Selasa, 12 November 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Posted:

Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

PETIKAN Twitter Siti Nurhaliza semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam membuat teguran secara terbuka terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kecil) menerusi laman Twitter peribadi miliknya.

Siti Nurhaliza, 34, memberitahu, dia terpanggil untuk membuat teguran itu setelah membaca laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir supaya tidak campur tangan dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.

"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!.

Semalam, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 mengkritik Khairy Jamaluddin dengan berkata: "Sebagai menteri muda & being look up (menjadi perhatian), rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu **a*** dengan yang lebih tua."

Penyanyi itu bagaimanapun, menyatakan tegurannya menerusi Twitter terhadap Khairy Jamaluddin itu adalah sekadar teguran ikhlas.

"Kalau boleh, saya enggan perkara ini menjadi kontroversi disebabkan saya ini seorang artis.

"Saya meletakkan diri sama seperti rakyat biasa dan percaya mesti ada orang lain yang turut memberi teguran sama," jelasnya yang merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali yang dianjurkan oleh Timbalannya, Datuk M. Saravanan di sini semalam, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

Kemelut antara Khairy Jamaluddin dan FAM tercetus apabila beliau lantang mengkritik badan induk bola sepak negara itu, antaranya berhubung isu jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya, teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di Stadium Shah Alam pada 3 November lalu.

Menteri itu kemudiannya menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan kemelut antara kedua-dua pihak.

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Posted:

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Lelaki berkopiah, baju putih dicari

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
berita@kosmo.com.my


TIMBALAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Rosly Hassan (kiri) mengedarkan gambar lakaran lelaki dicari di Pasar Besar Kuantan, Pahang semalam.


KUANTAN – Polis semalam mengedar gambar lakaran lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik di depan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, lelaki yang dicari itu dipercayai berusia 50-an dan dikatakan merupakan individu yang memberi salam di hadapan rumah mangsa sebelum mangsa kemudian ditembak mati dari jarak dekat.

"Gambar lakaran lelaki itu 70 peratus tepat. Lelaki itu memakai baju putih serta berkopiah semasa datang ke rumah Ahmad Raffli.

GAMBAR lakaran lelaki yang dicari polis.


"Dia kemudian memberi salam sebelum seorang rakannya yang berpakaian hitam menembak Ahmad Raffli dari tempat duduk belakang di dalam kereta," kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 1.55 petang 10 November lalu, Ahmad Raffli maut terkena dua das tembakan masing-masing satu di dada manakala satu das di kerongkong. Satu das lagi tembakan yang dilepaskan tersasar.

Lelaki yang memberi salam dan melepaskan tembakan menaiki kereta Proton Wira warna putih yang dipandu seorang lelaki lain.

Gambaran lakaran lelaki itu dibuat berdasarkan keterangan saksi-saksi.

Sehubungan itu, Sharifuddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menyalurkan maklumat ke balai-balai polis berdekatan.

Bagi mengesan suspek kes bunuh Ahmad Raffli, 49, polis turut melakukan sekatan jalan di hampir semua pintu keluar dari negeri ini.

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Posted:

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Malaysia hantar bantuan ke Filipina

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar pasukan bantuan ke Filipina bagi membantu rakyat negara itu yang dilanda Taufan Haiyan dan mengorbankan ribuan nyawa pada 10 November lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan itu terdiri daripada tujuh pakar dan pegawai perubatan, 12 paramedik, 15 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta lima petugas Kementerian Kesihatan.

"Kelab Putera 1Malaysia turut menghantar bantuan dan sukarelawan mereka ke Filipina bagi misi ini.

"Kesemua mereka berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pagi esok (pagi ini) menggunakan dua pesawat C130 Hercules ke Lapangan Tacloban di Filipina," katanya di sini semalam.

Kosmo! pada 11 November lalu melaporkan Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.

Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Hishammuddin turut memaklumkan Kementerian Pertahanan akan membawa enam tan beras, tiga tan sardin dalam tin, satu tan tarpaulin, 2,000 helai selimut, 28 unit sistem penyulingan air dan 200 bekas air dalam misi tersebut.

Beliau berkata, Malaysia sedia menghantar bantuan yang lebih besar termasuk menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia jika diperlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved