkan satu persembahan bertenaga. "Kami bertahan dengan begitu baik pada separuh masa pertama dan tidak membenarkan mereka (Bahrain) memiliki sebarang peluang," katanya. Di sebalik 'kegembiraan' Rajagobal, rakan sejawatnya, Anthony Hudson tampil dengan nada berbeza apabila mengkritik secara terbuka terhadap taktik bertahan Harimau Malaya. Hudson menyifatkan, Harimau Malaya tidak berminat untuk 'bermain' bola sepak selain mengakui tidak gembira dengan corak bertahan skuad negara. "Menentang dengan mana-mana pasukan yang 'parkir dua bas' di dalam kawasan kotak penalti adalah satu perkara yang amat sukar. "Apabila enam pemain (Harimau Malaya) berada dalam kawasan kotak penalti, saya tidak anggap itu adalah bola sepak. "Kami tetap bersabar dan menunggu peluang terbaik. Hasilnya, Bahrain berjaya mendapatkan gol kemenangan," katanya. | |
Mehmet mahu pulih pulih reputasi Selangor Posted: Mehmet mahu pulih pulih reputasi SelangorTUGAS berat bakal menanti jurulatih baharu Selangor, Mehmet Durakovic (gambar) dalam usaha mengembalikan reputasi pasukan itu sebagai salah pasukan paling digeruni dalam Liga Malaysia (Liga M). Biarpun menyedari perjalanan sebagai pengendali skuad Gergasi Merah tidak semudah yang disangka, Mehmet kekal tenang dan menaruh keyakinan bahawa pasukannya berupaya menampilkan prestasi lebih cemerlang pada musim depan. Azam Mehmet kepada penyokong-penyokong fanatik Selangor adalah beliau menjanjikan agar skuad kendaliannya bakal menyajikan persembahan lebih menghiburkan selain mahu bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi dalam Liga M. "Sejujurnya, kami akan mencuba sedaya upaya untuk mempamerkan aksi yang lebih baik. Kami telah berjaya mendapatkan beberapa pemain muda dalam skuad ini. "Saya akan memulakan latihan sesi latihan pada Isnin ini. Apa yang pasti, kami mahu menampilkan persembahan lebih menghiburkan pada musim depan. "Selain itu, saya turut berharap Selangor dapat menamatkan saingan Liga Super musim depan dalam kedudukan terbaik," katanya selepas sidang akhbar di Hotel One World, Bandar Utama semalam. Mehmet yang menggantikan Irfan Bakti Abu Salim selepas bekas jurulatih itu bertindak melepaskan jawatan dalam saingan Piala Malaysia 2013, nyata tidak asing buat peminat-peminat Selangor. Ini kerana pemain kelahiran Australia ini pernah menyarungkan jersi skuad Gergasi Merah sejak 1995 sehingga 1998. Antara kejayaan manis ketika pengendali berusia 48 tahun itu bersama Selangor adalah beliau berjaya membantu pasukan itu menjulang tiga kali Piala Malaysia pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Tambah Mehmet: "Saya sangat gembira kerana dapat kembali bersama Selangor selepas meninggalkan Malaysia kira-kira 15 tahun lalu. Selangor diibaratkan seperti rumah kedua saya. | |
Gandingan Thien How-Wee Kiong mara ke final Posted: Gandingan Thien How-Wee Kiong mara ke finalTHIEN HOW (kiri) dan Wee Kiong melakar sejarah tersendiri apabila mara ke final acara beregu lelaki pada Terbuka China semalam. BEREGU kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menempah slot final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China 2013 semalam. Lebih menarik, pasangan No. 11 dunia itu menewaskan gandingan lama dan baharu tuan rumah, Cai Yun-Chai Biao 23-21, 21-17 untuk mara ke pentas final buat kali pertama pada Terbuka China di Gimnasium Yuan Shen, Shanghai itu. Begitupun, perlawanan itu tidak mudah bagi Thien How-Wee Kiong yang turut dipaksa berhempas-pulas dalam perlawanan dua set yang berlangsung dalam tempoh 43 minit. Saingan lebih sengit pada set pertama apabila yang berjaya mengheret perlawanan ke mata penentuan terus mengutip tiga mata untuk mendahului 23-21. Set kedua hanya sengit pada aksi-aksi awal, namun mereka lebih mengusai perlawanan sebaik sahaja mendahului 8-6. Pada aksi final hari ini, Thien How-Wee Kiong akan bertemu juara Terbuka Denmark 2013, Lee Yong Dae-Yoo Yeong Seong yang turut mara selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 19-21, 21-19, 21-11. Ternyata kemaraan itu turut menggembirakan jurulatih beregu, Pang Cheh Chang walaupun dia kini ditugaskan untuk menjaga pemain-pemain muda pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2013 di Sarawak. "Bagus untuk pasukan beregu kerana di sini juga ada wakil di final iaitu Teo Ee Yi-Chooi Kah Ming. Walaupun jauh tetapi saya menonton permainan mereka (Thien How-Wee Kiong) secara langsung di televisyen. "Mereka memiliki semangat dan strategi yang digunakan juga betul. Saya juga ada hubungi dan memberikan sedikit info supaya mereka ada persiapan," kata Cheh Chang. Sementara itu, pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng terkandas lebih awal selepas disingkirkan pemain China, Chen Long dalam aksi separuh akhir semalam. Bagaimanapun pemain No. 17 dunia itu sempat memberikan tentangan sengit kepada Chen Long sebelum tewas dengan lebih mudah pada set kedua 18-21, 7-21. Wei Feng berkata, kelemahannya yang kerap melakukan kesilapan pada set kedua telah menjejaskan corak permainannya. "Saya melakukan kesilapan mudah pada set kedua. Jurang mata yang terlalu jauh juga telah telah mengganggu fokus dan keyakinan saya. Saya perlu tingkatkan lagi konsistensi permainan selepas ini," kata Wei Feng. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan